Wednesday, March 18, 2009

Shuttle Train KLS -Ipoh-KLS

Cikliah berceloteh lagi....

Special entry for my avid reader En Apai. Maraming maraming salamat (Thank you very much) kerana selalu mengunjungi blog ini. ;)

Since my daughters ada kelas taekwando sampai pukul 1 and then C Haloi wanted to attend her friend's birthday at 4 pm, maka kami naik tren pada pukul 6.15 petang di Sungai Buloh dan sampai lebih kurang pukul 9 malam di Ipoh.

Tambang bagi dewasa adalah RM 18 dan kanak-kanak RM 10.50. Tren hanya berhenti di 9 stesen utama. Walaubagaimana pun since lokomotif dan koc yang digunakan masih yang lama, maka saya rasa dia tetap "gedeh-gedeh" yang membawa maksud "lembabun"... hehehe... InsyaAllah... coming soon laju kot. Faktor lain yang menyebabkan lembabun mungkin track masih gokgek... maka perjalanan tak smooth. Hanya selepas Tanjung Malim, perjalanan lebih selesa.

Sayugia diingatkan walaupun perjalanan memakan masa hampir 3 jam, perlulah menyiapkan minuman dan makanan kerana shuttle train in tidak mempunyai F&B coach ya. Oleh sebab saya tidak menyediakan makanan dan minuman kerana mengandaikan F&B coach ada disediakan dalam train tersebut, maka baru separuh jalan, C GaLoi mengadu lapar. Setelah sampai di stesen Ipoh, sekali lagi kecewa kerana cafe pula under renovation dan tiada gerai-gerai berhampiran yang kelihatan.

Jadual perjalanan dan tambang adalah seperti di bawah. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik.


Jadual Perjalanan. (Click for bigger image)


Jadual tambang. (Click for bigger image)






Bila kebosanan melanda... True colours pun keluarlah... Main meja kecik tuh...
Ke hulu ke hilir... ulang ke toilet... iskk... iskkk... kada bisa beranai....


Hiyahhhh ! Dah sampai Ipoh.
Kat belakang itulah koc yang digunapakai untuk shuttle train ni.

Cuti sekolah

Cikliah berceloteh lagi....

Tika dan saat ini, C Ganal and C Haloi berada di kampung bersama opah dan tokwan, maklong serta betty dan anak-anaknya. First time tinggalkan mereka dengan opah di kampung. Kira dah masuk hari kedua, mereka masih bertahan walaupun pagi tadi C Haloi menelefon merengek nak balik. Kata opah kalau boleh nak bertahan sampai Khamis baru Opah hantar balik. Kalau tidak, tak berbaloilah balik bercuti di kampung.

Actually since long weekend Maulidurrasul hari tu, dorang sibuk nak balik kampung. Bila ditanya kenapa beria-ia nak balik kampung? "Nak tengok anak betty"... bertuah betoi !
Nak balik kampung bukan sebab nak visit kaum keluarga tapi nak kelek anak kucing Maklong yang baru lahir empat ekor tu. Maka anak-anak kucing itulah sebenarnya yang memaut hati mereka untuk setuju ditinggalkan dengan opah di kampung.

Petang sabtu yang lalu, kami bertiga menaiki tren shuttle ke Ipoh dan kemudiannya dijemput oleh PakSu di stesen KTM Ipoh untuk balik ke TP. Saya kemudiannya kembali ke SU menumpang sepupu yang juga balik sekejap pada hujung minggu lepas pada Ahad malam.

Sunyi juga tak ada jerit pekik mereka. Kalau tidak, riuh rendah macam nak berperang. Kata opah, belajar-belajarlah berpisah dengan mereka buat sementara waktu. Manalah tahu nanti kalau dapat masuk asrama tidaklah sensitif sangat. Hehehehe.... so far so good. May be sebab ada telefon sebagai penghubung. Hmmmmm...

Monday, March 02, 2009

Lion Dance

Cikliah berceloteh lagi....

Gambar lama masa CNY lepas... layanzzzz......


