Ramainya yang menulis mengenai kuih tradisi orang banjar ini. YB ADUN Titi Serong pun ada menulis mengenai kuih ini, walaupun beliau sebenarlah adalah seorang Cina. SueA, tentu sekali. PolitikBanjar, dah sah-sah orang Banjar. Slot rakaman boleh dilihat di sini. Malah dibincangkan sekali lagi di forum SUdotNet.
Semuanya gara-gara paparan Majalah 3 di TV3. Saya yang tidak menonton Majalah 3 pada ketika itu diberitahu oleh MakTih mengenai liputan pembuatan wadai(kuih) tersebut semasa berbuka puasa di rumahnya.
Jika pulang ke kampung, PaRam Batu Lima itulah yang saya akan kunjungi kerana bukan sahaja kuih-kuih tradisi yang cukup enak tetapi harganya juga sangat murah. Pada tahun terdahulu, saya boleh mendapatkan secucuk sate dengan harga 10 sen sahaja. Tahun ini tak tahulah, harga tersebut masih dikekalkan atau sudah dinaikkan.
Saya cuba mencari resepi kalakatar dalam bahasa banjar yang saya sendiri perlu baca berkali-kali untuk memahaminya(tentu sekali sebab saya ni Banjar Rakai..:P) . Dan sangat menggeletek hati kerana perumpamaan yang diberi bagi menggambarkan kelapa yang benar-benar sesuai digunakan sebagai salah satu main ingredient. Malangnya webmarshal di sini telah mem'block' site dari anglefire dan multiply. Resepi dalam bahasa Melayu boleh ditemui di sini.
Sempena balik kampung pada PRU yang lepas, anak-anak saya telah meminta Opah memasak 'Kuih Bingka Kelapa Muda' seperti yang Mak Mat masak dalam Pertandingan Memasak dalam rancangan kartun Kampung Boy yang mereka tonton di saluran Ceria.
Bukan mudah memilih kelapa muda untuk dibuat kuih ini. 'Nior anom' aka kelapa muda ini perlulah tidak terlalu lembik dan tidak pula terlalu keras. (Dalam resepi menggelikan hati itu, disebut sebagai 'kayak h_n_u_'... sabau jek la..)

Cari nior anom sampai ke rumah OpahNgah di Batu 10 sebab rumah opah takder nior anom banyak. Nasib baik pokok nior OpahNgah ni rendah ajer. Dekat 10 bijik yang turun.

Hanya 2 bigik yang sesuai untuk dibuat kalakatar.

Inilah rupa nior anum yang sesuai untuk dibuat wadai kalakatar.
Gambar pembikinan tidak diambil kerana tokwan 'marah'. Katanya nak menunjuk-nunjuk, tak baik...hahaha... Potong stim betoilah ayahandaku ini.....
Jenuh-jenuh opah buat, tokwan potong tin untuk buat api atas, my doters cuit sikit then buat muka geli geleman. Part selera makan ni, dorang anak ayah. Mana reti makan wadai lembik-lembik camgini. Kuih yang dorang makan mestilah something yang ada unsur-unsur crunchy dan masin pedas. Kuih-kuih manis camgini bukan taste dorang. Itu taste saya, seorang banjar yang telah rakai... huhuhuhuhu....
4 comments:
salam sol...
sy tengok masa siaran kueh kalakatar ni... terus teringat sol
ekceli nak tanya gak kat sol pasal kueh ni... tapi sol tak masuk porem pun...
hiks
kuih manis anak ayah, kuih pedas+crunchy anak mak... itulah anak² saya... tapi ada certain kuih lembik+manis yang saya suka..
kak awa.. ina pun tgk gak majalah3 yg pasal kuih kalakatar ni.. giler susah nak wat kuih ni.. sedap ke kak? sampai kejap jek orang beli dh habis..
Miloais...
lupa nak masuk porem... huhuhuhu
SueA...
Terbalik kot la pulak kan... huhuhu
Azellica...
Sedappppp wa cakap lu... tapi mungkin gak bukan taste Ina... hehehe
Post a Comment