Monday, October 12, 2009

Raya, reunion dan kenangan

Cikliah berceloteh lagi....

This weeknyer open house macam reunion dengan unimates.

Sabtu after beraya ke rumah jiran di Anggerik 1, beraya pulak ke Jalan Rebung, rumah En Sharizal aka Bang Bull. Ramai jugak yang datang. Pakcik dan Jija, Atoq dan Meeza, Che Ann, Chah, Hezli dan Ina, Harsa and Man, Sal, Hajar and Moss dan ramai lagi yang dahulunya mungkin tidak berapa kenal masa kat uni dulu. Tapi dengan adanya Our-Portal-Our-Port tu, berkenalan semula di alam maya. Kelihatan semuanya sihat-sihat belaka ;). Yang maintain cun diusik sebagai tak normal.. huhuhu... jeles la benornyer...

Then on Sunday, beraya ke rumah KZ di Seksyen 7 Shah Alam. Jumpa dengan Pah di sana. Memang dah janji nak sampai lebih kurang masa yang sama. Walaupun dekat sahaja, tapi kesibukan both of them sebagai lecturers di UiTM memang membataskan perhubungan. Hanya sesekali berutus email atau SMS sebagai pengikat tali silaturrahim yang terbina sejak kami di tahun satu lagi. Sementelah pulak duduk satu kolej, sama blok dan sama course.

Semasa Latihan Industri (practical training) kami duduk serumah di Taman Bukit Angkasa. Sama-sama mengejar BMW(Bas Mini Wilayah) atau bas Sri Jaya 46A untuk ke bus stand klang pukul 6.30 pagi. Kemudiannya saya, Pah dan 3 orang yang lain akan menapak melalui Jalan Hang Tuah untuk ke Jalan Wisma Putra. Kalau bernasib baik, ada bas yang boleh kami naiki. Jika tidak, ukurlah jalan selama setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Hujung minggu berambu-ramba ke Jalan TAR, Chow Kit dan Jalan Masjid India. Destinasi favourite :- Mydin or beli buah di pasar Chow Kit. Walaupun elaun praktikal tak seberapa tapi cukup untuk menampung perbelanjaan kami ketika itu. Menyewa di Taman Bukit Angkasa itupun seramai 10 orang. Sewa rumah sebanyak RM800 dibahagi kepada 10 kepala. Tidur di mana saja ruang yang ada. Waktu mandi pagi bermula seawal jam 5 bagi membolehkan semua orang sempat mengejar waktu office masing-masing.

Selepas tamat belajar, masing-masing dengan pilihan sendiri. Saya ke software house, KZ dan Pah ke bidang pendidikan. Bermula dengan kolej swasta dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kini menjadi lecturer di IPTA. Pah kini sedang mengusahakan ijazah kedoktorannya. Ramai rakan yang menceburi bidang pendidikan telah/bakal bergelar Dr.

I'm so glad for them.

1 comment:

Sz said...

seronok kan kak, jumpa kawan2 lama sambil mengimbas kenangan zaman muda mudi...hikhik

~mama|sarah|syimir~