Baru nak start...



Cam nak lawan bertanduk jek


Cute sangat depa nie




Si kuning tu dok menghidu apa?


Berebut sayor/limau ?

Mengeram. Talam tu dapat kat kuning

Jom bangun la Kuning...Lama dah ngeram ni..


Iskkk... malas pulak Si Kuning nie... nak kena nie...
(Memang ditendangnya pun Si Kuning tu- tak sempat capture)
Sebenarnya Si Kuning did something dekat sayor tuh. Kalau tak salah saya sayor salad yang asalnya bulat dibukaknya jadi cam bunga gitu.
Sempat capture dalam video jek.


Show dah habis....

Talam tu dipersembahkan kat tuan kedai. Dan tuan kedai kasi angpow kat Ketua persembahan.

Best lah.. saya mmg suka lion dance nie. Kalau ada bunyi "kecing-kecing" tu, seboleh mungkin nak tengok dekat-dekat sebab saya rasa lion tu comel dan cute. Especially kalau ada aksi berlari-lari dengan riangnya.

Friday, February 27, 2009

PakTeh menangis?

Cikliah berceloteh lagi....

Ingat kot bapak che yang nangis. Bapak che pon anak-anak mekanan dan bebudak kampung dok panggey PakTeh sebab bapak anak tok yang kelima. Belah mak, anak-anak menakan panggey PakLang. Sebab mak anak ketiga; maka digelar MakLang.

Rupa-rupanya PakTeh lain yang nangis...

Menjunjung kasih titah paduka Sultan.. Sabarlah wahai rakyat negeriku...

Wednesday, February 25, 2009

Bank S(C)ekik Darah

Cikliah berceloteh lagi....

Todaynya sentimen cam ada perisa MSG bengang sikit. Pepagi lagi dok berciter ngan Cat and Kak Datin pasal bank. Kak Datin lak ada sikit2 kena mengena ngan bank yang dikutuk2 itu. Tapi kak datin kata tak per... tak ada kaitan. Becoz bank tu pon baru masuk group of companies majikan dia. Hahaha... so siok la mengutuk sakan.

Hari tu dah bengang dengan Bank Chap CT dan Bank Chap Unta sebab telemarketing dorang. Lepas tu Bank Chap Kepala Ghimau pon ada jugak buat camgitu. Tapi since dah pandai taichi, so dah tak kesah sangat la. Dorang pon sebenarnya 'cari makan' jugak. So kasi chance la kan... layan mana yang boleh.

Since petang semalam dok bengkek dengan Bank Chap Merah + Bank Chap lain yang terbabit. Ini gara-gara perkhidmatan internet yang dok float duit orang di sana dan di sini. Akibatnya kena late charges plus riba for the following month. Sudah la per transaction dah kena charge RM2. Lagi nak float sana sini. Tu tak lain tak bukan nak making profit la tuh. Iskkk.. iskkk...

Cat suggest, anggapkan ajer riba yang dorang kasi tu ditolak dengan bayar all the charges. Aiyakkk... mana ada riba duh ? Dorang tak der kasi interest nie sumer sebab current account daa... So duit tu solely duit aku ? How? Tak der bagi riba pun. Pehtu lagi ada ati nak charge tah hapa2 fee plak for every six months! Hari tu suka suki ati deme memandai tag acct kami dengan flagship apa bala tah. So kalau balance pada ujung bulan kurang dari sekian-sekian amount, we will be charge RM25 ! Sekik darah sungguh. Oleh sebab itu kena bukak acct baru dan dikenakan fee RM8 untuk setiap 6 bulan. Jadi satu hal plak nak kena ngadap HR sebab gaji tak masuk. Acct dah tutup kena pakai acct baru.

Sungguh aku tak paham. Kut sini kena ketuk... kut sana pun kena katok. Bukanka bila kita deposit duit kita kat depa, depa akan rolling duit tu... lagi nak charge sebab kunon kata depa jaga wit kita sangat la ek ?

Ayoooo... awat lah banyak sangat perisa nie ?