Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Friday, May 30, 2008

Book Fest @ Malaysia 2008

Cikliah berceloteh lagi....

Sedang berlangsung di KL Convention Centre dari 24 Mei - 1 Jun 2008. Cepat-cepat jangan terlambat. Lagi 2 hari saja lagi. Penganjurnya Popular & Sin Chew Jit Poh. Itu pasal katalognya penuh dengan tulisan Cina ajer.


Aku sempat ke KLCC ditemani Kak Ita during lunch time hari Rabu lepas. Untuk masuk dikenakan caj RM2. Masuk jek hall, wahhh... mata aku dah rambang.


Diskaun sehingga 30% diberikan

Kak Ita kata aku beli buku macam beli ikan kat pasar. Main kutip-kutip then masuk dalam bakul. Novel wishlist, aku terus jek tanya staff yang bertugas. Yang menarik perhatianku, aku belek sekejap then masuk bakul.

Semenjak mengenali Shamsiah Fakeh lewat Memoir Shamsiah Fakeh, aku sangat teruja untk mencari buku-buku berkaitan pejuang-pejuang kemerdekaan berhaluan kiri. Tapi aku mungkin sedikit bias, aku pilih yang berkaitan dengan pejuang wanita sahaja. Nanti-nantilah, bila budget mengizinkan lagi, aku beli pulak memoir comrad lelaki. Ingin juga aku kenali siapa Abdullah CD,Pengerusi PKM. Tapi buat masa ini, aku ingin selami suara hati rakan seperjuangan Shamsiah Fakeh, isteri Abdullah CD iaitu Suriani Abdullah dulu.
Ketika ini aku sedang membaca 'Hidup Bagaikan Sungai Mengalir' tulisan Agnes Khoo. Cerita hidup 16 pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang dinafikan taraf kerakyatannya oleh Singapura dan Malaysia yang kini menetap di kampung sahabat dan kampung perdamaian ehsan Kerajaan Thai di bawah naungan Puteri Cholaporn. Bila tamat nanti dan jika masa mengizinkan akan kusinopsiskan buku-buku ini. InsyaAllah...
Antara buku-buku lain yang sempat kucapai di Pesta buku tersebut:-
Stok untuk separuh tahun. Cukup tak ?

Rabak gak la poket tapi untuk buku walaupun hanya sekadar novel aku redha. There's goes my on call allowance for this month...

Friday, April 25, 2008

Ralit membaca, tekun menulis

Cikliah berceloteh lagi....

Dua tiga hari kebelakangan ini topik hangat perbincangan dalam kereta adalah berkaitan angan-angan menjadi penulis. Tahun demi tahun, semua ini diinspirasikan dari kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) di PWTC. Sementelah pula, semasa KLIBF2008 tempohari aku telah menemui novelis kegemaran iaitu John Norafizan dan Aina Emir. Sementara En Belingo pula sempat bergambar dengan Faisal Tehrani dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Kemudian pada pagi Rabu yang lalu, aku sempat mendengar temubual Radio24 dengan Datuk Johan Jaafar dari DBP mengulas tentang fenomena pasaran buku sastera berat vs sastera ringan. Menurut Datuk Johan novel-novel popular dari penulis seperti Liena Afiera Malik sering mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berbanding dengan buku-buku/novel dari jenis sastera berat. Novel popular ini kadang-kala diulangcetak sehingga 100,000 salinan. Dalam kepala saya mencongak, kalau pun diberi royalti RM1 untuk sebuah buku, kalau 100000 buku ?
Wahhhh... makcik kaya !! Tapi rasanya royalti yang diberi kepada penulis lebih dari RM1. Memang boleh buat duitlah dengan menulis novel walaupun sekadar novel picisan.

Aku selalu mengimpikan... kalaulah aku boleh menulis seperti mereka, nescaya aku sudah berhenti kerja dan menulis sahaja. ;)
Tapi apa yang aku dapat tulis kalau minat membaca, hanya novel dari genre sastera ringan. Cumanya akhir-akhir ini aku cuba juga berjinak-jinak dengan buku-buku berkaitan sejarah.

Hari ini pula, aku membaca rantaian email dari yahoogroups alumni yang berkisar tentang bloggers. Baru aku tahu kiranya JiwaRasa
adalah salah seorang senior di sekolahku dahulu. Namun tidak sempat mengenali beliau kerana sewaktu aku masuk, JiwaRasa sudah pun keluar dari sekolah. JiwaRasa dalam emailnya menyatakan dia sebenarnya bukanlah penulis blog politik yang sedang hangat diperkatakan masakini, tetapi kerana minat beliau terhadap buku telah membawanya ke alam blog.

John Norafizan, dalam mukadimah blognya telah mengqoute
Piers Paul Read sebagai berkata
"
Good novels are not written, they are rewritten. Great novels are diamonds mined from layered rewrites."
Kesimpulannya untuk menjadi penulis yang baik, mestilah rajin membaca. Bukan sekadar dalam genre yang menjadi kegemaran tetapi merangkumi semua bidang bacaan samada berat atau ringan. Dari situ kita mampu melahirkan idea yang lebih bernas dalam penulisan kelak. Seorang teman di satu yahoogroups lain pernah menyarankan, menulis mestilah dari hati.

Mampukah aku menjadi penulis ? Aku kira buat masa sekarang, biarlah aku menjadi pembaca sahaja. ;) Dan mungkin sekali-sekala mengasah minda dengan menulis di blog ini sahaja..... ;)