Thursday, December 10, 2009

Sakit tumit

Cikliah berceloteh lagi....

Saja je nak buat entry ni. Sebab nak bookmark this beneficial blog's entry about petua merawat sakit tumit. Why? Kerana sudah hampir setahun saya menderita sakit tumit. Pernah berurut tapi masih sakit.

Mungkin benar faktor lantai sejuk menjadi penyebab kerana sekiranya sebelum tidur di sapu minyak panas, waktu bangun tidur mungkin tidak begitu sakit.
Atau mungkinkan faktor berat badan. But then, meskipun BMI menyatakan saya overweight tapi sudah lama saya memikul berat ini. Cuma hanya setahun kebelakangan ini saja sakit tumit ini terjadi.

Kalau nak ikutkan petua yang disebutkan dalam blog tersebut, banyak juga hendak berbelanja membeli buah betik muda. Saya ada pokok betik tapi malangnya masih kecil dan normally pokok betik saya adalah betik jantan. Hanya tahu berbunga tidak mahu berbuah. Jika dipatahkan pucuknya (petua 'mengalih' betik jantan -> betina), buah yang terhasil amat kecil sekali.

Mungkin boleh cuba petua yang kurang kosnya (dalam bahagian komen blog tersebut) seperti 'bertungku' dengan bata merah yang dibakar. Atau mungkin saja perlu dibeli tungku khas untuk orang berpantang. Lebih ringan dan mudah cara pengendaliannya.
Teringat tuku refleksi seperti yang pernah diiklan dalam tv dulu. Ada lagikah tungku sedemikian ?

1 comment:

Anonymous said...

tak pi jumpa chiropractor ke or check tumit tu kat sepital? buat x-ray takut ada apa2 ke...

try wat refleksologi kut ada beza..

KC