Sunday, May 10, 2009

Bingkisan Anakanda

Cikliah berceloteh lagi....

Untuk Bonda Sarifah Binti Sambri, jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat bonda tersayang. Semoga Allah sentiasa merahmati bonda. Jasa bonda melahirkan dan membesarkan anakanda tidak akan dapat dibalas selamanya.


Sekalung doa buat bonda mertua, Allahyarhamah Hasnah Ani binti Abdul Jalil. Semoga bonda damai di sana. Amin.


Buat anakanda berdua, terima kasih diucapkan di atas titipan kad ucapan sempena Hari Ibu walaupun pada hakikatnya wang yang korang belanjakan untuk membeli kad itu adalah dari kantungku jua... huhuhu....

Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan sentiasa beroleh kesejahteraan.

Buat semua ibu di dunia... Selamat Hari Ibu....

2 comments:

azieazah said...

Selamat Hari Ibu juga buat CIK LIAH... moga terus cemerlang..

cikliah said...

TQ kak AzieAzah...
Cuti sekolah tak balik kg ?