Thursday, September 04, 2008

Mangkuk tingkat owhhh mangkuk tingkat

Cikliah berceloteh lagi....

Akhirnya saya mendapat jawapan kenapa dan mengapa mangkuk tingkat saya tak kunjung tiba. Selepas menyelesaikan tugas-tugas hakiki di office, saya kembali menekan talian tetap mangkuktingkat... sekali... dua kali... tiga kali Alhamdullillah.. akhirnya berjawab juga.

Saya perkenalkan diri dan mengulang semula apa yang saya mahukan. Saya tak pasti adakah orang yang sama mendengar cerita yang sama. Saya hanya mahu tahu apa masalah dengan pesanan saya tu.
"Akak dari mana? Bla... bla...."
Then, apa yang saya dengar ?

"Kami tiada pembekal di kawasan Sungai Buloh lagi kerana pembekal menarik diri pada saat akhir !"

What ???? Tak ada pembekal ? Setelah beberapa hari baru diberitahu tiada pembekal ? Boleh dorang tak call customer inform about this ? Boleh dorang buat "ba wa dal wau ha" tak inform customer what is going on ?

Saya pulak yang macam orang bodoh tunggu dan terus menunggu. Saya yang asyik telefon bertanya status. Dorang tak ada inisiatif pun untuk menelefon dan beritahu apa masalah dengan order saya tu!


Masa saya decide nak order MangkukTingkat tu saya called mereka untuk mohoh pandangan mereka ke mana patut saya alamatkan penghantaran mangkuktingkat tersebut memandangkan saya bekerja di KL tapi rumah di SU. Which place is the best to accept the mangkuttingkat, kerana ada kemungkinan saya terlewat sampai ke rumah. Ketika itu delivery dijadualkan pada pukul 4-6 pm. Saya habis kerja sepanjang Ramadhan 4.30 petang. Hanya ada setengah jam saja untuk menerima pesanan. Dan tempoh masa saya menerima pesanan di rumah juga terhad. What if jalan jam, dan saya tak dapat sampai ke rumah on time ?

The person incharge assured me it can be handled. Delivery person akan call untuk pastikan time, no rumah dan jalan etc..etc... Saya lega pada ketika itu. Jadi tak ada masalah jika saya alamatkan penghantaran tersebut ke rumah sahaja. Tidak lah saya bersusah payah mengangkut mangkukhayun nie dari office ke rumah. Sememangnya saya menaruh harapan yang tinggi pada mangkuktingkat ini kerana kekangan masa.

Hari pertama mereka beroperasi, saya gusar kerana tiada panggilan telefon dari mereka untuk berbincang tentang masa yang sesuai. Ahhh.. mungkin mereka telah arif tentang SU. Diberitakan oleh seorang rakan blogger, kawannya di Sri Pristana pernah menerima mangkuktingkat di rumah. Jadi kemungkinan besar mereka telah sedia maklum tentang selok belok jalan di sini. Pembekal juga dikhabarkan dari area berdekatan. Pasti mereka tahu. Tapi malangnya tiada khabar berita sehinggalah pagi ini 11.01 saya mendapat jawapannya !

So, sekarang bagaimana ? Staff bertugas mereka akan refund duit yang telah saya bayar? Meragui ketelusan itu saya cadangkan untuk menerimanya di office saja. Kalau ikutkan hubby, dia memang suruh saya batalkan saja pesanan ini dan minta mereka pulangkan duit. Di portal mereka, saya terperasan tempoh penghantaran juga diupdate dari pukul 3 pm -6 pm semalam. Jadi tempoh masa 1 jam setengah itu saya kira cukup untuk menerimanya di office.

Saya bertanya lagi, apa jadi pada 2 or mungkin 3 hari yang terlepas ini. Dia menjawab akan diganti. Diganti dengan apa ? Food? Bila? Selepas raya?

"Tak, dalam bulan puasa jugak. Mungkin pada satu hari akak akan dapat 2 mangkuktingkat" (Note that harga di bulan Ramadhan dan bulan lain adalah berbeza)

Kerana hati dah marah spontan saya menjawab "Siapa nak makan? Ini pun saya order 2 sets. 4 sets sapa nak makan?"
Lupa alternatif lain yang boleh saya buat dengan extra food itu. Beri pada jiran ke... or bawak untuk bersahur ke... hahahaha...

"Kalau begitu, kami pulangkan duit akaklah..."

Sebenarnya saya tidaklah berkira sangat tentang duit tersebut kerana saya tahu MangkukTingkat ini adalah inisiatif Yayasan Pembangunan Nurhikmah bagi membantu suri rumah sepenuh masa terutamanya ibu tunggal yang bertindak sebagai pembekal kepada program ini. Dapatlah mereka sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

Namun kerana cara mereka mengendalikan pelanggan itu sangat 'mengguris' hati saya menyebabkan saya sedikit tawar hati. Just inform customer jika ada masalah berkaitan pesanan atau apa saja.

