
(gambar hiasan ciloked from internet)
Sudah dua hari saya terbatuk-batuk dan selsema yang agak teruk. Oleh sebab segan (dibaca malas) nak mengadap Dr Ravinder or TokMudim or Dr Rozita, saya memandai beli Actified tablet di salah sebuah klinik di sini.
Komen seorang doktor yang membuat locum di Klinik Saujana, menyatakan "Actified ni cepat pergi dan cepat datang" dan beliau hanya prescribe piriton untuk saya. Piriton menyebabkan kemengantukan yang teramat sangat. Kalau nak makan piriton saya kena bercuti supaya saya tidak sakit kepala menahan mengantuk.
Kadang-kadang memandai pula saya membeli clarinase di mana-mana farmasi. Dah lama juga tak memandai beli clarinase sebab ada yang memberitahu side effect yang tidak begitu baik untuk jangkamasa panjang.
Mula-mula hanya selsema. Kemudian saya tidak nyenyak tidur kerana hidung tersumbat dan merasa sangat sakit. Inilah akibatnya memandai sendiri. Mungkin tidak cukup ubatan yang diperlukan. Dada rasa sendat dan apabila batuk mula menyerang, saya memandai pula makan 'Actifed Expectorant' yang dibeli sebelum ini di farmasi. Ditulis di labelnya 'Clears chesty cough and nasal congestion'. Haa... betullah untuk sympton yang sedang saya alami. Harap betullah ubat yang saya makan ini.
Pernah saya bertanya doktor panel di office, "Is it ok if I just want to buy the medicine ? Tanpa berjumpa dengan doktor."
Doktor kata boleh. Saya sebut lagi, saya dah segan nak jumpa doktor. Asyik-asyik muka saya jer. Dr jawab, 'Kalau tak ada orang sakit datang jumpa saya, habislah business saya." Betul jugak tu kan...
Tapi kalau boleh tak nak la banyak sangat ubat-ubatan yang masuk dalam badan. Dan saya ini tersangatlah malasnya nak mencuba supplement atau makanan kesihatan berasaskan bahan-bahan natural seperti madu, pati gamat, minyak ikan, minyak kelapa dara dan sebagainya. Kebanyakannya berkaitan aftertastenya. Masa nak membeli bukan main bersemangat lagi, tapi bila part nak makan, aduhaiiii.... Akhirnya, peti sejuk atau rak atau drawer saja yang 'memakannya'. :P
2 comments:
Kak Emy kekadang pelik gak. Masa kerja ngan org, sokmo demam. Now, dah keje sendiri, alhamdulillah, susah nak demam. Maybe cikliah kena keje sendiri kot? Tak payah gi jumpa Dr Ravinder (walaupun jasanya bg MC tak pernah k emy lupakan)
Mungkin jugak la kak emy... Kalau keje sendiri, saya nak buat apa ya ? Susah gak tak dak jiwa entrepreneur dalam diri nie... ermmm...
Post a Comment