Wednesday, September 03, 2008

Kecewa

Cikliah berceloteh lagi....

Saya ingat saya akan bagi a very good feedback and two thumbs up to MangkukTingkatdotCom ....
Tapi kelihatannya saya tidak bernasib baik dengan Mangkut Tingkat. Sudah masuk hari ke tiga berpuasa dan hari kedua Mangkuk Tingkat beroperasi untuk bulan Ramadhan tapi batang hidung mangkukhayun saya, pun tak nampak.

WATELAHAPEN ???

Dari semalam saya excited menanti; sehingga pukul 7 malam saya masih berharapan. Mungkin hujan, maka tak sampai-sampai. Bukan saja mangkukhayun tak kunjung tiba, satu SMS atau panggilan telefon pun saya tak dapat.

Pagi ini saya mendail talian tetap, penat tangan mendail baru dapat. Asyik engaged saja. Staff bertugas berjanji untuk menyemak apa yang telah berlaku. Tapi sayang sehingga pukul 6.01 petang pun tidak ada satu panggilan telefon pun yang saya terima menerangkan keadaan pesanan saya.

Dalam kesesakan lebuhraya, saya telefon semula ke nombor satu tujuh ratusnya. Berkali-kali menekan button hijau baru dapat bercakap dengan staff bertugas. Saya yang menahan rasa kecewa seakan mahu menghamburkan air mata kerana begitu terasa sekali dengan perkhidmatan 'cemerlang' mereka.

Saya hanya perlukan maklumat. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jika saya salah mengisi borang pesanan, beritahu saya. Jika penghantaran tidak dapat dibuat kerana hanya saya seorang yang memesan di SU, beritahu saya. Saya boleh fikirkan alternatif lain contohnya dihantar ke office. Hanya BERITAHU SAYA !!!

Staff tersebut mengambil nombor telefon saya dan berjanji akan menolong figure out what is going wrong. Tapi sehingga jam 10.01 malam, telefon terus sepi. Saya kembali menagih simpati, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Telefon dan terus telefon. Tapi talian tidak diangkat. Jikalau tidak kerana saya telah membayar, tidak ingin lagi saya menyiksa hati menghadapi karenah serbis 'cemerlang' ini. Mereka harus ingat, pesanan itu amanah.

Saya sakit hati dan sangat-sangat terasa...

11 comments:

Jingga Studies said...

'watelahapen' ..hahha best2..!!!

mangkuk tingkat ni benda ape??

miloaiskurangmanis said...

salam

kesiannya Sol...

banyak sangat oder kot
tu yg tak terhantar

sabar ye my dear!

mimiejibam said...

aiya itu macam ka???

ingat ini hari order..ini hari dapat...

ayoyo...ini mcm tarak bagus lah itu servis...

Lady Libra said...

isk! teruknye servis.. dah la kena order in advance, kengkununnye.. org dah bayar, wat camtu plk.. camne la nak tolong org melayu, camni? baru femes n byk order skt, dh jd cmni.. cuba k awa jgn tipon lg kat no. 1700 tu.. call je no. dia yg 8733 2411 tu. tak pun, no penghantaran dia tu..

the principal said...

Sedihnye Cikliah. Tak patutlah diaorg buat camtu. Buat org tertunggu-tunggu.

Hari tu gembira gak nampak mcm mangkuktingkat dah expand tp ni macam at the expense of the customers.

Unknown said...

masak sendiri jelah cikliah...hehe

aritu hubby baru jek cdg nak order sebulan utk kita org berbuka maklumla dah tak cukup tangan dah skrg ni...

bila dgr cite mcm ni... huh..cancel

Kiss said...

cik liah saya rasa dorang memang betul2 tak cukup mangkuktingkat.. stok dah habis.. tu yg tak boleh deliver tue...

the principal said...

Setuju dgn Kiss. Cikliah tolong suggest they all tukar nama - mangkuk hayun

cikliah said...

Alamakkk... terlupa plak nak reply komen kat sini. Almaklom la melayan rasa amarah yang tak kunjung padam nie... hahahah...

JS, mangkuktingkat (or nak panggil mangkukhayun pon dah boleh dah ni) adalah service memasak dan menghantar makanan dalam mangkuktingkat kepada pelanggan yang telah memesan dan membayar kepada mangkuktingkatdotcom. Kak Awa subscribe utk menu berbuka puasa saja. Bagus gak benda alah nie suggest kat ayah. haa... pendek citer, mangkuktingkat nie macam service yang Allahyarham Pak Abu buat hari tu. Dia masak & hantar ke rumah. That one COD kan... ini prepaid maa... itu pasal wa sangat bengang tahap gaban yang segaban-gabannya..... Grrrr....

miloais, mimieJ, LadyLibra, the principal, reena & kiss...

Thanks sebab sudi baca luahan hati saya ni...

hahahaha... kak emy nyer remark tu menceriakan hari saya. Nanti saya soh depa tukar jadi MangkukHayunDotGone.... LOL

azieazah said...

Rasanya bukan sengaja nak aniaya pelanggan sampai tahap begitu.. Kena kaji siasat dari mana bermula punca... salah faham di mana?

Saya faham apa yang Cik Liah rasa.. memang simpati..

Tapi tentulah bukan sengaja sengaja nak buat begitu kepada pelanggan...

cikliah said...

Kak Azie,

Betul tuh. Saya percaya mereka tak berniat nak aniaya pelanggan. Benda ni simple jek benaqnyer... Communication. Itu jek...

Wallahu'alam.