Seorang teman lama dari zaman sekolah rendah dan kemudiannya berpisah kerana masing-masing melanjutkan pelajaran di tempat yang berlainan, kemudiannya bernaung di bawah satu majikan, berpisah kembali apabila teman tersebut bertukar majikan. Selepas 8 tahun tidak bertemu dia request utk jadi kawan di facebook [ ditulis penuh atas permintaan Madam Principal ;) ].
Notification from gmail bertulis begini:-
"Assalamualaikum, hai,, tetiba teringat, try search..jumpa lak..sebab rasanya seorang jer kut yg nama
Teringat pulak seorang teman lama di Seratas dulu, yang kemudiannya menjadi officemate En Berlingo semasa di Carigali. Bila En Berlingo menyebut nama saya, beliau terus bertanya adakah saya x-seratasian kerana dia ada seorang kawan yang mengaku namanya 'unique' dan tiada orang lain yang nama seperti namanya di dunia ini.... wahhhh... di dunia tuh...
Yes... it was me yang dimaksudkannya. Akhirnya selepas bertahun tidak berhubungan, kami dapat menyambung tali silaturrahim semula.
Sebenarnya idea untuk mengatakan sedemikian kerana kali pertama berkenalan ramai yang mengatakan tidak pernah dengar nama seperti itu. Awal 80-an ketika saya masih di bangku sekolah rendah, seorang teman kepada sepupu saya adalah orang pertama yang saya sedari yang menyatakan demikian. Maka itulah idea yang saya jual dari tahun ke tahun. hehehehehe....
Kemudian pada ketika AF mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, tahun berapa ya ? Saya ternampak id
Di sebabkan perasaan ingin tahu siapakah yang memakai id tersebut, saya interrogate id tu sehingga dia block id saya. Mungkin saya salah strategi dan menyebabkan dia takut dan block id tersebut.
Atas perasaan ingin tahu saya 'gagah' menulis di paparan umum@15 mohon dia release AFBLOCK tersebut kerana saya sangat ingin berkenalan dengannya. Rayuan saya tidak dipedulikannya.
Setahun berlalu, AF kembali, saya melihat id tersebut kembali berlegar dia @15. 'Gagah' sekali lagi, saya cuba AFCHAT dengannya dan menerangkan maksud saya dengan panjang lebar sekali. Oleh kerana AFCHAT menapis nombor-nombor kami terpaksa menggunakan kod-kod rahsia spy kami boleh berhubung secara terus. Mahal tu utk buat AFCHAT. Nak berkenalan punya pasal, sanggup aja.
Setelah dapat bertukar no telefon kami mula berSMS. Benar, namanya sama dengan nama saya. Binti saja yang berbeza. Saya tanya tahun lahirnya. Rupa2nya dia lebih senior dari saya. Alamakkk... tak boleh la saya katakan mak dia meniru mak saya. Katanya nama tersebut diberikan oleh kakaknya. Beliau berada dekat saja dengan saya ketika itu iaitu di Subang Suria. Oleh kerana tidak berhubungan, saya tidak pasti di mana beliau ketika ini.
Namaku bukan unique lagi....
Bila saya google, saya dapati info kakak tersebut ada dipaparkan dalam satu website sekolah. Benarlah dia seorang guru yang berasal dari Terengganu.
Lately saya google lagi berdasarkan nama tersebut dan saya dapati ada seorang lain yang masih menuntut di sebuah universiti di Indonesia juga namanya seperti saya. Warganegaranya saya tidak pasti.
Namaku bukan unique lagi....
Maka, 'password' untuk pengesahan nama saya itu sudah tidak valid lagi... sob... sob... sob...
Nanti kalau saya hilang lagi, try la google, mungkin nama saya kembali unique.
Ahakss.... penuh mengharap agar nama itu tetap 'unique' :P
4 comments:
saya pon ingat nama saya tak ramai yg ada di dunia ini(ceh..perasan)..
Alih2..masa kat itm, junior satu course pon nama sama tp binti lain sikit jek... dia bt Ahmad...
dan yg paling bestnya.. kat SU nih pon ada nama yg sama dgn saya... siap sama dgn binti sekali... ejaannya pon sama... perrghhh.... Jumpa dia masa tgh key-in data dia..sebab dia daftar anak masuk kafa...hehehe...
apa makna zawaliah tu sebenarnya, since saya ni salah seorang treasure hunter amatur, kalau kita teliti nama tu
- perkataan penting - awal, lawa, wali, hawa, ali, ila, ????
namaku jgk yg paling short n easy...takyah penin2 nak ingat...ekekek
Nama Kak Emy lagi bersepah. Kalau tak sebab ada Nor H....kat depan, Cina, Melayu, India, minah mata biru, indon...semua ada nama Emylia.
Yg paling tak best bila nama sebenar bibik kat rumah MIL Emilia. Sib baik kat M'sia dia tukar nama komersial org indon iaitu Tini.
Post a Comment