Friday, October 10, 2008

Mahu tapi ...

Cikliah berceloteh lagi....

Entah kenapa, tetiba Kak Datin mengeluarkan soalan cepumas kepada saya lewat bicara di skype.

"Nak tanya..che liah takmo tambah anak lagik ke?" - dia memang suka eja id saya as 'che liah'.. original id given by one of our cybergang's member, Haja Maideen.

Gulppp.... satu soalan yang agak sukar saya jawab. Rasanya ini soalan yang beratus-ratus kali ditanya kepada saya selama C Haloi menjadi 'bongsu'.

Dulu senang je saya jawab "Serik lagi." ;)

Now, C Haloi dah 7 tahun. Alasan apa lagi yang mahu saya gunapakai? Saya kira 'serik' masih lagi valid. Campur satu lagi alasan baru ie saya tidak lah sihat seperti dulu. Darah saya lemah. Hemoglobin saya masih rendah. Agaknya alasan masalah kesihatan ni boleh digunapakai kot.

Bila saya beri alasan 'serik' orang tak percaya. Tapi itulah perkataan yang keluar dari mulut saya kepada emak pada hari kedua C Haloi dilahirkan sebaik saja emak sampai untuk menemani saya di hospital. Mak pon terkejut dan menegur kenapa itu yang saya ucapkan.

Seingat saya, pada malam selepas 'dilapah' sepicing pun saya tak dapat tidur. Saya membilang setiap saat detik waktu berlalu. Cepatlah pukul 6 pagi.. cepatlah...cepatlah...

Kenapa saya sangat nantikan pukul 6 pagi ?
Supaya saya boleh menelefon ke rumah meminta agar mak dapat kembali ke hospital untuk menemani saya. Sekurang-kurangnya ada teman saya berbual yang mungkin mengurangkan kesakitan yang saya alami. Supaya saya boleh divert kesakitan yang saya alami dengan memikirkan perkara lain.

Sebenarnya kesakitan yang saya alami itu bermula pada petang setelah pembedahan dijalankan. Semasa prosedur ELCS(Elective Labour Ceasarean Section) dijalankan, saya memilih untuk local anesthetic kerana ingin mengikuti saat-saat kelahiran C Haloi. Saya diberitahu akan menjadi guinea pig di hospital tersebut untuk dipasang dengan set epidural+ spinal terbaru pada ketika itu. Malangnya, set yang dipasang pada saya 'leaking' dan menyebabkan ubat bius tidak berfungsi.

Lebih kurang pukul 5 petang, semasa gynea membuat lawatan saya mengadu perut saya sangat sakit. Beliau menekan perut saya dan saya menjerit kesakitan. Beliau mengatakan tidak sepatutnya saya boleh merasa sakit pada ketika itu kerana baru beberapa jam saja saya dibedah. Beliau mengarahkan agar pakar anesthetic dipanggil semula untuk melihat apa yang tidak kena.

Seingat saya, bukan saya terus diperiksa dengan teliti, tetapi 'dibokbek' dengan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti saya tidak tahan sakit, mengada-ngada.. etc..etc...

Tapi saya tidaklah salahkan doktor pakar tersebut kerana ketika itu dia bercakap merujuk tahap ubat yang baru saja dinaikkan oleh nurse beberapa minit yang lalu setelah saya mengadu sakit berkali-kali. Mungkin juga cerita mengenai leaking set sehingga membasahi bantal tidak sampai ke pengetahuannya.

Kata doktor tersebut lagi jika di hospital kerajaan, 2 saja dibenarkan. Ini dah sampai 8. Bukan saya yang setkan jumlah tersebut. Saya hanya menerima apa yang nurse setkan untuk saya. Kenapa nak marahkan saya ? Apabila saya bertanya tentang kemungkinan leaking sebab bantal basah barulah dia berinisiatif memeriksa set itu semula dan mengakui memang set tersebut bermasalah.

Memburukkan keadaan, semasa di recovery room selepas pembedahan selesai, saya tiba-tiba terasa jauh hati, sunyi, sepi dan entah apa-apa perasaan lagi yang menyebabkan saya menangis teresak-esak sendirian.

Ketika itu staff bertukar shift, maka lambat sedikit saya dipindahkan ke wad. Saya keseorangan di situ. C Haloi telah dibawa ke nurseri. Suami telah keluar dari OT terlebih dahulu. Kaum keluarga menanti diluar. Saya tahu itu. Tapi entah kenapa saya masih sebak dan menangis. Mungkin post natal depression.

