Wednesday, March 18, 2009

Cuti sekolah

Cikliah berceloteh lagi....

Tika dan saat ini, C Ganal and C Haloi berada di kampung bersama opah dan tokwan, maklong serta betty dan anak-anaknya. First time tinggalkan mereka dengan opah di kampung. Kira dah masuk hari kedua, mereka masih bertahan walaupun pagi tadi C Haloi menelefon merengek nak balik. Kata opah kalau boleh nak bertahan sampai Khamis baru Opah hantar balik. Kalau tidak, tak berbaloilah balik bercuti di kampung.

Actually since long weekend Maulidurrasul hari tu, dorang sibuk nak balik kampung. Bila ditanya kenapa beria-ia nak balik kampung? "Nak tengok anak betty"... bertuah betoi !
Nak balik kampung bukan sebab nak visit kaum keluarga tapi nak kelek anak kucing Maklong yang baru lahir empat ekor tu. Maka anak-anak kucing itulah sebenarnya yang memaut hati mereka untuk setuju ditinggalkan dengan opah di kampung.

Petang sabtu yang lalu, kami bertiga menaiki tren shuttle ke Ipoh dan kemudiannya dijemput oleh PakSu di stesen KTM Ipoh untuk balik ke TP. Saya kemudiannya kembali ke SU menumpang sepupu yang juga balik sekejap pada hujung minggu lepas pada Ahad malam.

Sunyi juga tak ada jerit pekik mereka. Kalau tidak, riuh rendah macam nak berperang. Kata opah, belajar-belajarlah berpisah dengan mereka buat sementara waktu. Manalah tahu nanti kalau dapat masuk asrama tidaklah sensitif sangat. Hehehehe.... so far so good. May be sebab ada telefon sebagai penghubung. Hmmmmm...

7 comments:

Anonymous said...

cikliah naik shuttle train dr sg buloh ke?? kul berapa? brpa rege tiket?

Anonymous said...

kak awa,
saya hanya mampu bertahan tinggalkan anak paling kuat 4 hari...pastu masuk hari kelima g kursus...ayaq mata dah xbley tahan la....huhuhuu...mcm air terjun laju nya...:)

~rupawan~

cikliah said...

En Apai...

Special entry for you next. Harap dapat membantu... ;)

cikliah said...

Rupawan,
This is second time berpisah sementara dengan mereka. First time 2 malam tinggal pegi team building tp masih dalam Klang Valley. Pertama kali terpisah beratus batu jauhnya. Jenuh gak dok pujuk2 dorang jgn susahkan Opah pagi tadi sebab C Haloi tu dah nangis2 nak balik.

Anonymous said...

cik liah,
cek tak pernah tinggalkan bedudak kat sesaper lebih dari 1 hari... cumer teringat 3 tahun lps cek tinggalkan kat rumah 3 hari esok masa gi outstation... wei mengalir air mata...

~kiss~

Anonymous said...

hehe ramainya tak biasa tinggalkan anak2. saya blh tinggalkan depa kat pekan je sbb tau camne mak jaga cucu2nya. yang tak blh kat kb..ralat byk lah. (marah kalau si dia tau)

k.cik

cikliah said...

Kiss,
Kali ni saya tak nangis dah... hehehe... C Haloi lak nangis2 nak Ibu... hehehehe

KakCik,
Biasa la tuh... Che paham... ;)