22 April 2008
Al-Fatihah...
Sekalung takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Makcik Bariah yang kukenali sangat baik orangnya. Masih segar dalam ingatan akan layanan Makcik (9 tahun yang lalu; ziarah pertama ke Sik selepas berkahwin) ketika berkunjung ke rumah besannya yang ketika itu sedang meraikan perkahwinan adik kepada menantunya, Kak Minah. Almaklumlah, masa tu mengandung sulung. Semua makanan yang ada disuruh rasa. Aku aje yang malu sebab tak biasa dengan layanan sebegitu. Setiap kali berkunjung ke Sik, makcik yang tinggal bersebelah dengan rumah tok pasti diziarahi.
Kali terakhir melawatnya ialah pada tahun lepas di Rumah Persaraan Strand yang pada ketika ini telah diambil alih oleh Hospital Pantai. Makcik kena stroke dan sudah tidak mengenali kami.
Semoga Makcik damai di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.
2 comments:
yes kak awa..makcik bariah memang sentiasa entertain kita bila balik sik ..in fact selalunye terlebih entertain macam jadi anak2nye sendiri + tak dapat lah kita minum kopi-o original makcik bariah dah...
semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh..Amin & AlFatihah..
owhhhh ya... kopi kampung yang tersangatlah bestnya itu.
Semoga makcik damai di sana.
Post a Comment