Thursday, November 20, 2008

Happy birthday to me !

Cikliah berceloteh lagi....

Macam best jek ramai kawan-kawan kat facebook ucap selamat. Kat FB ada alarm, so pakat ramai2 wish. Pelbagai ucap selamat melalui pelbagai medium. Kat portal SUNET, OurPortalOurPort, ChatRoom, Intranet, SMS, emails and phone calls to wish me. Wahhh.. terharu makcik.


Terharu lagi menerima kiriman kek dari En Berlingo yang kengkunonnyer 'surprise' tapi since dah bagitau awal-awal tak boleh la jadi kejutan. Habaq awai-awai takut che keluar pulak.
Pak Guard juga tidak menyumbang untuk kejutan tersebut. Almaklumlah muka che nie muka mangkuktingkat. Dia called from downstair tanya ada order kek ke tak ? Iskkkk... sah-sah bukan saya order kan. Saya kata la tak dak. Dia suruh collect kat G Floor. Saya turun bawah, tetengok delivery person tu tak dah tak ada. Rupanya orang tu naik atas. Delivery person memang tak boleh naik atas terus tapi at least hantar la dorang ke tingkat 1 baru la menjadi sikit surprise tuh. Hahahaha... tak kisah la...

Masalahnyer teammates saya kebanyakannya ada training kat Glenmarie. Nampak gayanya berbidak kat sesapa yang ada jek la hari ni.

Lunch, pegi makan rojak koto(r) kat Chow Kit dengan Kak Charm (Finance), Aza, Sari and kak Fiza from CBA. Shah, ex-officemate dah tunggu kat sana. Kedai makan nie walaupun buruk, tapi makanan dia sedap... esp the rojak koto(r). Kedai ni opposite Safuan Plaza di Chow Kit sana. 6 of us there semua makan 2 hidangan. Saya sendiri order rojak dan laksa. Kak Charm and Shah makan mee bandung dan rojak. Kak Fizah 2 rojak. Aza and Sari since perut dorang kecik sahaja order tauhu goreng untuk hidangan kedua. Hehehehe...

Wahhh.. lama betul tak datang sini. Apalagi melantak macam tak hingat sampai rasa nak meletup perut. Many thanks to Shah sebab belanja kami makan. Thanks Aza sebab organize this outing JJCM, Sari kerana bawak kami ke sana, also to Kak Fizah dan Kak Charm kerana memeriahkan JJCM pada kali ini.


Rojak yang amatlah bestnya


Kak Charm yang charming sokmo


Jelingan mengancam Kak Fizah


Aza and Sari kusyuk menikmati rojak


Terima kasih daun keladi Shah...


On the way back, C Haloi called, "Ibuuuu... ibu suka warna apa?".
"Pink".
"Okay... bye... itu je adik nak tanya... "

Terima kasih semua atas ucap selamat yang diberikan. Moga hidup saya ini diredha Allah dunia dan akhirat. Doakan saya ye...

9 comments:

Sue.Aleen said...

selamat menyambut hari kelahiran yang ke.... hekhekhek....
moga rezeki makin melimpah ruah, insyaAllah...

you share your birthday with my anak menakan... tak sempat nak wish kat dia lagi...

Anonymous said...

happy bday kak awa !

the principal said...

Happy birthday, cikliah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.

Ibu suka warna pink? Kalau saya jadi C Haloi saya akan tanya, "bilalah ibu nak grow up?" dulu, kini & selamanya PINK...

Lee said...

Hello Cikliah, terima kaseh for dropping by my place.
Many happy returns of the day CikLiah, happy birthday.

May you be as charming and lovely tomorrow as you are today....and a birthday is only a number....so enjoy the 365 days journey around the sun.

Have a great week and best regards, Lee.

miloaiskurangmanis said...

salam sol

happy birthday dear
moga panjang umor.. murah rezeki
dan kebahagian hari ini kekal ke akhir hayat....

muahhhhhhhhhh

-CC-

Anonymous said...

Cik Liah,

Happy birthday. InsyaAllah I will remember your birthday ... hehehe. Umur dah berapa?

~ Fizah @teratakhami

Anonymous said...

Happy Birthday kak Awa ! smoga panjang umur, murah rezeki & bahagia slalu ya :)

Anonymous said...

Happy birthday cik liah,
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.-Hang Perak

cikliah said...

Dear All,
Thank you very much for the wishes ! Really appreciate it..


Kak Emy,
Hahaha.. dah tua bangka still suka warna pink ek... huhuhu

U.Lee,
Thanks for dropping by. You are one of my fav bloggers. I link your blog here. Hope you don't mind. ;) I really adore the way you blog. ;) Thanks again. Have a nice day !


Fizah@teratakhami,
After this kak awa pun akan ingat birthday awak... ;) Kak awa junior setahun jek dari kak Emy... hehhehe... ***still want to address as 'kak' Emy.. ala2 dok asrama kan.. kan.. hehehehe...