Cikliah berceloteh lagi....
Teringat kerabu daun kaduk airtangan Kak Spec, wife to Mr Roamming. Kerabu kaduk dia memang sedap. Ratah gitu jer pon sedap tapi kalau dapat makan dengan nasi memang nyaman. Nasi sejuk pun tak mengapa. Memang cukup gula, garam, asam dan pedasnya. Sedapnya. Terliur pulak.
Rasa macam nak makan lagi, tapi takkan lah nak kena order ngan Kak Spec yang sudahpun balik ke kampung halamannya di Kedah. Mungkin sudah sampai masanya belajar buat sendiri, memandangkan pokok kadukku di tepi rumah ni sudah boleh diambil hasilnya.
Sebelum tu, marilah berangan-angan makan kerabu kaduk buatan sendiri dengan mengumpulkan resepi-resepi dari chef-chef seantero internet. Manalah tahu ada yang seakan-akan kerabu kak Spec rasanya yang tersohor di Charging & Billing Department suatu ketika dahulu. Sebenarnya, dah pernah mintak resepi kerabu tu dari Kak Spec tapi sebab tidak disimpan dengan baik, maka entah kemana perginya resepi tu. :(
Resepi 1
Ini yang paling simple dijumpai di Melur.com
Bahan-bahan
Daun kaduk,lada hitam, bawang merah, Isi ikan kembong (goreng terlebih dahulu), sedikit garam
Caranya
Tumbuk lada hitam, garam dan isi ikan yang telah digoreng. Racik daun kaduk dan bawang merah. gaul rata.
Kiriman-Saniah
Resepi 2
juga dari Melur.com
Bahan-bahan
Pucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula
Caranya
1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus.
2. Mayang bawang besar, halia, serai
3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk.
4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan.
5. Masukkan santan pekat (sedikit shj).
Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap.
Kiriman-zarina
Resepi 3
juga dari Melur.com
Bahan-bahan
10 helai daun kaduk (celur@rebus - hiris halus), 1/2 kilo kerang (rebus & diambil isi), kerisik, 2 labu bawang besar (mayang), 10 biji cili merah (tumbuk), belacan (tumbuk), air limau purut, garam & gula secukup rasa.
Caranya
Gaulkan cili & belacan yang ditumbuk bersama kerisik, kerang, daun kaduk, bawang besar & air limau. Tambah garam & gula secukupnya.
Kiriman-zaN|ck
Lagi di sini :- MakNgahPora
Thursday, February 02, 2012
Wednesday, February 01, 2012
Nasibku si ikan bilis
Cikliah berceloteh lagi....
Akhirnya persoalan tentang capital repayment seperti yang pernah kutulis dulu tempohari telah terjawab. Statement of account from Bursa Malaysia yang kuterima semalam, mengesahkan bahawasanya my seciput share @Plus was taken back by them. Minority interest maaa... huwaaaa.... rasa marah dan kecewa pon ada gak ni... Sampainya hati mereka-mereka Si Jerung besar... Ikan bilis sepertiku dipandang sebelah mata saja. Kenapa agaknya ya dorang jalankan exercise Capital Repayment ni? Kena tanya mereka yang pakar ni....
Akhirnya persoalan tentang capital repayment seperti yang pernah kutulis dulu tempohari telah terjawab. Statement of account from Bursa Malaysia yang kuterima semalam, mengesahkan bahawasanya my seciput share @Plus was taken back by them. Minority interest maaa... huwaaaa.... rasa marah dan kecewa pon ada gak ni... Sampainya hati mereka-mereka Si Jerung besar... Ikan bilis sepertiku dipandang sebelah mata saja. Kenapa agaknya ya dorang jalankan exercise Capital Repayment ni? Kena tanya mereka yang pakar ni....Or sebenarnya memang ada terms and conditions kot masa dorang offer Pink Form hari tu yang aku overlooked or sebenarnya tak bother pon nak baca masa tu. Mungkin ada kot setoet clause pasal exercise ni. May be ada perjanjian kat situ ke yang dorang akan ambik balik shares tu dalam tempoh sekian-sekian. Nak tepon2 Symphony Shares pun malas la sebab share lots yang seciput tuh. Nak tepon remiser pon dah takder nomot dia...
Bistuh, redhakan jek la... Haruslah wang seciput pembiayaan semula mereka tu, tidaklah boleh dipergunakan bagi tujuan berhurra-hurra berwangga-wangga. Baru jer rasa nak spend 2,3 malam kat Chalet Telaga Tasik this weekend. Kena la sedor diri kan. Wang tersebut haruslah dilaburkan semula dengan cara yang lebih bijak supaya "pemberanakan"nya adalah halal di sisi syariah dan beroleh keberuntungan yang lebih baik dan berganda-ganda daripada pelaburan di syarikat konsesi lebuhraya terbesar di Malaysia itu. Wahhh... ada ciri-ciri ketidakpuashatian dan dendam di situ...
