Subuh tadi sempat jugak mengerling shoutbox yang dibanned di office nie kat rumah. Internet kat rumah baru je sehat semalam setelah diconfigure oleh Encik Berlingo dengan bantuan nota Shamtt. Walau apa pun kredit kepada Shamtt kerana bertungkuslumus membaiki talian hayat ini. ;) Somehow dia la service provider kitaorg. ;)
Saya terbaca Kak ketum sebut yang rumah saya nie tak der suasana hari raya. Tu lah.. sadis betul. Mmg tak der satu entry berkaitan raya secara langsung pon.
So dalam kemeriahan Syawal yang masih terasa, saya pun nak tempek gak beberapa keping gambor sebelum menjadi usang. Bahang effbee memungkinkan blog ini bakal menerima nasib yang sama seperti effpee. Last time, masa JS suggest utk bereffbee, saya kata tak nak terjebak.
Alih-alih bila saya look into the matter, saya rupanya telah 'ter'jebak dalam effbee tanpa saya sedari. Saya 'ter'join sebab just click pada email invitation tanpa mengetahui apa itu effbee sebenarnya. Malang sekali rakan baik saya ini juga tidak mengaktifkan dirinya di effbee setelah 'invite' saya. Saya rasa dia pun sama seperti saya. TER jugak.... Bezanya saya terjebak, dia tidak... hehehe
Eh.. back to my raya entry...

(credit to En Berlingo di atas keberanian menghampiri anak ghimau ini)
These cute little creatures muncul di hujung semak sana tatkala semua orang sibuk membuat persiapan hidangan hari raya. Comeykan... rasa cam nak buat pet jek. Wiwik pon teruja nak bawak balik Inderapura seekor. Macam la buleh kan.. Nak seludup ikut mana ?
Mungkinkah bau daging yang direbus separa masak ini telah membuatkan anak-anak something ini keluar bermain?
Obsolutely bukan anak kucing. Sebab tinger dia bulat. Tak runcing macam kucing maklong Betty dan Ben10 itu. Most probably kucing hutan or kucing batu or.... anak harimau leopard?...
Perggghhhh... kg ku macam-macam ado rupanya. Khinzir hutan pun pernah berlegar-legar rupanya. Tak ingat pulak, semasa kecilku dikelilingi binatang-binatang liar ini. Di zaman ini baru muncul. Ini soheh becoz of habitat terpencil mereka telah dikacau dan mereka terpaksalah melarikan diri ke kampung-kampung yang sudah semakin kurang orangnya. Manakala, makhluk Allah yang dinamakan manusia itu hanya boleh kelihatan di kampung-kampung tatkala raya menjelma. Selain daripada itu, mereka berada di kota-kota batu untuk mencari rezeki.
Hidangan tradisi raya. Standard hidangan keluargaku... Ketupat with peanut gravy. Dah ber'pakwe' nie baru kutahu pakwe ku rupanya makan tupat dengan sambal ikan bilis. Kali ini opah menarik nafas lega kerana Wiwik pandai menganyam ketupat jantung. Che hanya tahu menganyam ketupat bawang. Opah tak fond ketupat bawang kerana ketupat bawang yang kembang dibawahnya tak cantik bila dipotong. Errrkkk.. Bila la nak pandai anyam ketupat jantung nie?
First time buat ketupat pulut tauk dalam kelongsong daun kelapa nie. Wiwik ajar. Since letak beras dalam dia kenalah rebus dalam air bersantan. So cam berlengas la luar tuh. Memula nak buat pulut romantik jek( pulut dakap). Tapi hari hujan pulak, malasnyer la hai nak meranduk rumput2 nak gi amik daun pisang. Kalau ada binatang yang lembik-lembik menjengkal-jengkal tu mau ada sekali lagi drama. Sebelum tu Wiwik dah buat drama dek binatang nan kecil lagi lembik ini. Nak kena belajar lipat lepat ketupat palas nie. Favourite che la pulut2 sumer nie.
Pehhh... rupa-rupanya adikku, PakCik One supplier besaq menda alah ni sumer. Dia dok supply menatang nie sehingga dia berupaya main benda alah nie for free. Balik modai tuh...
