Sunday, September 07, 2008

Celaru

Cikliah berceloteh lagi....

Tika dan saat ini perasaan bercampur baur. Sekonyong-konyong saya mendapat maid baru yang masih muda. Baru berusia 22 tahun (dan kemudiannya mendapat tahu dia hanya berusia 18 tahun! ) It's seem unplanned tapi saya terima juga dalam keadaan hati separa rela. Ini kerana saya sudah mempunyai plan sendiri bagi tempoh sebulan dua.

Tiba-tiba terpaksa ambil cuti esok untuk memantaunya sehari. Saya kira sehari saja boleh kerana selain ketandusan cuti tahunan, saya juga perlu mengambil beberapa dokumen sokongan untuk urusan imigresen kerana dia masuk ke sini atas visa pelancong.

Saya juga ting tong dengan urusan mangkuktingkat yang masih tergantung tidak bertali. Jika esok mereka mula menghantar ke office, bagaimana ?

Hari Jumaat lalu, saya menanti sehingga pukul 5.10 petang. Tiada khabar berita, maka saya pun pulang. Oleh kerana terlewat keluar dari pejabat, saya terperangkan dalam kesesakan jalanraya yang agak teruk. Jam 7.41 malam baru saya sampai dan hati tersentuh kerana melihat suami dan anak-anak berbuka puasa dengan mee segera sahaja. Nasib baiklah, Bell telah bermurahati membelikan anak-anak roti telur terlebih dahulu. Hujan terlalu lebat pada hari tu dan hubby tidak dapat ke Pasar Ramadhan , akhirnya hubby berbuka dengan mee segera sahaja.

Perasaan saya bercempera, celaru dan keliru...

Thursday, September 04, 2008

Mangkuk tingkat owhhh mangkuk tingkat

Cikliah berceloteh lagi....

Akhirnya saya mendapat jawapan kenapa dan mengapa mangkuk tingkat saya tak kunjung tiba. Selepas menyelesaikan tugas-tugas hakiki di office, saya kembali menekan talian tetap mangkuktingkat... sekali... dua kali... tiga kali Alhamdullillah.. akhirnya berjawab juga.

Saya perkenalkan diri dan mengulang semula apa yang saya mahukan. Saya tak pasti adakah orang yang sama mendengar cerita yang sama. Saya hanya mahu tahu apa masalah dengan pesanan saya tu.
"Akak dari mana? Bla... bla...."
Then, apa yang saya dengar ?

"Kami tiada pembekal di kawasan Sungai Buloh lagi kerana pembekal menarik diri pada saat akhir !"

What ???? Tak ada pembekal ? Setelah beberapa hari baru diberitahu tiada pembekal ? Boleh dorang tak call customer inform about this ? Boleh dorang buat "ba wa dal wau ha" tak inform customer what is going on ?

Saya pulak yang macam orang bodoh tunggu dan terus menunggu. Saya yang asyik telefon bertanya status. Dorang tak ada inisiatif pun untuk menelefon dan beritahu apa masalah dengan order saya tu!


Masa saya decide nak order MangkukTingkat tu saya called mereka untuk mohoh pandangan mereka ke mana patut saya alamatkan penghantaran mangkuktingkat tersebut memandangkan saya bekerja di KL tapi rumah di SU. Which place is the best to accept the mangkuttingkat, kerana ada kemungkinan saya terlewat sampai ke rumah. Ketika itu delivery dijadualkan pada pukul 4-6 pm. Saya habis kerja sepanjang Ramadhan 4.30 petang. Hanya ada setengah jam saja untuk menerima pesanan. Dan tempoh masa saya menerima pesanan di rumah juga terhad. What if jalan jam, dan saya tak dapat sampai ke rumah on time ?

The person incharge assured me it can be handled. Delivery person akan call untuk pastikan time, no rumah dan jalan etc..etc... Saya lega pada ketika itu. Jadi tak ada masalah jika saya alamatkan penghantaran tersebut ke rumah sahaja. Tidak lah saya bersusah payah mengangkut mangkukhayun nie dari office ke rumah. Sememangnya saya menaruh harapan yang tinggi pada mangkuktingkat ini kerana kekangan masa.

Hari pertama mereka beroperasi, saya gusar kerana tiada panggilan telefon dari mereka untuk berbincang tentang masa yang sesuai. Ahhh.. mungkin mereka telah arif tentang SU. Diberitakan oleh seorang rakan blogger, kawannya di Sri Pristana pernah menerima mangkuktingkat di rumah. Jadi kemungkinan besar mereka telah sedia maklum tentang selok belok jalan di sini. Pembekal juga dikhabarkan dari area berdekatan. Pasti mereka tahu. Tapi malangnya tiada khabar berita sehinggalah pagi ini 11.01 saya mendapat jawapannya !

So, sekarang bagaimana ? Staff bertugas mereka akan refund duit yang telah saya bayar? Meragui ketelusan itu saya cadangkan untuk menerimanya di office saja. Kalau ikutkan hubby, dia memang suruh saya batalkan saja pesanan ini dan minta mereka pulangkan duit. Di portal mereka, saya terperasan tempoh penghantaran juga diupdate dari pukul 3 pm -6 pm semalam. Jadi tempoh masa 1 jam setengah itu saya kira cukup untuk menerimanya di office.

Saya bertanya lagi, apa jadi pada 2 or mungkin 3 hari yang terlepas ini. Dia menjawab akan diganti. Diganti dengan apa ? Food? Bila? Selepas raya?

