Cikliah berceloteh lagi....
Nak jugak ada entry sempena hari baru pada tahun baru 2009.
Malam tahun baru saya sempat juga mengadap tv masa countdown dibuat di Dataran Merdeka sementara menunggu "anak dara Jepun" menjalankan tugasnya. Ingatkan tak ada new year celebration sebab dengar berita katanya sebagai menghormati kedatangan Maal Hijrah dan juga kerana kemerosotan ekonomi sejagat. Tak ada pulak sebab berkabung atas penderitaan saudara di Palestine yang diberitahu. Alih-alih ada la pulak acara 'bakaq dhoit' pommm pang pooom panggg malam tu. Acara ini hanya disiarkan secara langsung di TV2.
Tengahari sempat lawat Farah Kareena yang baru saja melahirkan baby boy pada 31.12.2008 di Pusat Perubatan AnNur, Bangi. Tumpang berbangga dengan lahirnya satu lagi pusat perubatan bercirikan Islam yang saya kira satu perkembangan yang sangat bagus.
Sebelum ini pernah melawat seorang kawan yang bersalin di Pusat Perubatan Azzahrah. Tahun bila saya pun tak ingat. Mungkin 7 tahun yg lalu sebab anaknya - Marsya pun dah masuk sekolah. Kini ada satu lagi pusat perubatan dan beberapa klinik pakar di sebelah Azzahrah. Azzahrah pula semakin maju dengan adanya salon kecantikan dan rambut. Nampak begitu gah sekali.
Menurut Farah, biasanya alunan ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa diperdengarkan di hospital tersebut. Doktor dan petugas lain semuanya muslim. Gynea semuanya muslimah.
Kepada Farah dan Rafek, Tahniah di atas kelahiran cahayamata sulung mereka!
2 comments:
Happy new year buat kak awa & family.. kirim salam skali dgan abg azrul ya.. lama tak jumpa la.:)
Bebe,
Thanks. InsyaAllah, nanti kak awa sampaikan. Bila nak bergather2 nie? Macam ada bau nasik minyak ler..? *wink* *wink*
Post a Comment