Cikliah berceloteh lagi....
Entry lewat tarikh. 5 Syawal - saban tahun mesti teringat. Tapi entah kenapa semalam terlupa lah pulak. Petanda diri semakin berusia. :P
Hari pertama Wiwik di kampung (balik raya), dia bertanya, "Bagaimana bisa terjadinya pernikahan antara ibu(saya) dan bapak? Di rumah ini ibu bernikah ?"
Pelik dengan pertanyaannya saya bertanya kembali "Bagaimana? Kenapa?"
"Iya.. kok jauh sekali tempat tinggalnya..."
Owhhh itu yang Wiwik musykilkan. Pada Wiwik saya beritahu saya dan suami dahulunya belajar di tempat yang sama.
Urutan peristiwa yang kemudiannya itu tidaklah saya ceritakan pada dia. Walaupun belajar di tempat yang sama, saya tidak lah pernah berpacaran di sana. Kenal pun begitu saja. Setakat pernah nampak muka sahaja. Berkenalan rapat hanya selepas mula bekerja.
Asam digunung ikan di laut, dalam kuali bertemu jua.
Pernah juga seorang kakak merangkap jiran mengorek cerita cinta antara saya dan dia seandainya kami dipertemukan melalui 'Baitul Muslim'. Atau juga melalui risikan sahabat atau jemaah. Saya bukan ahli mana-mana jemaah.
Cerita cinta saya biasa saja. Perkenalan dan persahabatan sebentar cuma. Cara perkenalan tu ada unsur lucu juga. Seandainya orang bertanya; pertama kali bertemu? Jawapannya mudah saja, 'Tepi longkang' :P
Pasti dengan tujuan persahabatan akhirnya kami diikat melalui tali pertunangan pada 30 Ogos 1998 dan kemudiannya dinikahkan pada 23 Januari 1999 bersamaan 5 Syawal 1419 Hijrah.
# Selepas 10 tahun, beza tahun Masihi dan Hijiri adalah lebih kurang 3 bulan 19 hari.
9 comments:
jumpa kat tepi longkang?? longkang mana tuh. dating pun kat tepi longkang ke...ekekeke. jangan mare!
tahniah dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. agaknya dapat hadiah apa lah yek...
happy anniversary yg ke...(jap kira dulu..) 9.
cik ketumbar
happy anniversary ke 10...
30 ogos kak awa bertunang, 30 ogos tu saya nikah...
tapi bukan tahun 98 la...
tahun tu saya masih belajar lagi...
Hehehehe Kak KC...
Persoalan tu mungkin akan dijawab dalam entry anniversary masihi 3 bulan lagi... heheheh
Kak ketum,
9 ka 10 ek ? 10 laaa... hehehehe... 1419-1429.. sepuluh la kan.. kan... kan...
-tuan rumah-
SueA..
Alamakkk.. tuanya akuuuu... huhuhuhu
-tuan rumah-
Kak Emy bertunang 29 Ogos 1999; setahun selepas awak walaupun Kak Emy tua drpd cikliah. Ini menunjukkan diriku mendpt jodoh ketika diri mula digigit usia. Uhuk!
kenapa hang sembang dgn laki hang guna "aku" dan "hang" ajer?
Kak Emy,
Senior setahun jekkan.. tak banyak bezanya... :D
LanR,
soklan cepubesi tuh... huhuhuhu...
tapi saya tidaklah beraku-hang ngan seben. Dia yang beraku-hang ngan saya... hehehehe....
kak awa...
saya dengan husband pun kekadang teraku-hang.. bila mai mood nak 'bersahabat'. bunyi macam best saja! bukanlah nak dirrespect.. you know lah what i mean..
Post a Comment