Wednesday, September 24, 2008

Gila makan

Cikliah berceloteh lagi....

Gara-gara makan sesedap rasa on weekends, semalam saya MC kerana selsema, batuk dan asthma attack. Hari Isnin bersin mcm nak gila kat office. Selepas berbuka visit Dr dan mintak nak cuti semalam. Nak rehat puas-puas.

Sabtu, berbuka puasa di PJ. Mula-mula plan nak jumpa PakNgah di PaRam Shah Alam, then shopping food kat sana. Tapi tak jadi. Pergi ke PaRam Kelana Jaya je. Since semua orang beli mengikut selera masing-masing, bila balik buka hasil belian masing-masing, todia aihhh... penuh meja. Yang overlapped pon ada...

Malam tu, kitaorg ramai-ramai kecuali CuMa dan PakCik keluar ke Jalan Masjid India/TAR. Mak datuk, punya la ramai makhluk. Sampai kena jalan macam orang Jepun berkimono. Pening..pening...


Jalan Masjid India. Ramainya makhluk. Kat lorong sebelah lagi sesak.

Rasa macam nak kena pegi lagi this weekend tapi nak kena gi lewat sket. Pukul 12 ke atas baru boleh pegi. Barulah aman sedikit.

Ahad, Maktih kat Kuang ajak berbuka di rumah dia. Acara tahunan Maktih bagi mengumpulkan anak-anak saudaranya di sekitar Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Pun gila makan jugak. Masing-masing bawak juadah sampai ada yang tak sempat dimakan. Bila lapar begini, teringat-ingat sagu gula merah MakSu yang tak sempat dirasa. Selain dari sagu gula merah, maksu juga bawak masak lemak udang dan sambal sotong. Maklong Kakak bawak laksa, sambal udang petai dan cucur udang. MakTih selaku tuan rumah pulak menyediakan dadih, kuetiaw goreng dan laukpauk lainnya. Since semua orang dah sedia lauk dahsyat-dahsyat, saya just gorengkan terubuk masin bersama bawang dan cili padi. Dek penangan ikan masin dan the other allergens tu ler, saya terlantar sakit.



Buka puasa.


Bebudak ada sesi kaler mengaler menggunakan stationaries cikgu MakLong kakak.



After solat maghrib, lepak-lepak, xtvt kekanak, bok bek bok bek, makan nasi pula as dinner. Makan lagi....




Walaupun tak berapa cukup korum, majlis ini tetap meriah. InsyaAllah, bertemu lagi di kampung pada hari raya nanti.

2 comments:

miloaiskurangmanis said...

best kan sol
bila berkumpul ramai2 gini

bila bab makan
tak sedar habis berpinggan2
hak hak hak

the principal said...

Hari tu tanya kawan kak k emy kenapa tak rasa sgt nak raya. Kawan k emy kata sebab k emy tak menjengah Jalan TAR. Terasa kebenarannya coz dulu mmg cari off kat Jalan TAR, nak rasa happening. Pastu every year mmg tak miss. This year masa cpt sgt berlalu, tak sempat menjengah lg. Nasib baik raya KL. Next week baru nak gi.