Wednesday, January 04, 2012

Bekalan ubat

Cikliah berceloteh lagi....

Pagi tadi, seperti yang diaturkan oleh pihak hospital, sekali lagi collect ubat for my father untuk matanya yang sedang dirawat/maintain kerana cataract dan glaucoma.Mungkin kerana cuti sempena tahun baru agak panjang kerana bersambung dengan cuti hujung minggu, ramai sekali yang berada di dispensari untuk mengambil ubat. Last month pun datang jugak untuk mendapatkan bekalan ubat titis untuk tempoh sebulan.

Agak kecewa juga bilamana diminta agar dibekalkan ubat at least untuk tempoh 2 bulan tidak dapat dipenuhi kerana tiada stok. Next appointment untuk berjumpa ophthalmologist adalah pada bulan Mei nanti. Jadinya perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan bekalan ulangan setiap bulan. Jenuh la jugak. Lepas ambik ubat nak pos laju pulak ke kampung. Sebelum ni pernah juga dapat bekalan ubatan untuk tempoh 2 bulan. Namun nampak gayanya, buat masa sekarang, terpaksa juga lah berulang alik setiap bulan untuk memperoleh bekalan ubatan.

Terbaca juga kenyataan akhbar yang diletakkan di kaunter ubat, menyatakan pemberian ubat-ubatan hanyalah untuk tempoh sebulan untuk mengelakkan pembaziran. Betul jugak tu, kalau diberikan stok ubatan selama beberapa bulan dan akhirnya pesakit tidak panjang umurnya, akan berlaku pembaziran di situ sekiranya ubatan yang tidak sempat digunakan dan masih baik keadaannya tidak dipulangkan ke hospital. Di hospital Selayang memang sedang giat dijalankan kempen pemulangan ubatan yang tidak terpakai ke hospital semula bagi mengelakkan pembaziran.

Oleh itu sekiranya anda ada ubatan yang tidak terpakai dan masih elok keadaanya, pulangkan semula ke hospital supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Satu langkah bijak bagi mengatasi kekurangan stok dan mengelakkan pembaziran.

Moga bermanfaat.

No comments: