Friday, December 13, 2013

My first ever rice paper roll

Cikliah berceloteh lagi....

Hari tu pegi Central Mart. Jumpa benda alah ni . Vietnamese rice paper...
Pegi HCMC hari tu ada pekena koi ni kat Halal Saigon.. sedap jugak la.. sama cam popiah. Just that kulit popiah tu diperbuat dari tepung beras dan tepung ubi. Proses pembuatan secara tradisional pun ada ditunjukkan di merata-rata tempat perlancongan. Hari tu tak tergerak hati pun nak beli yang dibuat secara tradisional. Yang ni since ada tanda halal, che pun rembat..


Cincang sengkuang, karot dan carik-carikkan filamen ketam, jadikan filling...

Rendam rice paper tu dalam air suam untuk lembutkannya. Then gulung dengan sayuran di atas. Isinya tu sebenarnya tidak menepati resepi yang kebiasaannya dibuat untuk rice paper Vietnam ni. Suka-suki ati guwe je benornyer... jadi la cenggini.. mmg tak lawa.. tak der seni.. sebab belasah jer kan.

 

Sos masam manis seperti thai sauce tu tak der. Kuambik sos kepok leko yang buat cecahnyer. Belasah jek laa.... huhuhuhu... Rupa2nya brand ni ada sikit bau yang tak menyenangkan C Haloi. Dianyer wrap tauk filamen ketam semangga-mangga... sayo2.. sorry naik lori... cemmana la nak ajaq hangpa ni makan sayoq2 anak2 oiiiii.....

Friday, June 21, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Cikliah berceloteh lagi....

Owhhh... dah lambattttt !!!

(credit : gambar ehsan google)

Tak sangka betul hari ni pertama kali, C Haloi boleh terlambat ke sekolah hampir setengah jam lewat. Hanya kerana amalam 'mengeram' selepas terjaga dari tidur.

Memula dah jaga 6.50 am dan ajak dia mengeram kat bawah. Aku pun dah isi air dalam cerek dan tenggekkan atas dapur gas. Dah lama rumah ni tak pakai cerek elektrik automatik.

Boleh pulak aku tumpang mengeram sesama Haloi dengan hanya ber'seghengguh' atas meja plastik tempat aku membuat kerja ini. Bantal kecil menambah keselesaan menyebabkan alarm telefon yang dah disetkan pada pukul 7.10 am, tidak kedengaran langsung. Alarm handphone Samsung ni bukannya power sangat pun. Kalau tak matikan pun, ia mati sendiri dalam tempoh seminit agaknya.

Sedar-sedar jam kat astro dah tunjuk pukul 7.43 !!!! HAH !!!
Memang dah lambat sangat laaaa....
C Haloi masih nyenyak atas settee panjang... terus kejutkan dia suruh bangun cepat sebab dah lambat sangat. Dia terpinga-pinga dan agak tersentak sebab dia merasakan tudung sekolahnya belum diiron lagi.

Nasib baiklah sebelum aku masuk tidur pukul 3.30 am semalam aku dah ironkan sesiap dengan seluar kerja husband. BTW, actuallynya sebelum husband pergi keje pukul 6.15 am pagi tadi dia dah kejut. Dan dia called lagi pukul 6.35 am. Tapi boleh pulak kami sambung mengeram... ini la akibatnya tidur lewat dan makan ubat alergik malam semalam. Memang dos rehat dia tak habis lagi lah...

Air yang kumasak dalam cerek pun dah hampir kering sebab memang letak sikit jer nak buat milo untuk C Haloi. Nasib baiklah terjaga... Kalau tidak tak tahulah.. Allahu Akbar !

Akhirnya setelah bersiap macam lipas kudung, kami sampai di sekolah pukul 7.55 am. Dalam perjalanan Haloi bertanya kalau cikgu tanya kenapa lambat nak jawab apa. Aku kata bagitau yang sebenar-benarnya dan mengaku kesilapan serta minta maaf. Aku berdoa agar Haloi tabah kalau dimarah oleh cikgu.

Bila dia masuk kereta tengahari tadi, kutanyakan dia macammana? Cikgu marah tak ? Dia kata cikgu tak marah pun.. cikgu macam lega dia akhirnya muncul juga. Agaknya semua tertanya-tanya kenapa C Haloi tak datang hari ini. Almaklumlah dia pemegang rekod kehadiran penuh semenjak tahun satu. Dan dia memang berazam untuk memegang rekod itu lagi tahun ini. Semoga hasratnya berjaya, Aminnnn.....

Tuesday, May 21, 2013

M.A.L.A.S

Cikliah berceloteh lagi....

kEnaPa MALASSSSS ????? 
 
kEnaPa MALASSSSS ????? 

kEnaPa MALASSSSS ????? 

kEnaPa MALASSSSS ????? 

kEnaPa MALASSSSS ????? 


Mana ada malas... saje jer nak test font size...
Harap2 betullah tidak malas....

Please lah jangan malas
Siapa yang akan rugi kalau malas ???
 

Thursday, May 16, 2013

Hanya kerana ianya kentang...

Cikliah berceloteh lagi....

Masa orang sibuk berRV bagai.. daku pun teringin juga.. nak order mahal bebenor.. so kuatkan kederat buat sendiri dengan bebdk ni. Kek2 nak suka la dorang...

Now.. musim orang ber hotpot potatoes... tengok gambar cam sedap jer.. daging or ayam, kentang dan ditaburi cheese... Memang sungguh mengiurkan.

Rupa-rupanya anakandaku tidak suka akan makanan ini... hanya kerana ianya kentang yang tidak digoreng... Aduhaiiii...

 Before bake

 After baked

Friday, February 15, 2013

Belasungkawa Pak Ngah Yahaya of Kg Kusayang Bukit Baru, Melaka

Cikliah berceloteh lagi....
Pada hari Jumaat yang penuh barakah 15 Februari 2013, telah kuterima perkhabaran dari adik ipar mengenai Pak Ngah Yahaya telah kembali ke Rahmatullah melalui whatsapps. Pak Ngah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka. Urusan pengkebumian diselesaikan pada petang itu juga selepas Asar. Semoga Pak Ngah damai di sana dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin...