Panggilan haji telah tiba lagi
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah
Tanah suci Makkah
Ya Makkah Mukarramah
Sabtu lepas pergi 'tata-tata' my cousin Kak Idah dan suami Abang Long yang hendak berangkat menunaikan ibadah haji di Komplek Haji Kelana Jaya. Since opah kata Kak Idah check in pukul 8.30 pagi, so malam tu (actuallynya dah 2 am !) jugak gagah la bertolak ke rumah Tokwan. Tidur kat sana, supaya jika C GaLoi tak mahu pergi subuh-subuh tinggalkan jer dorang kat situ. Rupa-rupanya pukul 11.30 pagi baru check in.
So pukul 9.30 am baru la bergerak ke kompleks. Masa sampai tu kak Idah dan abang long serta family abang Kaspol dah sampai. Anak-anak kak Idah seramai 3 orang, tak ada yang ikut. Semuanya telah di'serah'kan kepada penjaga ie bapa saudara mereka di Gurun, Kedah.
Jadi yang keluarga yang tinggal di sekitar Lembah Kelang ini sahaja yang meng'hantar'. Adatla org nak pegi haji di Malaysia nie. Yang nak perginya 2 orang, yang memeriahkan suasana satu bas. :P...
Teringat masa tok dan arwan tokwan menunaikan haji buat kali pertama. Masa tu saya baru berusia 7 tahun. Satu bas kami menghantar ke Airport Bayan Lepas. Berkampung pulak di airport tu sambil cuci mata tengok "wanita cantik". Datang sikit punya la awal. Ala-ala berpiknik kat airport, makan-makan, tidur-tidur lagi... Tapi rasanya sekarang hanya boleh hantar sampai ke kompleks haji saja. So tak ada lagi la jakun nak menengok "wanita cantik".
Sempat menjamu selera di Kafetaria TH pada pagi tersebut. Musim haji begini Kelana Jaya memang meriah. Ia seolah-olah acara tahunan yang ditunggu-tunggu. Tahun-tahun terdahulu, kalau tak 'hantar' sesapa pun kami suka ronda-ronda dan ambil kesempatan makan-makan dan jengah gerai-gerai yang menjual macam-macam benda.
Dalam pada keriuhan tiba-tiba bahu saya ditepuk seseorang. Teman saya Nana rupanya yang turut sama menghantar PakCiknya yang juga akan berangkat dengan penerbangan yang sama. Nana datang bersama-sama anakandanya. Pertama kali saya bersua muka dengan anak daranya ini. Walaupun Nana juga berada di Lembah Kelang ini, tapi jarang sekali dapat bertemu. Anak daranya ini pun dah setahun lebih usianya.
Bila pengumuman dibuat untuk urusan pendaftaran masuk, dilaungkang zikir "Labbaikallahumalabaik..." rasa sebak di dada. Kak Idah seraya bangun dah mula menarik begnya. Beliau yang sudah sedia bersalaman dengan kami semua usai taklimat dari agensi yang menguruskan perjalanan mereka, tampak bersedia untuk memulakan perjalanannya. Beliau nampak begitu bersemangat sekali untuk segala-galanya.
Kepada Kak Idah(Puan Faridah Abdul Rashid) dan Abang Long (Encik Mustapha Kamal Salim), Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Begitu juga kepada seorang lagi sepupu saya, Kak Yong (Puan Rosnah Abdul Hamid) dan Abang Chik (Tuan Inspektor Ishak) yang telahpun berangkat ke Tanah Suci terlebih dahulu pada 10/11/2008 yang lalu. Semoga kalian memperoleh haji yang mabrur. Amin.
Semoga sampai rezeki saya satu masa nanti untuk menunaikan haji di Mekah. Amin.. amin... amin....
Banner yang menarik perhatian.
Anak saudara bergambar kenangan dengan MakLong Faridah
C Haloi kusyuk mendengar taklimat.Nana and daughter... hanya dari kejauhan
Bergerak masuk untuk 'check in'
Ternampak kelibat Haji Jay Jay yang membantu jemaah di bawah seliaannya Selamat Jalan Kak Idah dan Abang Long. Semoga mendapat haji yang mabrur.
'Ubat penenang' kanak-kanak yang merosakkan.....
7 comments:
kak awa..happy belated bday... seronokkan tgk orang gi Mekah...
yeee 'ubat penenang' itu jugaklah yg sgt2 diminta oleh anak2 saya ketika menghantar mak ari tu...
nasib baik lah penjual tu tak lalu depan kami... kalau taakkk...haru nak membeli 5 bijik plak... mau terbang kete aku!
Teringat masa hantar parents menunaikan haji for the 1st time. Sedih sgt coz both parents mmg menghadapi masalah kesihatan. Takut tak berjumpa lagi. Parents pun nampak worried. Alhamdulillah, they came back dgn kesihatan yg amat baik. 2nd time, perasaan takut dah takde. Yakin & serahkan kpd Allah utk menjaga mereka.
They all nak pergi umrah lagi next year & mengajak anaknya, yg semua org ingat agak free iaitu Kak Emy utk menemani mereka...husband dah pergi sebelum kahwin menemankan bondanya...
mcm pakej aje ni.....
Iza,
TQ.. best sangat.. rasa macam nak ikutkan...
MimieJ,
Tu arrr... pengtan wooo.. sekor dah baper hengget... sibbaik C GaLoi hari tu tak mintak benda alah nie. Insaf dah kot... hehehe
Kak Emy,
Kalau nak pegi dengan TH kena register sekarang. Tapi kalau ada pitih lebih belasah jek pakai agensi. Tuan Hj Jay Jay nie selalu uruskan jemaah umrah/haji dari Melaka.
En Apai,
Yup... Betoi... Pegi pun tak lama.
Tuan Hj Jay Jay tu Haji Jamli ke? Coz parents kak emy akan guna comp Hj Jamli kalau pergi umrah/haji. Service mmg A++++.
Haa... betul la tu kak Emy... Haji Jamli...
Post a Comment