Thursday, September 11, 2008

Akhirnya....

#update on 14 Sept 2008

Oleh kerana masa penghantaran tidak sesuai dengan office hour saya during fasting month (going back at 4.30 pm), saya telah menunda semua penghantaran ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak selepas raya. Mungkin akan menyambung subscription untuk lunch after raya. Penghantaran yang lewat even 1/2 jam akan mengakibatkan saya terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan akhirnya saya hanya sampai di rumah kurang beberapa minit waktu berbuka. Tak mampu lagi rasanya nak mendidik hati supaya bersabar. Biarlah saya mengundur diri buat sementara waktu. Tata mangkuktingkat. Ada jodoh bersua lagi... InsyaAllah.


Cikliah berceloteh lagi....


Harapannya ini entry terakhir untuk mangkuk tingkat. Cerita masih panjang tapi saya akhirinya di sini. Selebihnya tu biarlah tinggal dalam lubuk hati saya sahaja. Saya redha atas apa juga ketentuanNya. Mungkin ini adalah kifarah kepada kekhilafan saya yang lalu.

Jikalau pun bukan atas dasar 'business matter', harap kita dapat belajar sesuatu daripada insiden ini. Kerana kita semua adalah anggota komuniti. Dan kita tidak lepas dari 'deal' sesama insan. Bukankah kita juga mesti menjaga hubungan sesama manusia (Hablumminnas) di samping menjaga hubungan dengan Allah SWT (Habluminallah)?

Somehow, terima kasih banyak kepada staff mangkuktingkat, pembekal dan riders yang banyak membantu saya. Selepas 'tangkap' orang-orang pentingnya, barulah boleh bernafas dengan lega.

Wallahu'alam.

Teman baru saya balik rumah...


On Tuesday, dapat satu saja



On Wednesday, list updated, so dapatla jumlah sebenar



See... mangkuk tingkat pun pandai pakai safety belt...hehehe

8 comments:

mimiejibam said...

sedap ke masakan mangkuktingkat tu cikliah?

Unknown said...

kesabaran ajelah cikliah oii...
a'ahlah...nak tau gak sedap sgt ke masakan mangkuk tuh...opss

Makcik Runner said...

hehehe,

suka nengok gambar yg last tuh...

miloaiskurangmanis said...

akhirnya...

banyak2 lah bersabar kan sol...
err... sodap tak???

Anonymous said...

Tahniah cikliah.. akhirnya dapat juga itu mangkuktingkats... hehehe

~cik ketumbar~

azieazah said...

Alhamdulillah...

Diver Mom said...

ahaha.. comel mangkuk tingkat pakai seat belt! :)

**cik liah ni niaga mangkuk tingkat ke..?

cikliah said...

Dear mj, reena, kak kc, milo ais,

Sedap tu relatifkan... So pada pandangan tekak saya, kira boleh lah untuk dimakan... ;)

Kak Ketum, Kak Azie,
Mekasih tapi dah susah payah mendapatkannya terpaksa pulak dilepaskan... hmmm.. serba tak kena...

Zu,
saya tak berniaga mangkuktingkat. Tapi memesan makanan untuk berbuka dari MangkukTingkat.Com :D