Sedikit tertekan (sebenarnya sangat-sangat) saya minta mereka pastikan kali ini tiada masalah lagi kerana saya asyik telefon macam nak mati ! Harap they will improve on that thing.

Saya berdoa tiada orang lain yang senasib dengan saya dan menyeru agar berilah sokongan kepada Yayasan Pembangunan Nurhikmah ini atas usaha murni ini.
Harap YPN akan lebih particular isu berkaitan pengurusan pelanggan ini.

14 comments:

miloaiskurangmanis said...

semoga today
sol dapat...

Anonymous said...

kak awa..semalam namapk anak2 gadis n en berlingo di pasar ramadan..ingat akak ade ..nak gak nyapa..

iza

Makcik Runner said...

mmg mangkuk hayun lah depa ni. one thing bad about our business culture kat sini, their customer service is totally OUT! banyak yg macam tuh...

sabor jek lah di bulan posa ni

Anonymous said...

hmm.. i wish kalau i ni x keja, boleh gak supply mangkuk tingkat kat u Awa.. tapi apakan daya, akak juga mengharapkan makcik depan opis nih masak.. hehehehe

~cik ketumbar~

cikliah said...

Chekshu,

Semalam mmg belum boleh dapat lagi. Maknakata depa terhutang 3 hari dengan che'. Tengok la camner gaya petang nie dapat ke tak.. Jenuh dah mengejor hakku ini... *sigh*

Iza,
Petang tu tah pesal jalan jam everywhere. Sampai pun dah lewat bangat. Ayah deme balik awal tu yang leh bawak dorang pi PR tuh. Kak awa belum sempat menjengah ke PR lagi. Salah satu sebab dok menunggu benda alah tu ler...Kengkunon la adakan. Rupa2nya hampeh.. tak dak sapa masak untuk guwe... adehhhh....

Kak KC..
Tu lah yang sodihnya. Kita nak tolong deme. Deme tak mo tolong kiter. Kiter nie la pulak kena berkejar-kejaran. Kita nie customer ke apa benornyer ? Sepasal lagi sebab ini prepaid kan? Tak rasa bersalah ke buat orang camgitu ?


Kak Ketum,
hahahahaha... Apa kata resign dan buat bisness mangkuktingkat kat sana ?
hihihihihi

Unknown said...

hye...teruknya servis...

the principal said...

Saya dah menjadi terlalu obses ngan mangkuk tingkat ni coz dok baca coretan cikliah. Td lalu dpn kedai suratkhabar. Nampak cover Majalah Wanita yg nipis sikit tu tertulis "Kisah Mangkuk Tingkat & Datin Wan Chik". Saya tak pernah beli majalah ni coz byk sgt discuss masalah seksual. Hari ni beli & teramat kecewa coz isi dlm artikel mangkuk tu adalah Datin Wan Chik yg telah lama mengumpul mangkuk tingkat. Ini betul-betul masalah seksual - anti climax.

cikliah said...

hahahaha.. sorry.. cannot help..
saya gelak guling2 baca kak emynyer comment... betoi2 anti climax nie... hahahaha

Anonymous said...

beul kak emy..kitepun tak ske baca majelah tuh.. berbaur seksual kan..tapi kalu kat kedai gunting rambut layan gak la

Anonymous said...

wakakakaka!

sori cikliat, akak sebenornya tergelak sakan baca komen si madam principal tuh...heheh

KC

azieazah said...

Sekali lagi cukup simpati dengan apa yg jadi pada Cik Liah..

tapi dah siasat habis apa punca masalah? salah faham di mana? Bawa bersabar...

Bukan sengaja sengaja MT nak buat aniaya pada pelanggan begitu... lagipun ini duit pelanggan...

jika terdapat penganiayaan, sila buat dakwaan. Jangan takut... kerana ada bukti lengkap, bukti pembayaran dan sebagainya... Dakwa jika tak puas hati... Hak pengguna digunakan..

Tapi kenal pasti punca masalah untuk sama-sama dapat manfaatnya untuk jangka panjang...

cikliah said...

Salam kak azieazah,

Saya tidak berpatah arang berkerat rotan. Saban hari saya call tanya apa masalah dengan order saya tu.

Masalah pertama, pembekal di Sungai Buloh menarik diri pada saat akhir. Malangnya saya rasa terkilan kerana tiada inisiatif dari pihak mangkuttingkat memberitahu mengenai hal ini lebih awal sehingga menyebabkan saya tertunggu-tunggu saban hari. Setiap kali saya call, saya tanya ada masalah ke dengan pesanan tersebut. Dan setiap kali mereka janji akan menelefon saya semula. Malangnya terus sepi.

Hari ni Alhamdulillah, beberapa orang staff bernama Cik Shila, En Jo dan Encik Din telah membantu saya menyelasaikan masalah pesanan dengan mangkuk tingkat ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka dan juga kepada bakal pembekal yang akan membekalkan makanan kepada saya mulai esok.

yatt said...

hahahhaha...aku takleh tahan gelak baca komen emy. hahahhaha

cikliah said...

yatt,

hahahah.. kak emy memang... :P