Friday, June 21, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Cikliah berceloteh lagi....

Owhhh... dah lambattttt !!!

(credit : gambar ehsan google)

Tak sangka betul hari ni pertama kali, C Haloi boleh terlambat ke sekolah hampir setengah jam lewat. Hanya kerana amalam 'mengeram' selepas terjaga dari tidur.

Memula dah jaga 6.50 am dan ajak dia mengeram kat bawah. Aku pun dah isi air dalam cerek dan tenggekkan atas dapur gas. Dah lama rumah ni tak pakai cerek elektrik automatik.

Boleh pulak aku tumpang mengeram sesama Haloi dengan hanya ber'seghengguh' atas meja plastik tempat aku membuat kerja ini. Bantal kecil menambah keselesaan menyebabkan alarm telefon yang dah disetkan pada pukul 7.10 am, tidak kedengaran langsung. Alarm handphone Samsung ni bukannya power sangat pun. Kalau tak matikan pun, ia mati sendiri dalam tempoh seminit agaknya.

Sedar-sedar jam kat astro dah tunjuk pukul 7.43 !!!! HAH !!!
Memang dah lambat sangat laaaa....
C Haloi masih nyenyak atas settee panjang... terus kejutkan dia suruh bangun cepat sebab dah lambat sangat. Dia terpinga-pinga dan agak tersentak sebab dia merasakan tudung sekolahnya belum diiron lagi.

Nasib baiklah sebelum aku masuk tidur pukul 3.30 am semalam aku dah ironkan sesiap dengan seluar kerja husband. BTW, actuallynya sebelum husband pergi keje pukul 6.15 am pagi tadi dia dah kejut. Dan dia called lagi pukul 6.35 am. Tapi boleh pulak kami sambung mengeram... ini la akibatnya tidur lewat dan makan ubat alergik malam semalam. Memang dos rehat dia tak habis lagi lah...

Air yang kumasak dalam cerek pun dah hampir kering sebab memang letak sikit jer nak buat milo untuk C Haloi. Nasib baiklah terjaga... Kalau tidak tak tahulah.. Allahu Akbar !

Akhirnya setelah bersiap macam lipas kudung, kami sampai di sekolah pukul 7.55 am. Dalam perjalanan Haloi bertanya kalau cikgu tanya kenapa lambat nak jawab apa. Aku kata bagitau yang sebenar-benarnya dan mengaku kesilapan serta minta maaf. Aku berdoa agar Haloi tabah kalau dimarah oleh cikgu.

Bila dia masuk kereta tengahari tadi, kutanyakan dia macammana? Cikgu marah tak ? Dia kata cikgu tak marah pun.. cikgu macam lega dia akhirnya muncul juga. Agaknya semua tertanya-tanya kenapa C Haloi tak datang hari ini. Almaklumlah dia pemegang rekod kehadiran penuh semenjak tahun satu. Dan dia memang berazam untuk memegang rekod itu lagi tahun ini. Semoga hasratnya berjaya, Aminnnn.....

1 comment:

working mom... said...

hahahah...kak, saya pon pernah gak mcm ni..kes mengeram jugak ler... hihihi