Anak2 kembali ke sekolah. Saya pun join sama bercuti 2 hari. Tumpang memeriahkan suasana yang sedia panas dan tegang. Hehehe...
Arif dengan duduk perkara, saya membuat pilihan untuk
Alhamdulillah AER5400 yang MakLongYong tinggalkan tuh dapat memberi khidmat walaupun dah tak berapa nak pick up. Jenuh menderam-deram tekan minyak, jalannya perlahan saja. Tapi kira okay la, dapat memintas kereta yang berderet2 macam semut tu.
C Haloi hari pertama mengadu lapar teramat, tatkala baru pulang dari sekolah. Katanya tak sempat nak beli makanan waktu rehat di kantin. Ramai sangat orang. Bebudak tahun 1 campur parents ===> sah-sah jadi terlalu ramai. Nasib baik ada bawa 2 biji muffin dan kemudiannya dikongsikan bersama kawannya seorang sebiji. Dapat jugak melapik perut waktu rehat.
Hari kedua masih sesak lagi. Menurut C Haloi, mulai minggu depan ibubapa murid2 tahun 1 tak dibenarkan datang ke sekolah lagi. Adoiiii... lama lagi la baru keadaan sesak dapat dikurangkan.
Nasib bebudak di SKSU ni. Budaknya ramai sangat. As of now, kelas dah sampai P-positif. Dah 16 kelas untuk satu tahun! Purata bilangan murid dalam satu kelas 40 orang. Bayangkan.....
Cepat la siap another sekolah tuh. Bebudak kat sini habis masa dengan menunggu saja. Sungguh la tak produktifnya... hmmmm....
6 comments:
Salam..
Macam tu lah kalau kita nak anak kita jadi orang yang berjaya.. saya dalam 4-5 tahun ni baru relak.. apabila anak semua masuk asrama bila naik tkt 1, kalau dulu tu pi sek sk dengan ibunya.. ptg tugas saya ambik dari sek agama.. Sek agama tersangat penting untuk anak-anak.. kerana kita tak mampu nak mengajar mereka.. dan sekarang alhamdulilah walaupun anak saya semua masih belajar lagi tapi tak lah macam sesetengah anak orang.. alhamdulillah.. sentiasa berdoa untk kejayaan anak-anak.. Insyallah..
ooooo...cikliah merempit ye....ada lesen tak?? malang x berbau....tapi goreng sukun ada bau ke??
cikliah merempit tak toleh kiri kanan dah...kite dok hoi kat dia..tak dengar dah...tp kita hoi pelan2 jek...kang kuat2 kang tergolek plak cikliah...naya aku kene balun ngan BM :)
Anak saya hari kedua naik van,sampai rumah pukul 7,padahal dari sek. kat cemara 6 bukan jauh sangat.Anak saya murid yg mula-mula keluar dari van itu. Selebihnya SU2. So,bayangkan.Memang sesak sangat dan bayangkan kalo budak-budak yg naik basikal, dgn survive dgn yg naik motor & kereta-hang perak.
Manjung Mari,
Thanks for the advice. Kena belajar dari orang lama yang banyak pengalaman nie.. :D
En Apai,
syhhh.. saya ada lesen laa.. tapi kelas B jek. Saya tak merempit laju pun. Motor tu pon dah uzur sangat. Takat bleh bawak tu kira ok la...
MimieJ,
Awat tak keloi kuat sikit. Che jenuh dok tahan napas asap motor berkepoi2 kot time tuh... motor sapa la produce asap sampai cenggitu sekali. Sesak dada dibuatnyer... Hoi pelan2 tak dengaq laa.. dah la hingaq kan time tuh... hahahaha....
Hang Perak,
Tu ler anak saya mintak nak nek beskal gi KIDAS. Walaupun dekat saya tak benarkan lagi laa... Kemalangan hari pertama persekolahan tu cukup memilukan. Tambah dengan dia yang tak der skill bawak beskal dengan penuh tatatertibnyer. Kuar simpang aci menonong ajer.. brek tak reti nak pakai... mata tak tengok kiri kanan... ni bagi dia KOKO Kejara... Harap dia learn something from that...
Post a Comment