Wednesday, April 16, 2008

Janji seorang ayah

16 April 2008

Hari dah menganjak ke pukul 7 pagi. Adik bermalas-malasan lagi di katil. Terpisat-pisat masih sayang akan tilambantalnya. Kakak dah siap berpakaian. Baru la nampak kelibat ayah dia. Semalaman tak nampak ayah waktu malam. In fact dah beberapa hari since last week macam tu.
Dia pun tegur ayah, "Ayah balik pukul berapa semalam?"
"Tiga pagi" sahut ayahnya yang tergesa-gesa nak ke bilik air.
"Lambatnya !!!" kakak memprotes.
"Ayah sampai hari jumaat, macam ni", ayah seolah berjanji.

Oleh sebab subuh tadi ayah dia balik dengan teksi, so pagi ni kena tumpang Myvi utk ke office. Walaupun baru balik pukul tiga pagi tadi, kena jugak pegi awal sebab nak tumpang myvi. Berlingo memang dah 2 hari ditinggalkan di car park Daya Bumi after dia nyaris terbabas on the way back malam ahad lepas sebab mengantuk. Weekend pun pegi office sampai pagi/subuh baru balik.

Kata ayah, masuk teksi jek dia memang tertidur. Nasib baik apek teksi tu baik orangnya. Dan apek tu adalah orang yang sama jugak yang dia tumpang last year. Apek tu pun still ingat-ingat lupa jalan ke SU. Pagi selasa tu, apek tu kejut bila sampai kat Kuang sebab dia tak berapa sure jalan ke SU. Pagi tadi pulak, sedar-sedar dah sampai depan rumah. Tapi rasanya apek tu sure tak kisah. Satu perjalanan dari Daya Bumi ke SU pada dinihari tu dicaj RM70. Nasib baik boss ayah kata boleh claim. Kalau hari-hari macam ni harus makan pasir ujung bulan.

Ayah berjanji lagi, bahawasanya 'penderitaan'nya ini hanya akan berakhir pada bulan Jun nanti.
Iya kah begitu ?
Rasa macam tak begitu yakin nak meletakkan harapan yang tinggi. Ayah jadi begitu sibuk since last year. Sampaikan masa pegi bercuti ke Cameron Highland masa cuti sekolah pun ayah tak dapat ikut. Alasan yang sama;- closing. Bulan ni lagilah, the whole company financial year nyer closing.

But then sangat-sangat menyimpan harap dapat pegi makan angin ke Kelantan masa cuti sekolah 3 minggu hujung Mei dan awal Jun nanti. Kalau ayah masih engage dengan closing lagi, makan asap jek la kita... uhuksss...
~~~~~
Teringat pulak dulu-dulu, kalau ayah busy dengan closing, kami 3 beranak akan berlegar-legar kat KLCC. Buat la apa-apa to kill the time. Kalau just main-main kat concourse tu tak per. Jangan masuk Isetan ke Parkson ke. Semua dorang tunjuk suruh beli.



Then bila dah muak kena tunggu camgitu, naik cab explorace amik kakak kat TTAM, adik kat Taska Petronas then gi naik Putra ke KL Sentral. Tunggu komuter ke Sg Buloh then dari Sg Buloh naik cab balik rumah. Masa tu masih takut merempit lagi. Pernah gak try bawak balik budak2 naik berlingo tapi MasyaAllah... jangan cakap, lemah badan sendi segala. Letihnya sehari suntuk. Letih bukan sebab penat... tapi letih sebab nervous kena drive! :P


2 comments:

Jingga Studies said...

kesian ayah cik anis + aleeya...semalam ade call..kesian kena stay up to 3am almost everyday..kejam2!!!

Makcik Runner said...

cikliat, takpe dia keje sampai kul 3 pagi. dia punya bonus pun besaq gak, kira berbaloi la...hehe