Thursday, February 02, 2012

Kerabu kaduk

Cikliah berceloteh lagi....

Teringat kerabu daun kaduk airtangan Kak Spec, wife to Mr Roamming. Kerabu kaduk dia memang sedap. Ratah gitu jer pon sedap tapi kalau dapat makan dengan nasi memang nyaman. Nasi sejuk pun tak mengapa. Memang cukup gula, garam, asam dan pedasnya. Sedapnya. Terliur pulak.

Rasa macam nak makan lagi, tapi takkan lah nak kena order ngan Kak Spec yang sudahpun balik ke kampung halamannya di Kedah. Mungkin sudah sampai masanya belajar buat sendiri, memandangkan pokok kadukku di tepi rumah ni sudah boleh diambil hasilnya.

Sebelum tu, marilah berangan-angan makan kerabu kaduk buatan sendiri dengan mengumpulkan resepi-resepi dari chef-chef seantero internet. Manalah tahu ada yang seakan-akan kerabu kak Spec rasanya yang tersohor di Charging & Billing Department suatu ketika dahulu. Sebenarnya, dah pernah mintak resepi kerabu tu dari Kak Spec tapi sebab tidak disimpan dengan baik, maka entah kemana perginya resepi tu. :(
Resepi 1
Ini yang paling simple dijumpai di Melur.com

Bahan-bahan
Daun kaduk,lada hitam, bawang merah, Isi ikan kembong (goreng terlebih dahulu), sedikit garam
Caranya
Tumbuk lada hitam, garam dan isi ikan yang telah digoreng. Racik daun kaduk dan bawang merah. gaul rata.
Kiriman-Saniah

Resepi 2
juga dari Melur.com

Bahan-bahan
Pucuk kaduk, serai, halia, bawang besar, sedikit kerisik, pes cili kering, kerang/udang/perut (direbus), garam, air asam jawa (pekat), sedikit santan pekat, gula
Caranya
1. Pucuk kaduk disusun, digulung & dimayang halus-halus.
2. Mayang bawang besar, halia, serai
3. Didlm bekas, campurkan bhn (2), garam, gula, kerisik, air asam, pes cili dan gaulkan dengan hirisan pucuk kaduk.
4. Masukkan udang/kerang/perut yg telah direbus dan gaulkan.
5. Masukkan santan pekat (sedikit shj).

Nota: Utk mengelakkan kerabu dr cepat basi, perah santan dengan air panas, kerana santan yg menjadi punca makanan mudah basi. Nota: Sesetengah org utara mencampurkan beras goreng yg ditumbuk halus utk menambah sedap.
Kiriman-zarina

Resepi 3
juga dari Melur.com

Bahan-bahan
10 helai daun kaduk (celur@rebus - hiris halus), 1/2 kilo kerang (rebus & diambil isi), kerisik, 2 labu bawang besar (mayang), 10 biji cili merah (tumbuk), belacan (tumbuk), air limau purut, garam & gula secukup rasa.
Caranya
Gaulkan cili & belacan yang ditumbuk bersama kerisik, kerang, daun kaduk, bawang besar & air limau. Tambah garam & gula secukupnya.
Kiriman-zaN|ck


Lagi di sini :- MakNgahPora

4 comments:

Makcik Runner said...

baca pon dah terliur...teringat kerabu hitam arwah mak si kak cik (bini jemay)buat...sedap betul!

cikliah said...

camner kerabu hitam tu kak kc... pakai ulam ape yea?

working mom... said...

mcm menarik jer resepi nye kak....nnt dah buat jemput saya makan ye..hikhik

cikliah said...

hehehe...InsyaAllah Ila... kena try buat berkali2 dah jadi baru berani kasi orang rasa...;)