Cikliah berceloteh lagi....
Saya sudah menyelesaikan tanggungjawab ini. Bagaimana dengan anda? Cepat... cepat.. hanya tinggal satu hari saja lagi.
Tahun ini LHDN sepatutnya memulangkan semula RM89.35 yang terlebih bayar oleh majikan melalui PCB. Tapi tak tahulah samaada akan dapat atau tidak. Sebab taksiran dibuat di fail lain, manakala bayaran dimasukkan dalam fail lain. Tahun demi tahun terlebih potong, tapi tak pernah dapat refund. Menurut Hezli seorang teman sekampus dulu yang kini bertugas di LHDN, sistem fail ini sepatutnya akan/telah dikemaskini. Ini katanya setahun yang lalu. Tak kira berapa fail yang kita ada, seharusnya telah diconsolidatekan. Tahun lepas pun tak dapat refund. Dengar cerita jiranyang terlebih bayar tahun lepas, telah pun dapat refund. Itulah gunanya LHDN menyediakan kolum nombor akaun bank supaya senang mereka pindahkan semula lebihan itu ke dalam akaun pembayar cukai.
Harapnya tahun ini dapatlah semula lebihan PCB yang rasanya telah mencecah ratusan ringgit, seperti yang telah dikhabarkan Hezli pada tahun lepas. Kalau dapat tu boleh la wangga-wangga pegi holiday.... :D
Tuesday, April 29, 2008
Friday, April 25, 2008
Ralit membaca, tekun menulis
Cikliah berceloteh lagi....
Dua tiga hari kebelakangan ini topik hangat perbincangan dalam kereta adalah berkaitan angan-angan menjadi penulis. Tahun demi tahun, semua ini diinspirasikan dari kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) di PWTC. Sementelah pula, semasa KLIBF2008 tempohari aku telah menemui novelis kegemaran iaitu John Norafizan dan Aina Emir. Sementara En Belingo pula sempat bergambar dengan Faisal Tehrani dan Sasterawan Negara A Samad Said.
Kemudian pada pagi Rabu yang lalu, aku sempat mendengar temubual Radio24 dengan Datuk Johan Jaafar dari DBP mengulas tentang fenomena pasaran buku sastera berat vs sastera ringan. Menurut Datuk Johan novel-novel popular dari penulis seperti Liena Afiera Malik sering mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berbanding dengan buku-buku/novel dari jenis sastera berat. Novel popular ini kadang-kala diulangcetak sehingga 100,000 salinan. Dalam kepala saya mencongak, kalau pun diberi royalti RM1 untuk sebuah buku, kalau 100000 buku ?
Wahhhh... makcik kaya !! Tapi rasanya royalti yang diberi kepada penulis lebih dari RM1. Memang boleh buat duitlah dengan menulis novel walaupun sekadar novel picisan.
Aku selalu mengimpikan... kalaulah aku boleh menulis seperti mereka, nescaya aku sudah berhenti kerja dan menulis sahaja. ;)
Tapi apa yang aku dapat tulis kalau minat membaca, hanya novel dari genre sastera ringan. Cumanya akhir-akhir ini aku cuba juga berjinak-jinak dengan buku-buku berkaitan sejarah.
Hari ini pula, aku membaca rantaian email dari yahoogroups alumni yang berkisar tentang bloggers. Baru aku tahu kiranya JiwaRasa adalah salah seorang senior di sekolahku dahulu. Namun tidak sempat mengenali beliau kerana sewaktu aku masuk, JiwaRasa sudah pun keluar dari sekolah. JiwaRasa dalam emailnya menyatakan dia sebenarnya bukanlah penulis blog politik yang sedang hangat diperkatakan masakini, tetapi kerana minat beliau terhadap buku telah membawanya ke alam blog.
John Norafizan, dalam mukadimah blognya telah mengqoute Piers Paul Read sebagai berkata
"Good novels are not written, they are rewritten. Great novels are diamonds mined from layered rewrites."
Kesimpulannya untuk menjadi penulis yang baik, mestilah rajin membaca. Bukan sekadar dalam genre yang menjadi kegemaran tetapi merangkumi semua bidang bacaan samada berat atau ringan. Dari situ kita mampu melahirkan idea yang lebih bernas dalam penulisan kelak. Seorang teman di satu yahoogroups lain pernah menyarankan, menulis mestilah dari hati.
Mampukah aku menjadi penulis ? Aku kira buat masa sekarang, biarlah aku menjadi pembaca sahaja. ;) Dan mungkin sekali-sekala mengasah minda dengan menulis di blog ini sahaja..... ;)

Thursday, April 24, 2008
Belasungkawa buat Allahyarhamah Makcik Bariah
22 April 2008
Al-Fatihah...
Sekalung takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Makcik Bariah yang kukenali sangat baik orangnya. Masih segar dalam ingatan akan layanan Makcik (9 tahun yang lalu; ziarah pertama ke Sik selepas berkahwin) ketika berkunjung ke rumah besannya yang ketika itu sedang meraikan perkahwinan adik kepada menantunya, Kak Minah. Almaklumlah, masa tu mengandung sulung. Semua makanan yang ada disuruh rasa. Aku aje yang malu sebab tak biasa dengan layanan sebegitu. Setiap kali berkunjung ke Sik, makcik yang tinggal bersebelah dengan rumah tok pasti diziarahi.
Kali terakhir melawatnya ialah pada tahun lepas di Rumah Persaraan Strand yang pada ketika ini telah diambil alih oleh Hospital Pantai. Makcik kena stroke dan sudah tidak mengenali kami.
