Ini cerita sukun. Bukan kartunis Sukun tu. Betul-betul punya sukun la. Buah sukun.
Pagi tadi masa nak hantar C GaLoi ke rumah maklong, perasan ada satu objek pelik "tergolek dog" atas jalan. Mendekati objek tersebut, dalam hati tertanya apa benda nie. Tengok-tengok macam rupa buah yang jatuh penyek ala2 nangka busuk jatuh. Eh... kulit macam sukun. Sukun ke? Tak pernah sedar pulak sukun nie berbunga ke apa ke?

Mendongak ke atas, nun jauh di atas sana, ada sebiji lagi yang dah besar bangat.
Owhhh... kompen sukun la nie. Alhamdulillah....
Sukunku dah berbuah rupanya. Malang sekali yang pertama ini rezeki langau saja. Tak mengapalah, harap rezekiku ada pada buah kedua ini. Jangan kau gugur time aku di office nie. Tunggu aku pulang untuk mengaitmu ya.

Pokok sukun ini dibeli di pesta konvo di UPM, tak ingat tahun bila. Mungkin 4 atau 5 tahun yang lalu. Masa saya masih aktif dalam TamanFlora. Semua info mengenai pokok saya perolehi di sana.
Sukun dah berbuah, jambu batu pun dah berbuah. Belimbing madu memang dah berkali-kali berbuah. Ketiga-tiganya saya beli di pesta konvo yang sama. Seperkara yang dikesalkan. Tak ada rezeki nak makan buahan ini kerana buahnya tak pernah elok. Adakah kerana daya tahannya kurang? Atau kerana pokok ini dari pokok tut?
Pokok lain yang dirawat pokok lain plak yang berbuah...hehehe...
7 comments:
Salam..
Sukun tu kalau digoreng.. bah.. nyaman banar.. tapi hak yang muda/tua.... kalau hak dah penyek tu..eii.. dah lama tak makan.. selalu ada jual kat pasar tani/malam.. sekilo RM2.00.
Salam kembali...
Hahaha...
hat penyek tu amun diulah cucur kodok pun nyaman jua pang.. sedapnyer... tapi hat tergolek ataih jalan nie mintak mahap ler nak ngutipnyer... Tak perlah rejeki semut ngan langau jek la nampak gayanyer...
sukun??? goreng pun sedap....bak mai sikit....
En Apai,
Nak yang mentah ke yang dah goreng?
hang kena buat kenduri sukun goreng ni... lama tak makan... mmmm
cikliah, yg dah bergoreng la....time kasih ye....kalau boleh masa mesyuarat surau la-hidayah pada malam sabtu ni.....
LanR... ada sebijik jek... cukup ke nak berkendurinyer? hehehe...
Apai...
No hal... tapi tak dak sapa nak tolong kait... guano tuh... meh tolong jolokkan bleh ?
Post a Comment