Friday, January 16, 2009

Jumaat terakhir...

Cikliah berceloteh lagi....

Jika tiada aral, inilah Jumaat terakhir kami di sini. Minggu depan 22 Januari 2009 (Khamis) kami akan berpindah ke Glenmarie-CRO (Central Region Office). Sepatutnya hari Jumaat 23 Jan 2009 sudah bersiaran dari sana.

Tapi tak tahulah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Procurement sepatutnya mula move hari ni tapi tempat di sana pulak belum ready lagi. Tapi mereka tidak ditempatkan di Glen-CRO. Mereka bakal dipindahkan ke warehouse yang telah diupgrade.

Mungkin masa kami berpindah kelak, Glen-CRO dah ready sepenuhnya. Sebetulnya dalam gembira dengan perpindahan ini, saya belum habis mengemas barang pun. Rasanya mostly adalah barangan peribadi yang saya perlu bawak balik rumah, instead of bawak ke Glen-CRO. Memandangkan di sana, the space will be smaller and only one drawer allowed. After 11 years ++, saya 'mengumpul' 3 drawers!

Barangan peribadi - books, souvenirs, frames etc etc saya bawak balik sikit demi sikit. 'Dapur' saya kini hanya tinggal 1 teapot, 2 cawan dan sepasang fork and spoon. The rest saya dah angkut balik rumah.

Bila mengemas 'dapur' ini, wajarlah saya digelar 'arkib' oleh teman rapat saya. Mana taknya. Look at this. Ada sos yang tarikh luputnya 2006 masih dalam simpanan. Aper ke heinyer Yong?


Rupanya saya penggemar Demek McD . Boikot !!!!


Ada 3 kotak disket 3 suku inci ni dalam simpanan. Entahlah masih boleh digunakan atau tidak. Kalau pun masih boleh dipakai siapa yang akan berahi ? Drivenya pun kena install kalau nak.

TV hitam putih cum radio yang dibeli kerana 'La Usurpadora'. Radionya masih baik. TVnya saja susah nak dapatkan channel.


Semua souvenirs dah diangkut balik ke rumah. Bunga orkid dipanjat 2 bears itu adalah hadiah daripada Allahyarhamah ibu mertua saya sempena my 24th birthday. Teddy bear berbaju merah adalah daripada my long lost internet friend, Marly yang pernah belajar di Monash University. Tikar lapik adalah daripada Azell ;)




Itu bukan teddybear. Itu pencil case. Souvenir dari Cikgu@Syah masa dia kerja kat Aussie dulu.


Banyak benda yang saya bawak balik dari office menjadi bahan gelak C GaLoi. Antaranya pencil box berkartun. Actuallynya ia adalah free gift sejenis coklat. Dah lama dapat tu, masa C Ganal masih baby lagi. C Haloi pun mungkin belum ada.

Diari lama yang masih kosong menjadi perhatian mereka. Dapatlah buat main cikgu-cikgu or opis-opis. Now no more main pondok-pondok like us tau... Hahaha...

Antara yang menjadi kontroversi, adalah frame gambar C Ganal yang lebih banyak berbanding C Haloi. Daripada gambar C Ganal ketika baby berusia sebulan sampai lah masuk tadika. Semua saya framekan. C Haloi jeles. Bukan niat saya nak discriminate. Cuma dah tak terbuat time dia. First baby semua ciwikan? Lagipun pernah ada verbal regulation (entah masa zaman sapa tah) yang menyatakan tak dibenarkan letak sebarang frane gambar atas meja. WTH???? So semua frame tu akhirnya ditempatkan dalam drawer saja. Bila mengemas nie semua keluar balik.

Hah... bawaklah balik rumah untuk diarkibkan di rumah pulak.... hahaha

12 comments:

Anonymous said...

acceptable la coz that yr collection for 11 yrs....w/pun tak hijrah kerja hijrah lokasi kira ok la

Anonymous said...

Salam..
Ni kerja bhg procurement bahg apa.. buyer.. selalunya buyer tu mewah jugalah... kena dgn supplier.. depa mesti nak buat baik dgn kita.. saya yang material coordinater ni pun ramai supllier mai buat baikk..ni dekat dah raya cina ni puas makan limau lokam...sampai semput...

cikliah said...

SS,

Alangkah bestnya kalau dapat berhijrah kerja juga. Nak2 kalau dekat2 dengan rumah... hehehe

cikliah said...

En Manjung Mari,

Saya bukan di Procurement. Saya di ITD. Saya pantas berbicara tentang procurement kerana mereka jiran terdekat kami, ie sama level... ;)

Ada rezeki, limau lokam melimpah juga sampai ke meja saya... hehehe...
Nampaknya tahun nie tak ada la limau melimpah ke tempat saya lagi....

Anonymous said...

selamat berhijrah cik liah...

~kiss~

mimiejibam said...

cikliah...nak keje yg dekat ngan umah? meh jadi rakan kongsi.. :D :D

cikliah said...

TQ kak kiss...

MimieJibam,
Nak... nak... kena belajar coding nie.. heheheh

Lan Rambai said...

ko duduk rumah jaga budak jelah kalau nak sangat dekat dgn umah.. pas tu bikin transit dan transport utk budak2 yg transit tu sahaja. berlingo boleh muat 34 org kalau dok bersila kan kan

Anonymous said...

selamat bekerja dgn big-big boss di Glenmarie-CRO (Central Region Office).....

Makcik Runner said...

kelaaas mak! tengok tv sambil keje. baiknyer boss hang..hehe

Anonymous said...

Cik Liah,
Nak tanya,keje kat T*M* ke,kawan saya keje kat T*M*,pun ada pindah kat Glenmarie....bah...credit control-hang perak.

cikliah said...

LanR,
How I wish....


Apai,
Toche' toche'...
Boss baru laaaaa...


Kak KC,
Jangan tatau... tiwi tu ler jadi tumpuan masa Piala Dunia berlangsung siang hari... huhuhu


Hang Perak,
Betoi banget.... so jauh la saya dari pavilion etc...etc.. uhukss...