HAHAHAHAHAHA....
HAHAHAHAHAHA....
Thursday, January 26, 2012
Gen X vs Gen Z
Cikliah berceloteh lagi....
Anak-anak dah meningkat remaja. 3 tahun yang lalu bolehlah control penggunaan internet dorang. Blog pun kita yang tolong tulis/kemaskinikan. Login ID dan password ikut citarasa kita. Konon suruh wujudkan blog untuk pupuk minat menulis supaya mahu membaca. Blog dorang (C Ganal and C Haloi) yang kita handle dulu plain saja. Entry pun baru 2 or 3 saja.
Tapi sekarang, blog dorang asyik berubah saja namanya. Dah terer create email sendiri, ID sendiri. So buat blog sendiri. FB account pun control sendiri. Tak de chance nak buat spot check dah. Hanya monitor sebagai orang asing dari luar... uhuksss....*takut gak kalau tulis tah hapa-hapa dan jadi isu yang tak terkawal ke. Nauzubillah*
Blog dorang sekarang kemain lagi. Tah hapa2 script dorang cari and letak kat blog dorang. Lepas tu komen blog kita. Buruk, boring, kering, plain, tak menarik etc etc etc...
"Ibu patut letakkan itu ini itu ini... bla bla bla... Ibu kena tengok tutorial ini ini ini... Buat blog skin, fly up, shoutbox mix etc etc etc...."
Bunga-bunga berguguran ni pun dorang buatkan. Insist gak nak tolong buatkan kunonnyer nak cantikkan blog kita. Cursor bentuk dolphin ni pun dorang yang buatkan.
Actually kita tak peduli pun blog cantik ke tidak. Ada itu ini ke tidak. Dulu-dulu rajin la letak segala macam benda dalam blog (ikut teknologi semasa time tu) tapi la ni rasa kalau dapat contribute atau kongsi something kat dalam knowledge repository terbesar abad ini(Internet) pun jadi ler... ;)

Tuesday, January 10, 2012
Buntu
Cikliah berceloteh lagi....
Tensionnya sehari dua ni.. Cari journals untuk project macam cari sebutir pasir putih di celah-celah pasir-pasir tak berapa putih... Kenapa ya tak ada rezeki langsung kat situ. Dah berhari2 cari... memula banyak listnya.. bila refine search, hilang terus... 0 found...
Sakitnya la hati...
Wahai hati, bertabahlah...

Wednesday, January 04, 2012
Bekalan ubat
Cikliah berceloteh lagi....
Pagi tadi, seperti yang diaturkan oleh pihak hospital, sekali lagi collect ubat for my father untuk matanya yang sedang dirawat/maintain kerana cataract dan glaucoma.Mungkin kerana cuti sempena tahun baru agak panjang kerana bersambung dengan cuti hujung minggu, ramai sekali yang berada di dispensari untuk mengambil ubat. Last month pun datang jugak untuk mendapatkan bekalan ubat titis untuk tempoh sebulan.
Agak kecewa juga bilamana diminta agar dibekalkan ubat at least untuk tempoh 2 bulan tidak dapat dipenuhi kerana tiada stok. Next appointment untuk berjumpa ophthalmologist adalah pada bulan Mei nanti. Jadinya perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan bekalan ulangan setiap bulan. Jenuh la jugak. Lepas ambik ubat nak pos laju pulak ke kampung. Sebelum ni pernah juga dapat bekalan ubatan untuk tempoh 2 bulan. Namun nampak gayanya, buat masa sekarang, terpaksa juga lah berulang alik setiap bulan untuk memperoleh bekalan ubatan.
Terbaca juga kenyataan akhbar yang diletakkan di kaunter ubat, menyatakan pemberian ubat-ubatan hanyalah untuk tempoh sebulan untuk mengelakkan pembaziran. Betul jugak tu, kalau diberikan stok ubatan selama beberapa bulan dan akhirnya pesakit tidak panjang umurnya, akan berlaku pembaziran di situ sekiranya ubatan yang tidak sempat digunakan dan masih baik keadaannya tidak dipulangkan ke hospital. Di hospital Selayang memang sedang giat dijalankan kempen pemulangan ubatan yang tidak terpakai ke hospital semula bagi mengelakkan pembaziran.
Oleh itu sekiranya anda ada ubatan yang tidak terpakai dan masih elok keadaanya, pulangkan semula ke hospital supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Satu langkah bijak bagi mengatasi kekurangan stok dan mengelakkan pembaziran.
Moga bermanfaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)