Thursday, December 10, 2009

Sakit tumit

Cikliah berceloteh lagi....

Saja je nak buat entry ni. Sebab nak bookmark this beneficial blog's entry about petua merawat sakit tumit. Why? Kerana sudah hampir setahun saya menderita sakit tumit. Pernah berurut tapi masih sakit.

Mungkin benar faktor lantai sejuk menjadi penyebab kerana sekiranya sebelum tidur di sapu minyak panas, waktu bangun tidur mungkin tidak begitu sakit.
Atau mungkinkan faktor berat badan. But then, meskipun BMI menyatakan saya overweight tapi sudah lama saya memikul berat ini. Cuma hanya setahun kebelakangan ini saja sakit tumit ini terjadi.

Kalau nak ikutkan petua yang disebutkan dalam blog tersebut, banyak juga hendak berbelanja membeli buah betik muda. Saya ada pokok betik tapi malangnya masih kecil dan normally pokok betik saya adalah betik jantan. Hanya tahu berbunga tidak mahu berbuah. Jika dipatahkan pucuknya (petua 'mengalih' betik jantan -> betina), buah yang terhasil amat kecil sekali.

Mungkin boleh cuba petua yang kurang kosnya (dalam bahagian komen blog tersebut) seperti 'bertungku' dengan bata merah yang dibakar. Atau mungkin saja perlu dibeli tungku khas untuk orang berpantang. Lebih ringan dan mudah cara pengendaliannya.
Teringat tuku refleksi seperti yang pernah diiklan dalam tv dulu. Ada lagikah tungku sedemikian ?

Monday, October 12, 2009

Raya, reunion dan kenangan

Cikliah berceloteh lagi....

This weeknyer open house macam reunion dengan unimates.

Sabtu after beraya ke rumah jiran di Anggerik 1, beraya pulak ke Jalan Rebung, rumah En Sharizal aka Bang Bull. Ramai jugak yang datang. Pakcik dan Jija, Atoq dan Meeza, Che Ann, Chah, Hezli dan Ina, Harsa and Man, Sal, Hajar and Moss dan ramai lagi yang dahulunya mungkin tidak berapa kenal masa kat uni dulu. Tapi dengan adanya Our-Portal-Our-Port tu, berkenalan semula di alam maya. Kelihatan semuanya sihat-sihat belaka ;). Yang maintain cun diusik sebagai tak normal.. huhuhu... jeles la benornyer...

Then on Sunday, beraya ke rumah KZ di Seksyen 7 Shah Alam. Jumpa dengan Pah di sana. Memang dah janji nak sampai lebih kurang masa yang sama. Walaupun dekat sahaja, tapi kesibukan both of them sebagai lecturers di UiTM memang membataskan perhubungan. Hanya sesekali berutus email atau SMS sebagai pengikat tali silaturrahim yang terbina sejak kami di tahun satu lagi. Sementelah pulak duduk satu kolej, sama blok dan sama course.

Semasa Latihan Industri (practical training) kami duduk serumah di Taman Bukit Angkasa. Sama-sama mengejar BMW(Bas Mini Wilayah) atau bas Sri Jaya 46A untuk ke bus stand klang pukul 6.30 pagi. Kemudiannya saya, Pah dan 3 orang yang lain akan menapak melalui Jalan Hang Tuah untuk ke Jalan Wisma Putra. Kalau bernasib baik, ada bas yang boleh kami naiki. Jika tidak, ukurlah jalan selama setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Hujung minggu berambu-ramba ke Jalan TAR, Chow Kit dan Jalan Masjid India. Destinasi favourite :- Mydin or beli buah di pasar Chow Kit. Walaupun elaun praktikal tak seberapa tapi cukup untuk menampung perbelanjaan kami ketika itu. Menyewa di Taman Bukit Angkasa itupun seramai 10 orang. Sewa rumah sebanyak RM800 dibahagi kepada 10 kepala. Tidur di mana saja ruang yang ada. Waktu mandi pagi bermula seawal jam 5 bagi membolehkan semua orang sempat mengejar waktu office masing-masing.

