Thursday, September 18, 2008

PaRam Paya Jaras

Cikliah berceloteh lagi....

On the way back semalam since tak berapa jam sangat, keluar highway ikut Sungai Buloh. Nak singgah PaRam (Pasar Ramadhan) Paya Jaras. Tengok dah ada PaRam kat area Econsave. Kuat rasa hati masih ada lagi di tapak lama, then tak singgahlah kat situ.

Teringat juga C Haloi dah beberapa kali mintak dibelikan kaya ball dekat Econsave. Tapi belum pernah dibelikan, kerana risau kalau beli awal, dia teruja dengan bau kaya ball dan minta untuk berbuka. So far, baru 'terpecah sebiji telur ayam' kerana 'kesiangan'. Kalau merengek pukul 7 tu boleh la dipujuk-pujuk. Tapi kalau dah ada depan mata tu, tak dapat lah dijamin.

Nasib baik ada lagi PaRam kat tapak lama. Cuma tak berapa besar. Nafsu nafsi, terpedaya la jugak dengan jualan yang ada. Teringat beberapa orang jiran Kelantanese kat SU yang memperkatakan tentang kuih akok. Ada dijual di sana. Tapi tak tahulah if mencapai standard mereka.

Ada satu gerai murtabak ni punyala ramai orang tunggu sampai kena beratur. Wonder sedap sangat ke, En Berlingo gagah beratur jugak. Harganya sama macam gerai lain, tapi tengoklah.. gemuk kemain lagik...


Panjang woooo barisan...


Gemok giler murtabak dia ...


Giliran hampir tiba ...


Ramai betul helper...

Rasanya ? Okay, boleh dimakan, tapi sebab inti dia terlalu banyak compared to kulit dia, jadi semacamlah pulak.

Jumpa peniaga kuetiaw/mee/bihun goreng dari SU yang berniaga di sana. Lasy few years ada satu gerai kuetiaw goreng yang buat promosi 'Telur dibasuh'. Kali ni tak nampak pulak.

Lepas tu balik ikut Paya Jaras Hilir-Merbau Sempak, tengok ada satu lagi PaRam dekat area rumah flat dan teres kat situ. Banyaknya PaRam kat Paya Jaras.

6 comments:

the principal said...

Sempat tangkap gambar ye cikliah. So, camera sentiasa dlm bag lah ye?

cikliah said...

Owhhh... saya pakai camera hphone je. So memang selalu di tangan... :D

JALAN REBUNG said...

Cik Liah,

Murtabak tu hari pasar mlm biasa pun ada ...memang lain dari yang lain .sebab tebal ...Tapi kalau cik liah boleh dpt murtabak raja lagi sedap ...suruh je pak ratt cari ...

cikliah said...

Owhh ye ke Jalan Rebung... nampak gayanya ketinggalan ketapi saya nie.. hehehe.. tapi memang dah berkurun pun tak pegi pasar malam paya jaras nie. Since SU dah ada PasMal sendiri, terlupa yang lain... hahahaha..

silversarina said...

salam,

Bestnya murtabak gemok tu , kat sini semua ya leper2 je. tak selera nak beli :P

Makcik Runner said...

perkataan PaRam ni boleh lah dimasukkan dlm kamus DBP sebagai satu ayat baru bagi pasar ramadhan *lOL*

eh, inti banyak lah sedap. kalau akak la, tak yah makan nasik. makan murtabak sekeping dah cukup. burpp!