Friday, January 09, 2009

Menanti 'PRA' 2

Cikliah berceloteh lagi....

Menanti PRA 1 di sini.

Lately, saya selalu sakit tumit. Paling sakit bila bangun dari tidur yang lama secara baring. Tidur duduk tak terasa pula. Mungkin tempoh masa sekejap masa tidur duduk.

Mungkinkan ini kesan sampingan yang Yatt sebut sebagai "meghedat" akibat terhentak pada besi kaki kerusi pada Aidil Adha Eve hari tu? Dah lama tu, takkan still nak "mengedat" tak habis lagi. Lebam pun dah hilang. Lagipun sebelah kanan yang kena takkan merebak ke sebelah kiri juga?

My sister said sebab saya pakai high heel. Sebab tu sakit tumit. Tapi rasanya saya tak ada pakai high heel dalam tempoh yg lama. Masuk office saya seret sandal yang macam berpaku tu kunon-kunon macam ada unsur urut refleksologi. Kasut hanya untuk pergi meeting atau turun ke HR.

Atau mungkin sebab saya banyak berdiri semasa di rumah. Saya prefer buat kerja berdiri. Kerana senang nak move here and there. Cuma selepas tumit sakit ni saya cuba duduk semasa membuat kerja.

Iron board direndahkan serendah mungkin dan saya menggunakan kerusi untuk duduk sambil iron baju. Rasanya tak mampu untuk mengumpul baju-baju untuk diiron for the whole week. Harus cramp tangan/kaki. Jadi iron sikit2 mana nak pakai on the day. Satu hari punya baju pun dah menimbun untuk 3 orang pakai. Yang nak ke sekolah lagi banyak kena iron. 3(helai) * 2(orang) * 2(sesi). Itu baru 2 orang. Bayangkan yang ada anak2 sekolah 4 atau 5 orang ?

Hmmmm... bilalah maid nak sampai nie? Susah sangat ke nak dapatkan biodata wahai Puan Ejen ? Puan Ejen memberi alasan semua yang masuk menggunakan Visa Pelancung. Tidak ada yang hendak masuk sebagai PRA yang sah dari awal lagi. Kerana menurutnya mereka yang masuk cepat memang sedia hendak bekerja. Jadi tidak mahu setakat menghantar biodata untuk diproses di imegresen terlebih dahulu.

Saya tak mahu yang jenis itu kerana serik dengan apa yang telah berlaku dengan Wiwik. Saya tidak mahu maid yang masuk ke sini, tidak tahu yang dia sebenarnya ditawarkan jawatan PRA(Pembantu Rumahtangga Asing), bukan salesgirl atau untuk "menjaga kedai". Setakat ini sudah 2 bekas pembantu saya mengaku, yang mereka sebenarnya hendak bekerja di toko-toko perniagaan. Bukan sebagai Pembantu Rumahtangga !

Meskipun begitu, untuk perkara tertentu saya rasa seronok juga being maidless. Saya dapat menjaga/mengatur hal ehwal rumahtangga mengikut citarasa dan keinginan saya sendiri tanpa campurtangan orang lain. Cuma bila dah penat sangat, saya rasa saya memang perlukan pembantu. Yang paling penting we need somebody yang boleh menemankan C GaLoi ketika kami keluar bekerja. Lain keadaannya balik ke rumah sendiri pada tengahari dengan transit di nurseri atau rumah nanny.

Cepatlah datang wahai bakal PRAku....

4 comments:

Anonymous said...

Salam..
Bagi pendapat saya.. kalau anak-anak dah mula pandai masuk tandas sendiri itu kira dah senang.. orang kata dah "Mumamyis". Kalau dah mauk sekolah macam tu lagi senang... Isteri saya pun bekerja,,, Waktu anak saya bersekolah rendah dulu.. pukul 5 pagi isteri saya dah bangun untuk masak pada anak-anak.. pandai ia ngaturkan masanya.. akibatnya sekarang ni pun anak-anak balik nak makan masakan ibunya..Air tangan ibu kalau masak tu kan dibuat dengan ikhlas...
Lagi satu suami pun sama-sama kena membantu.. saya waktu dulu tugas saya membasuh basuh baju.. mesin basuh bukan auto.. jadi saya kena membilas dan spin..lepas tu ampai.. kekadang tu jiran-jiran sebelah rumah tu perati ja saya dok ampai kain...tapi sekarang alhamdulillah.. anak-anak yang buat semuanya.. sebab depa dah besar-besar belaka.. saya dah boleh relax.. dapat mendap PC lama sikit..Apapun mendidik anakni adalah satu pelabuhan hidup yang cukup penting. Jadi pandai-pandai kita mengatur dan mentadbirnya..

Jingga Studies said...

kak awa, try la pakai jogging shoes..mesti best...saya baru je beli reebok for exercise purposes..memang sedap lutut and tumit compare dgn kasut fung keong saya pakai dulu..and sekarang sports shoes dah murah..saya beli 40% off harga dalam 115 shj!..try la..hehe masuk rumah tukar sport shoes! kalah org puteh!!!

Anonymous said...

sakit tumit mungkin diri lama sgt kat dapur tu, jgn lupa pakai `sipar', kekdg kaki kiter sensitif ngan tiles dlm rumah...:)
~kiss~

cikliah said...

Manjung Mari,
Anda memang bapa/suami mithali. Bravo !


Dr JS,
Mahainyer kasut ! Kiter beli sport shoes RM15 jek... huhuhu...


Kak Kiss,
Ha-ah.. thanks for the advice. Saya cuba belajar bersipar di dapur. Dah tua-tua nie memacam sakit mai.... ;)