Monday, May 04, 2009

Tok Gayah dalam kenangan

Cikliah berceloteh lagi....

Kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Kita mentadbir Allah mentakdir. DariNya kita datang kepadaNya jualah kita dikembalikan.

Pada tengahari Sabtu 2 Mei 2009, saya menerima panggilan telefon dari Encik Berlingo yang ketika itu berada di office, memaklumkan Nendanya yang memang sudah sekian lama sakit telahpun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Kami bersiap sekadarnya dan terus bertolak ke utara. Diberitakan jenazah akan diuruskan di Sungai Petani dan kemudiannya dibawa pulang ke Sik untuk dikebumikan. Oleh kerana lewat bertolak dan perjalanan tidak begitu lancar kerana hujan di beberapa tempat, kami tidak sempat sampai sebelum jenazah disemadikan pada pukul 6 petang. Tidak mengapalah. Mempercepatkan urusan pengkebumian itu lebih penting. Menurut ayah mertua yang kebetulan pulang ke Kedah untuk menziarahi kaum keluarga di sana, urusan Tok dipermudahkan. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah...

Semoga Tok damai di sana. Al- Fatihah.

2 comments:

NINI said...

Al-Fatihah buat nenda.Salam tak ziah untuk sekeluarga.

miloaiskurangmanis said...

innalillahhiwainnailahiroji'un
salam takziah buat sol dan keluarga...

Al-Fatihah