Pagi semalam masa nak siapkan C Ganal ke sekolah, tengok kasut rasa nak gelak pon ada... nak nangis pun ada. Ada ke terkapur dan di'kipas-anginkan-semalaman' dedua sebelah kanan size 1 (C Ganal). Dedua belah kiri untuk size 13 (C Haloi).
Camno nak pakai tuh ? Huwaaaa.... Lagi 2 pasang tengah lembap lagi selembap2nya. Basuh hari Ahad, then seharian hujan. Memang lembap selembap-lembapnye lah kasut-kasut tu.
Nasib baik KIDAS cuti sempena ganti Hari Kecemerlangan sabtu hari tu. So selamat la utk C Haloi. Utk C Ganal, pujuk dia pakai kasut yang C Haloi bawak balik masa kasut dia tertukar di surau hari tu. Elok pulak berkapur siap. C Ganal berkeras tak mahu tapi setelah volume dinaikkan ala-ala tarzan dia akhirnya akur.
Capai kapur, kapurkan yang lagi sebelah utk C Haloi, bawak jemur kat rumah auntie Bell. Sejak Wiwik 'kabur', Auntie Bell la tempat kami bergantung harap untuk tempoh seminggu ini.
Awal2 tahun hari tu saya memberitahu C Ganal dan C Haloi masa masuk surau or mana-mana tempat yang kena bukak kasut, kalau confuse masa satu kasut dorang, saya kata tengok lidah dia. Ada lubang tu korang punya.
Alih-alih banyak la pulak kasut yang berlubang lidahnya.... hehehehe... makna kata ramai la yang beli kasut B-first yang ada defect sikit kat jualan murah di Kilang kat Kapar tu.

Ini ler kasut lidah berlubang dorang. Note the lubang dekat lidah tu. Sikit jek kan... Dapat separuh harga tu.. kira ok la kan... ;)
Pagi ni saya tolong C Haloi pakai kasut. Ajar dia untuk kepuk-kepukkan kasut tu dulu untuk keluarkan habuk atau sampah sarap or even worse kalau ada kodok dok dalam situ kan... (Kat sini tak der la kot, kat kampung harus ada. Kalau tidak takder la kes kodok maut dalam kasut terburai isi perot sumer kena lanyak ngan kaki... erkk !).
Saya tengok kasut dia elok lagi. Rasa yang ini baru replace tengah tahun hari tu sebab dia tertukar kasut di surau. Tapi macam ketat sikit. Tanya dia sakit tak? C Haloi kata sekarang elok. Seminggu lagi mungkin kaki dia akan lebih besar. Hihihihi.... Nak kasut baru la tuh....
Sekolah dah nak cuti nie.... Dah ada ke naik banner iklan ada jualan murah camgitu lagi ? Anybody know ?

2 comments:
wei.. kalau hang tau ada sale bata tu.. tlg bgtau aku no.
Ko pon tau... kalau ternampak iklan ke apa ke... war2kan la ek ?
-tuan gomah-
Post a Comment