Friday, January 16, 2009

Mandi "tulam"

Cikliah berceloteh lagi....

C GaLoi (Ganal & Haloi) empunya kisah.

Since cuti sekolah hari tu, depa ni nak sangat "mandi tulam" (ini ikut slang pelat Adda la nie yang jadi tulam). Mandi kolam benornyer. Dah kempunan tak dapat mandi kolam kat club house lagi. Last sekali mandi kolam masa Family Day OGP kat Le Paris hari tu.

Masa cuti balik kampong hari tu saya janji nak bawak dorang main2 air kat Lost World of Tambun. Tapi timing lari sebab macam-macam nak buat. Ada jugak hati nak mandi kat Burmese Pool lepas turun dari Bukit Larut tapi since MakLongYong kata dah tak selamat kat situ, terus batal.

Kemudian on 4th January, lepas sambaut maklong Faridah balik dari menunaikan haji di KLIA, terus ke rumah Acu Faizah di Villa Wangsamas. Nampak kolam la pulak dari balkoni rumah Acu tu. Ape lagi. Menggedik-gedik la nak gi "mandi tulam". Baju mandi tak bawak. Rules "tulam renang" applied. Strictly swimming wear only. Acu kata lain kali mai bawak baju. Paksu Ajmal buat citer, kat kolam tu ada tikus mati semalam. Org yang mandi tu semua tatau. Wahh… Paksu Ajmal ingat depa nie layan ke benda-benda yang camgitu. Hahahaha…



Kolam yang begitu mengujakan C GaLoi, sehinga disuruh ibu membeli rumah di sana.


PakCik An menemani C GaLoi melepak di tepi kolam.



After 5 hari sekolah, on Saturday C Ganal ajak ke rumah Acu. Mengenangkan nak masuk ke Villa Wangsamas tu punyalah susah, saya buat alasan. Saya kata pegi KLCC jek la. Dia tak nak. Kolam tu utk budak2 kecik jek. Wahhh… demand tuh. Macam la reti berenang sangat.

Saya minta En Belingo tanyakan Pusat Akuatik kat Shah Alam. Since ada tournament hari tu tak ada dibuka untuk public. Sebenarnya saya pun tak berapa faham pasal Pusat Akuatik tuh. Ade ke dibuka untuk main-main air jek memandangkan C Ganal mana ada skill berenang segala kuak lentang, kupu-kupu segala tu. Nanti le saya riki lagi.

Sebenarnya KLCC pun saya malas nak pegi. Hujung minggu untuk membuat kerja-kerja rumah yang bertimbun dan berehat. Aper kejadahnya nak ke KL di hujung minggu kan? Dah penat mengukur jalan ke KL hari-hari. Saya kata esok jek la kita pegi Wet World. Kata mesti dikota. Selagi tak bergerak, selagi tulah dorang mengungkit. Since saya dah janji lama dulu, bawak la dorang pegi WW hari ahad tu.

Wet world Shah Alam.


Hanya C GaLoi jer yang main air. Saya tak terasa nak join sama. Sewakan tube besar untuk dorang dan dorang pandai-pandai bawak diri. Saya pulak mengambil kesempatan membaca novel "Tanah Andriyana". Saya tengok ada pengunjung yang tidur so saya pun cuba melelapkan mata tapi tak boleh. Sesekali jenguk bebudak berdua tu.

Happy kemain dapat tube tu. Dah demand tube tu dari rumah lagi.



Lengang...


Gagah beratur panjang untuk main Water Coaster ni. Dapat la 3 round sebab start 2.30 pm. Kalau air putus, terpaksa diberhentikan. Beberapa kali jugak stuck on that day.



Memula janji main air untuk 2 jam jek tapi terlajak jugak almost 3 jam main air. Sempat ada insiden pengunjung pengsan, barulah angkat kaki.

Sampai SU dah lepas Asar. Nak menjengah ke Hari Muslimat pun dah segan. Agaknya gerai2 semua dah start packing. So tak der la pegi program kat surau hari tuh... Dengarnya lebih meriah berbanding tahun lepas.

Kakcik tanya if ada bukak gerai this time. Saya kata tak larat. Kunon banyak keje rumah nak kena settle. Alih2 ke WW plak aku terlepas... :P

Kakcik kalau ada lagi after this kita joint venture bukak gerai nak ? Jual telur asin ler... hehehe.. kakcik ni jual telur asin yang direndam dalam air garam. Sedap banget. Tak terlalu masin. Kalau sapa nak cuba bolehlah contact kakcik.

2 comments:

Anonymous said...

uyoo best nye!

cikliah said...

Moh ler join...