"Tak, dalam bulan puasa jugak. Mungkin pada satu hari akak akan dapat 2 mangkuktingkat" (Note that harga di bulan Ramadhan dan bulan lain adalah berbeza)

Kerana hati dah marah spontan saya menjawab "Siapa nak makan? Ini pun saya order 2 sets. 4 sets sapa nak makan?"
Lupa alternatif lain yang boleh saya buat dengan extra food itu. Beri pada jiran ke... or bawak untuk bersahur ke... hahahaha...

"Kalau begitu, kami pulangkan duit akaklah..."

Sebenarnya saya tidaklah berkira sangat tentang duit tersebut kerana saya tahu MangkukTingkat ini adalah inisiatif Yayasan Pembangunan Nurhikmah bagi membantu suri rumah sepenuh masa terutamanya ibu tunggal yang bertindak sebagai pembekal kepada program ini. Dapatlah mereka sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

Namun kerana cara mereka mengendalikan pelanggan itu sangat 'mengguris' hati saya menyebabkan saya sedikit tawar hati. Just inform customer jika ada masalah berkaitan pesanan atau apa saja.

Sedikit tertekan (sebenarnya sangat-sangat) saya minta mereka pastikan kali ini tiada masalah lagi kerana saya asyik telefon macam nak mati ! Harap they will improve on that thing.

Saya berdoa tiada orang lain yang senasib dengan saya dan menyeru agar berilah sokongan kepada Yayasan Pembangunan Nurhikmah ini atas usaha murni ini.
Harap YPN akan lebih particular isu berkaitan pengurusan pelanggan ini.

Wednesday, September 03, 2008

Kecewa

Cikliah berceloteh lagi....

Saya ingat saya akan bagi a very good feedback and two thumbs up to MangkukTingkatdotCom ....
Tapi kelihatannya saya tidak bernasib baik dengan Mangkut Tingkat. Sudah masuk hari ke tiga berpuasa dan hari kedua Mangkuk Tingkat beroperasi untuk bulan Ramadhan tapi batang hidung mangkukhayun saya, pun tak nampak.

WATELAHAPEN ???

Dari semalam saya excited menanti; sehingga pukul 7 malam saya masih berharapan. Mungkin hujan, maka tak sampai-sampai. Bukan saja mangkukhayun tak kunjung tiba, satu SMS atau panggilan telefon pun saya tak dapat.

Pagi ini saya mendail talian tetap, penat tangan mendail baru dapat. Asyik engaged saja. Staff bertugas berjanji untuk menyemak apa yang telah berlaku. Tapi sayang sehingga pukul 6.01 petang pun tidak ada satu panggilan telefon pun yang saya terima menerangkan keadaan pesanan saya.

Dalam kesesakan lebuhraya, saya telefon semula ke nombor satu tujuh ratusnya. Berkali-kali menekan button hijau baru dapat bercakap dengan staff bertugas. Saya yang menahan rasa kecewa seakan mahu menghamburkan air mata kerana begitu terasa sekali dengan perkhidmatan 'cemerlang' mereka.

Saya hanya perlukan maklumat. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jika saya salah mengisi borang pesanan, beritahu saya. Jika penghantaran tidak dapat dibuat kerana hanya saya seorang yang memesan di SU, beritahu saya. Saya boleh fikirkan alternatif lain contohnya dihantar ke office. Hanya BERITAHU SAYA !!!

Staff tersebut mengambil nombor telefon saya dan berjanji akan menolong figure out what is going wrong. Tapi sehingga jam 10.01 malam, telefon terus sepi. Saya kembali menagih simpati, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Telefon dan terus telefon. Tapi talian tidak diangkat. Jikalau tidak kerana saya telah membayar, tidak ingin lagi saya menyiksa hati menghadapi karenah serbis 'cemerlang' ini. Mereka harus ingat, pesanan itu amanah.

Saya sakit hati dan sangat-sangat terasa...

Tuesday, September 02, 2008

Perah otak

Cikliah berceloteh lagi....

Baru masuk hari ke dua. Ada 28 days to go. Ada 28 hari lagi kena perah otak nak masak apa untuk bersahur. Aduhhh... penatnya nak fikir selera anak-anak.

Sahur mesti makan banyak sikit. Kalau tidak, ada alasan nak berbuka pula. Jadi menu sahur mesti dijaga. Mesti menepati citarasa. Kasihan juga kalau lembik tidak bermaya.

Saya tidak gusar untuk menu berbuka. Ke Pasar Ramadhan boleh tunjuk apa yang suka.

Menu bersahur, memang memeningkan kepala. Sorang nak pedas, sorang tak mahu pedas. Secebis cili pun tak boleh ada. Ayah pula 'orang Melaka'. So pedas sepedas-pedasnya pun tidak mengapa. Kakak mewarisi selera ayah. Adik ? Mungkin selera opah. Kalau pedas, tersedu-sedu.

Dari hal kuih muih begitu juga. Syarat:- tidak manis, tidak lembik ===> so bye-bye bubur manis, pengat-lengat, kuih talam, lepat-lepat. Itu semua kuih kegemaranku.

Pening... Pening...
Agaknya beginilah mak kita dulu. Bersusah payah memikir nak masak apa untuk kita.
Hmmmm....

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1429 H

Cikliah berceloteh lagi....


Ramadhan Kareem.... Allahu Akram....

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya....
Amin Ya Rabbal Alamin...

~Entri lewat tarikh. 2 September 2008 = 2 Ramadhan 1429~