So, malam raya tu macam berperang. Berdentum dentam berlawan main mercun dan bunga api di sana sini.
Ni 'saham' saya..
Saya pun ada gak share bakaq dhoit nie. Since PakCik Ann gi amik beras pulut kat SP, dia rembatkan Happy Boom2 dan munger api. Tapi apalah sangat Happy Boom2 30 dasku nak dibandingkan dengan benda-benda yang PakCik One ada tu....
Ada la bebudak nie gi main meriam buluh/tin kat taliair opposite rumah opah. Sekali meletup tepi rumahku....
"Oiiiiiiitt.... pecah tingkap kang, ganti oiiiii... !!!"
Agaknya kalau nanti Izzat dan Imran (my nephews) dah besar, mau dijoinnyer bebudak tu main meriam ni. Anak-anak dara che takat main munger api jek. Tak taulah kut2 dah besau sket, ada keberanian nak main mercun sumer nie. Tapi rasanya PakNgah deme musti tak sokong ni.
Tangan berhenna orang yang terbaring sakit dan berselimut.
Kasihan sihaloi, dia deman 2 hari sebelum dan 2 hari selepas raya. So on the last day Ramadhan tu sebab tak tertahan sakit perut cramp kerana batuk dia akhirnya akur untuk berbuka puasa. Sehari sebelum tu boleh-boleh nak pertahankan puasanya. Alhamdulillah dapat juga bertahan.
Angpow layer untuk tetamu kecil
Snap-snap di pagi raya...

Gitu ler adanyer....
10 comments:
Wow! bestnya kpg cikliah. Cam safari gitu...tak payah gi jejauh.
Henna tu cam berkenan sgt...
'creatures' tu macam rimau kumbang je?
eh main jugak munger api..uurghh saya memang tak setuju...tapi raya last year saya kira tekong la jugak hahaha...aiya!
Kak Emy..
saya pun tak sangka kg saya boleh ada binatang liar sebegitu lately. Agaknya keadaan kg yang sunyi mengundang kewujudan habitat baru dorang kot...
PakNgah...
Next year kita sambut org datang takbir tu dengan bunga api yang macam org kawin tu nak?... Mau kena ligan ngan Pak Polisi ni.. hehehe..
anak harimau kumbang..?? so cutee... tapi tengok dari kejauhan ye ek...
cik ketumbar
Photographer anak harimau kumbang tu ialah En Berlingo, gambar termahal, sebab anak harimau pandang tepat pada kamera, jarak ambik lebih kurang 50 meter....
Cik Ketumbar,
Rasanya la kot.. sebab bintik2 pada bulu dia tu kan... teringin nak nengok dekat tapi takut dia lari terus...
En Azrul,
Okay lah.. sorry la tak letak credit hasil keberanian En Berlingo ke jarak yang lebih hampir kepada anak ghimau nie memungkin gambar ini diambil.
Berikan tepukan gemuruh untuk En Berlingo....:D :P
effpee = fotopages
effbee = facebook
saya reti buat ketupat jantung. meh saya ajaq tangan akak yang keghaih tu...
kat rumah saya tak dak benatang celoreng ni. tapi yang ada ungka (kot?). kale kelabu. garang bukan main. pasal habitat kena kacau jugak. dulu depa dok kat ban tapi sebab ban pecah, depa lari masuk kampung.
tahun ni kami bakaq mercun besaq lagi - 138 das. mercun bola buat hambat beruk tu...
SueA,
hahaha...
TQ sebab menerangkan acronyms yang telah dipanjangkan ittew..
Hat ganal berdas2 tu ada gak.. Ada video lagi. Tapi tak bleh tayang sini... PakNgah marah nanti... huhuhuhu
sue,
nasib baiklah ada awak. Kepala sampai nak botak dok garu kerana memikirkan 2 perkataan itu...
cikliah,
kalau menulis IT words, tolong jgn disingkatkan. Ingatlah ada di antara pembaca anda yg buta IT
Mdm Principal,
Saja nak stimulate right brain utk fikir maksud dia... hehehe...
Post a Comment