Selepas tamat belajar, masing-masing dengan pilihan sendiri. Saya ke software house, KZ dan Pah ke bidang pendidikan. Bermula dengan kolej swasta dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kini menjadi lecturer di IPTA. Pah kini sedang mengusahakan ijazah kedoktorannya. Ramai rakan yang menceburi bidang pendidikan telah/bakal bergelar Dr.

I'm so glad for them.

Thursday, September 10, 2009

Nasyid Ramadhan

Jumpa dah... Chekshu yang berusaha... Thank you very much CC!

Cikliah berceloteh lagi....

Saya tengah mencari mp3 or video clip nasyid dari Nadamurni yang telah diterbitkan sekitar awal 90-an yang sebahagian liriknya begini

"
...
Selanjutnya Rasul bersabda
Memberitahu pada kita
Banyakkan ibadan di bulan puasa
Balasan sungguh istimewa
Ia bulan diampunkan dosa
Juga bulan dikabulkan doa
Terhimpun kebaikan padanya
Syurga rindu orang yang memuliakannya

Bagi insan yang menghayati
Ramadhan yang diberkati
Puasa berkesan sekali
Hingga membina peribadi
"

If anybody know where to get it, please let me know ya... kut2 ada dalam youtube ke.. jenuh cari... masalah lupa tajuk la pulak...
Thank you.

Monday, September 07, 2009

Quick update

Cikliah berceloteh lagi....

Tika dan saat ini, telah 7 hari saya bergelar Fulltime Domestic Engineer - bak kata CikPah... nampak cam keylas gitu ;)

Esok, 8 September 2009 merupakan ulangtahun ke 12 jodoh saya bersamanya. Namun atas sebab-sebab tertentu kami tamatkan jodoh kami 8 hari lebih awal. Selepas beberapa sesi 'bicara dari hati', my bosses released me. Thank you very much Arjun, Lan, Kak In and Thong kerana memahami. Special thanks to En Thong kerana kesanggupannya menanggung beban ketiadaanku nanti... kunonnn... :P

...
..
.

Saturday, August 22, 2009

Es es es

Cikliah berceloteh lagi....

Rasa macam tak percaya this coming friday will be my last day dengan my current employer. After 12 years at last, I'll be free. On Thursday email id, network/servers login etc etc will be terminated. On Friday, come to sign the related forms officially return back all the company assets then go back home and wait for the money to be in my account after 12.00 am the next day. I'll be a full time housewife after that. Yahooooo !!!!

As simple as that? NO! Not in my case. Why? Because I am not in the list. Futhermore, I am in critical area, that's what my boss told me. So I can't be released easily... Sob...sob

I have been thinking to decide this since the offer came out three weeks ago. Pros and cons telah kutimbangkan masak-masak. Hubby’s view and restu also taken into consideration. And this is really not an easy decision. Bukan senang nak berpisah secara sukarela dengan majikan kesayanganku ini, bak kata Sam. Berulangkali mencuba, tapi jodohku masih utuh lagi dengannya.

I am in dilemma again. Why? Sebab ada sesi pujuk memujuk. Ini yang aku lomah nie. Please la boss… Don’t put me in this situation. Saya nggak mampu menghadapinya. Saya harus pikir lagi dan lagi…

Tak cukup dengan pujukan dari boss, big boss pun turut menyumbang input-input negative. He offered me one week unrecorded leave to compensate it. Berbaloi ke? In terms of money, of course not, but in terms of humanity, I already melt….
Gila nihhhh…. Kenapa kena fikir lagi semua nie ? Ya Allah berikanlah aku petunjuk bagaimana aku harus menghadapi semua ini.

I think this time a bit different compared to the previous one. Last time, I already got something in hand. So I am very sure I really wanted it. But it was turned down. No sesi pujuk memujuk. It was a big full stop that I have to accept no matter how.

Boss bagi tempoh sampai monday… Lagi 32 hours nak kena fikir… aduhaiii….