Sebaik sahaja dikeluarkan dari recovery room dan berjumpa dengan kaum keluarga, saya terus menghamburkan air mata sehingga tersedu sedan. Tak tahulah kenapa pelik sangat saya ketika itu. Bolehlah saya katakan keadaan saya menangis itu seperti 'merengguh' dan memberi impact kepada luka di perut yang baru hendak bertaup.

Ketika lawatan gynea, beliau juga melahirkan rasa pelik kerana saya mengalami perdarahan yang agak banyak. Tapi tidak saya ceritakan keadaan saya yang telah menangis teresak-esak sebelum itu yang memungkin perdarahan lebih teruk dari biasa. Malu jugak rasanya. Sampai sekarang saya tidak mengerti kenapa saya perlu menangis pada hari tersebut.

11 comments:

Sue.Aleen said...

ye saya rasa kak awa telah mengalami post natal depression. kekadang lepas bersalin, saya juga ada rasa macam tu tambah kalo suami tiada langsung teman kat sisi. it's weird.. rasa macam sunyi.. feeling dia tak dapat nak gambar. bila dia/orang lain datang baru rasa lega sket.. perasaan macam ni boleh menghambat lagi dalam tempoh² berpantang. tu sebab emosi ibu bersalin ni kena jaga. saya tak dapat cerita perasaannya masa syafiah dilahirkan & berpantang sorang². mak pi mekah, suami pi kerja, anak² kat kg mertua.

tentang elcs.. saya tak mampu komen. tapi ada jugak kawan bercerita kakak dia sendiri terkena. masa prosedur, bius hilang. maka meraunglah dia. alhamdulillah saya bersalin normal. sakitnya toksah cakaplah.. nak tercabut rasanya nyawa ni..

Anonymous said...

postnatal blue.. rasanya kebanyakan wanita baru bersalin akan mengalaminya. tu yang kalau x d jaga betul2, org melayu kata boleh jadi meroyan.. wallahuaklam

akak pun pernah rasa gitu jugak.. tak pasal2 rasa sedih & jauh hati.

akak 3x amik GA..memula takut gak, mana ler tau takut tak sedar semula, hehe tawakallah mudah2an lepas tu panjang umur..
bersalin normal adalah pengalaman yg paling bernilai. time tu baru terasa amat2 menghargai jasa ibu yg melahirkan kita..

cik ketumbar

Makcik Runner said...

oh, sakit bersalin operate ni lagi sakit dr bersalin natural. itu yg akak dengar dr member yg pernah kena dua2.

bab bius x jalan tu akak pun pernah kena masa anak ke2. akak pun pernah cite ni dlm blog few months back. lepas tu mmg rase serik nak beranak lagi tapi tu ler naluri seorang wanita bila tengok je jiran2 ada baby baru pastu ditambah yg no 2 tu pun dah besar, harus aku kena beranak lagi ni....hehe. tawakal je la masa tu. alhamdulillah la ok

Kiss said...

Part ni cek sedih bila baca2 citer2camni. Cam kurang sihat ni... memang rasa haru kan..kan..kan

Lan Rambai said...

ok.. aku takkan tanya dah kat hang atau hubby hang pasal tambah anak ni. Anak aku sampai 4 pun bukan sebab aku .. sebab bini aku yg nak haha

the principal said...

Pengalaman bersalin ni yg membuatkan hati kecil selalu bertanya, "Perlukah aku...? Bolehkah aku...?

Unknown said...

terok sgt ke ceaser nih sis...err.. alhamdulilah dua-dua anak kite, kite lahirkan secara normal...tapi mmg member2 kebanyakan ckp, even nammpak macam senang aje kena bedah tapi sakitnya tuhan ajelah yang tau...sabo yek sis cayunk'

cikliah said...

Thanks for the comments.
Harap tak ada sesiapa yang 'gerun' dengan pengalaman tak best saya nie. ;)

Jangan serik ya ! ;)

Anonymous said...

ayat yg sama spt ucapan isteri saya bersalin kali pertama melalui kaedah pembedahan setelah 4 yg lain tu normal aje...
mungkin mulut si ibu jugak yg kerap memberitahu kandungannya jangan sakitkan ibu.....walaubagaimanpun semuanya telah selamat....tambah lagi penyokong PR!!! Takbir

cikliah said...

Salam En Anon,
Rasa-rasa macam kenai jek Encik Anon nie... :D Keluarga ZZ kan... kan...

Alhamdulillah... Tahniah atas kelahiran ahli baru dalam family!
Allahuakbar... ;)

mamaDiana said...

serik sakit tu masih ada...tupasl 2org ank sja setakat ni, lg pon x daya dah rasanya...