Cikliah berceloteh lagi....
Sipa ngarannya = Siapakah gerangannya....
Semalam balik lambat, sempat berjemaah maghrib di surau office ni.
MasyaAllah... suara Imam yang mengalunkan bacaan Surah Al-Mulk begitu menyentuh hati. Siapakah gerangan yang empunya suara lunak ini. Seakan-akan suara seorang qari yang selalu kudengar di pc mengalunkan Surah Ar-Rahman. Mendayu-dayu sekali.
Siapakah dia ? Adakah dia staff baru Koniambo Nickel Project yang sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang baru saja masuk berkongsi pejabat di bawah satu bumbung di bangunan ini. Penambahbaikan yang dibuat termasuk mengecat pintu surau yang berada sama level dengan pejabat mereka yang baru di'renovate' dengan cantik sekali...
Nanti akan kurisik lagi.... bolehkah begitu ?
2 comments:
Ehmmm berhati hati merisik.. nanti terpekenan lah pulak... hehehehe...
Ehmm mungkin empunya suara ingin low profile. kelibihan seseorg itu tidak boleh dilihat dari segi penampilan sahaja
Tak per... terberkenan kalu leh wat menantu... huhuhuhu....
Post a Comment