Tuesday, September 02, 2008

Perah otak

Cikliah berceloteh lagi....

Baru masuk hari ke dua. Ada 28 days to go. Ada 28 hari lagi kena perah otak nak masak apa untuk bersahur. Aduhhh... penatnya nak fikir selera anak-anak.

Sahur mesti makan banyak sikit. Kalau tidak, ada alasan nak berbuka pula. Jadi menu sahur mesti dijaga. Mesti menepati citarasa. Kasihan juga kalau lembik tidak bermaya.

Saya tidak gusar untuk menu berbuka. Ke Pasar Ramadhan boleh tunjuk apa yang suka.

Menu bersahur, memang memeningkan kepala. Sorang nak pedas, sorang tak mahu pedas. Secebis cili pun tak boleh ada. Ayah pula 'orang Melaka'. So pedas sepedas-pedasnya pun tidak mengapa. Kakak mewarisi selera ayah. Adik ? Mungkin selera opah. Kalau pedas, tersedu-sedu.

Dari hal kuih muih begitu juga. Syarat:- tidak manis, tidak lembik ===> so bye-bye bubur manis, pengat-lengat, kuih talam, lepat-lepat. Itu semua kuih kegemaranku.

Pening... Pening...
Agaknya beginilah mak kita dulu. Bersusah payah memikir nak masak apa untuk kita.
Hmmmm....

9 comments:

miloaiskurangmanis said...

tu lah kan sol...
bila nak memasak... kena ikut selera anak2 n ayahnya... apa yg depa nak makan
memang pening bila pikirkan...

-CC-

JALAN REBUNG said...

salam cik liah,

abang berlingo awak masa kat sekolah dulu suka makan ikan jaket ...cuba cikliah masak untuk dia ...mesti dia suka ...

the principal said...

Wow! That's a tough job.

Kami suami isteri berbuka dgn nasi & lauk 2 jenis(wajib). Kuih mmg takde. Kdg-kdg soya bean, most of the time teh o shj. Sahur sekadar minum air & kurma. Simple kan menu?

Ikan Jaket?....Miss jugak....

Anonymous said...

Si Abah tu bagi Meggi Sup jee

Anonymous said...

isy isy, sabor jek la ngan kerenah anak2 ni kan. tapi mcm akak tak bagi muka punya. kita dah masak best2 pastu depa cakap tak nak makan mmg nak kena lah. akak siap cakap kalo tak nak makan, ibu tak nak masak lagi OK. buat penat jer masak takde orang nak makan. pot pet pot pet. sampai depa pun give up teros ler wat muka seposen dan makan pun terkulat-kulat...mmg akak mak yg brutal ngan anak2...hehe

KC

Kiss said...

cik liah,
org pun ada problem gak bab2 makan bebudak ni.. kekdg dah syok sendiri masak.. lps tu tak mau makan lak.. adusss...

the principal said...

Dipendekkan cerita. Kalau berlebih sgt, hantar je kat rumah tepi pdg Jln Cemara 7 tu. Blkg rumah saya principal tadika bakti murni. Tgh-tgh mlm still bunyi kuali berdesir. Dapur berasap selalu unlike principal dpn rumah dia; tak pernah berasap...

Diver Mom said...

betul la.. x dak idea kan..? huhu.. da la saya ni x pandai masak.. susahnya memikir..

cikliah said...

miloais,
betul tuh. Tapi selera anak2 che ni sukar dijangka, bila tanya nak makan apa... tak tahu pulak... adehhhh....

jalanrebung,
hahahaha.. good idea..
sambal ikan jaket belah belakang tu sedap juga... ingat kat asrama jek ke boleh makan ikan jaket?

the principal,
miss ikan jaket too... *hahahaha ini baikkkk punya perli*
hahahahaha...

Mr Anon,
Thanks sebab telah menambahkan menu untuk sahur... :D
I think I know you... ;)

Kak KC,
saya pun nak buat2 mogok camgitu lah. hahahah... Nak tengok bleh pakai dak idea akak nie... hehehehe

Kiss,
Sedihkan jenuh2 bersilat tetiba tak mahu la pulakkk.... Umah kiss dekat ngan umah principal... so leh pass kat umah the principal... ;)

The principal,
Tungguuuu... nanti kiss hantarkan.. umah che jauh sangat.. hahahaha...

Zu,
Tu arrr... mati akal gak kengkadang tuh... hmmm....