Thursday, April 30, 2009

Long Weekend

Cikliah berceloteh lagi....

Cuti 3 hari nak gi mana kengkawan sekalian ? Rasa macam jeles jek opismates dok merancang nak pi sekian-sekian tempat. My boss sibuk call sana sini cari apartment bagi tujuan menyesakkan Penang. Sorang colleague ada job 'menembak' kat Seberang Perai. Pun tengah pening kepala cari penginapan. Soh dok homestay Ustazah Hamidah kat Jalan Baharu tak mau. Seorang lagi yang baru habis exam nak lepak di Langkawi dengarnya tak jadi pergi sebab penginapan dah penuh. Entah kemana destinasi percutian untuk merehatkan minda.

DakNis dan KakPeng agaknya dah sakan shopping kat Bandung. Since semalam tak kelihatan online@Skype. KakDatin sure sibuk nak kemas rumah baru renovate kat Sg Long. Saya ?

Saya dok rumah jek la kot. C Haloi ada kelas tutorial pagi Sabtu. Lepas tu kelas taekwando pukul 11. Dah nak masuk ujian tukar tali pinggang ni, kenalah rajin-rajin buat latihan. Sekarang barulah saya faham kenapa menurut Master Ramli ramai yang buat separuh jalan saja. Susah nak berjalan di hujung minggu tambahan pulak ada satu hari cuti bersambung begini.

Kunon-kunon knowledgeable sangat la, been there cuti sekolah last year, saya suggest my boss gi panjat Bukit Bendera , gi Pagoda, visit toy museum yang tak worth ittew etc...etc... Padahalnyer orang tu nak gi katok bola golf... huhuhu....

Godek-godek gambor lama, jumpa lah gambar kenangan meronda utara Pulau Pinang masa cuti sekolah yang lalu. Atas inisiatif En Berlingo lari sekejap dari keje-keje opis dapeklah kami naik Bukit Bendera itu. Booked tiket pukul 12 pm untuk naik pukul 7.30 pm. Hampehkan? To kill the time, pegi Toy Museum, Tg Bungah and Pagoda.

Pi Penang naik feri.

Toy Museum

Masjid Terapung yang dibina selepas Tsunami





Temple yang banyak kura-kura


Just love these pictures...


Penang Hill pada waktu malam

3 comments:

Sir Aji said...

wah..gembiranya bercuti bersama2 keluarga..hehe...

working mom... said...

cikliah,

temple yg bnyk kura2 tuh name dia Kek Lok Si kan...heheheh

~rupawan~

cikliah said...

Sir Aji,

Memang best... hehehe


Pawan,
Betul tuh.....