Semoga Makcik damai di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Monday, April 21, 2008
Bank oh bank...
Cikliah berceloteh lagi....
Kenapa bank suka jual maklumat customer ? Is it permissible for them to disseminate customer's info ? Apa nak buat dengan bank-bank yang tak beretika ini ?
This is regarding telemarketing. I'm sick of it !
Before this, Bank CT. And lately Bank Unta. Nampaknya Bank Unta akan menerima nasib yang sama dengan Bank CT. Akan kuterminatekan perjanjian dengan kamu bila tiba masanya. Memandai sangat bagi contact no orang.
Dalam masa sebulan, a few calls from telemarketers yang aku terima. Dulu aku tak pandai nak tai-chi all those thing. Bank CT pernah keluarkan surat to confirm about willingness to receive telemarking service dan aku tak pernah jawab "Yes!". Aku mula questioned macammana dorang dapat contact no, sedangkan aku tak pernah hendak menerima telemarketing service. Itu lawaknya tentang Bank CT. After that, tak ada calls from Bank CT lagi, only SMS. SMS tidaklah menyakitkan hati sangat. Boleh jer delete.
This morning I relly pissed off dengan caller ni yang mengatakan dia dari Bank Cap Unta. Ada ke gi tanya kita "Pernah tak deal dengan Bank Unta sebelum ini?" Aiyakkkk... apa punya soklan daa.... awal2 dah kantoi. You said that you're from bank unta, then you shud know, atas sebab apa saya berurusan dengan bank unta awak tuh. Cehhhhhhh..... then baru la nak tergagap-gagap.
Sebenarnya aku kasihan jugak dengan bebudak telemarketers nie. Dorang hanya cuba untuk mencari makan. Tapi aku tetap tidak bersetuju dengan cara mereka mendapatkan contact no orang ramai. Dan bank la yang lebih bersalah lagi. Menjual maklumat pelanggan.
Orang lain tak kisah, tapi I do care!

Wednesday, April 16, 2008
Janji seorang ayah
16 April 2008
Hari dah menganjak ke pukul 7 pagi. Adik bermalas-malasan lagi di katil. Terpisat-pisat masih sayang akan tilambantalnya. Kakak dah siap berpakaian. Baru la nampak kelibat ayah dia. Semalaman tak nampak ayah waktu malam. In fact dah beberapa hari since last week macam tu.
Dia pun tegur ayah, "Ayah balik pukul berapa semalam?"
"Tiga pagi" sahut ayahnya yang tergesa-gesa nak ke bilik air.
"Lambatnya !!!" kakak memprotes.
"Ayah sampai hari jumaat, macam ni", ayah seolah berjanji.
Oleh sebab subuh tadi ayah dia balik dengan teksi, so pagi ni kena tumpang Myvi utk ke office. Walaupun baru balik pukul tiga pagi tadi, kena jugak pegi awal sebab nak tumpang myvi. Berlingo memang dah 2 hari ditinggalkan di car park Daya Bumi after dia nyaris terbabas on the way back malam ahad lepas sebab mengantuk. Weekend pun pegi office sampai pagi/subuh baru balik.
Kata ayah, masuk teksi jek dia memang tertidur. Nasib baik apek teksi tu baik orangnya. Dan apek tu adalah orang yang sama jugak yang dia tumpang last year. Apek tu pun still ingat-ingat lupa jalan ke SU. Pagi selasa tu, apek tu kejut bila sampai kat Kuang sebab dia tak berapa sure jalan ke SU. Pagi tadi pulak, sedar-sedar dah sampai depan rumah. Tapi rasanya apek tu sure tak kisah. Satu perjalanan dari Daya Bumi ke SU pada dinihari tu dicaj RM70. Nasib baik boss ayah kata boleh claim. Kalau hari-hari macam ni harus makan pasir ujung bulan.
Ayah berjanji lagi, bahawasanya 'penderitaan'nya ini hanya akan berakhir pada bulan Jun nanti.
Iya kah begitu ?
Iya kah begitu ?
Rasa macam tak begitu yakin nak meletakkan harapan yang tinggi. Ayah jadi begitu sibuk since last year. Sampaikan masa pegi bercuti ke Cameron Highland masa cuti sekolah pun ayah tak dapat ikut. Alasan yang sama;- closing. Bulan ni lagilah, the whole company financial year nyer closing.
But then sangat-sangat menyimpan harap dapat pegi makan angin ke Kelantan masa cuti sekolah 3 minggu hujung Mei dan awal Jun nanti. Kalau ayah masih engage dengan closing lagi, makan asap jek la kita... uhuksss...
~~~~~
Teringat pulak dulu-dulu, kalau ayah busy dengan closing, kami 3 beranak akan berlegar-legar kat KLCC. Buat la apa-apa to kill the time. Kalau just main-main kat concourse tu tak per. Jangan masuk Isetan ke Parkson ke. Semua dorang tunjuk suruh beli.
Then bila dah muak kena tunggu camgitu, naik cab explorace amik kakak kat TTAM, adik kat Taska Petronas then gi naik Putra ke KL Sentral. Tunggu komuter ke Sg Buloh then dari Sg Buloh naik cab balik rumah. Masa tu masih takut merempit lagi. Pernah gak try bawak balik budak2 naik berlingo tapi MasyaAllah... jangan cakap, lemah badan sendi segala. Letihnya sehari suntuk. Letih bukan sebab penat... tapi letih sebab nervous kena drive! :P
Subscribe to:
Posts (Atom)