Wednesday, March 18, 2009

Shuttle Train KLS -Ipoh-KLS

Cikliah berceloteh lagi....

Special entry for my avid reader En Apai. Maraming maraming salamat (Thank you very much) kerana selalu mengunjungi blog ini. ;)

Since my daughters ada kelas taekwando sampai pukul 1 and then C Haloi wanted to attend her friend's birthday at 4 pm, maka kami naik tren pada pukul 6.15 petang di Sungai Buloh dan sampai lebih kurang pukul 9 malam di Ipoh.

Tambang bagi dewasa adalah RM 18 dan kanak-kanak RM 10.50. Tren hanya berhenti di 9 stesen utama. Walaubagaimana pun since lokomotif dan koc yang digunakan masih yang lama, maka saya rasa dia tetap "gedeh-gedeh" yang membawa maksud "lembabun"... hehehe... InsyaAllah... coming soon laju kot. Faktor lain yang menyebabkan lembabun mungkin track masih gokgek... maka perjalanan tak smooth. Hanya selepas Tanjung Malim, perjalanan lebih selesa.

Sayugia diingatkan walaupun perjalanan memakan masa hampir 3 jam, perlulah menyiapkan minuman dan makanan kerana shuttle train in tidak mempunyai F&B coach ya. Oleh sebab saya tidak menyediakan makanan dan minuman kerana mengandaikan F&B coach ada disediakan dalam train tersebut, maka baru separuh jalan, C GaLoi mengadu lapar. Setelah sampai di stesen Ipoh, sekali lagi kecewa kerana cafe pula under renovation dan tiada gerai-gerai berhampiran yang kelihatan.

Jadual perjalanan dan tambang adalah seperti di bawah. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik.


Jadual Perjalanan. (Click for bigger image)


Jadual tambang. (Click for bigger image)






Bila kebosanan melanda... True colours pun keluarlah... Main meja kecik tuh...
Ke hulu ke hilir... ulang ke toilet... iskk... iskkk... kada bisa beranai....


Hiyahhhh ! Dah sampai Ipoh.
Kat belakang itulah koc yang digunapakai untuk shuttle train ni.

5 comments:

Anonymous said...

lama tak naik train ni last sekali about 13 yrs ago 2 kali pi langkawi n 1 kali pi kelantan, saja nak merasa...anak2 rasa naik komuter & LRT je

Anonymous said...

tq cikliah atas info.....lebih suka naik koc lama KTMB....tingkap boleh buka.....yg best bila train ambik corner....boleh lihat kepala dan ekor koc.....

Makcik Runner said...

eh best ni. dah sampai ipoh yek. bleh la one day (entah bila tuh) try nek train ngan family....tapi kena tunggu ada f&b la n lelain facilities dah ada

Anonymous said...

last naik komuter masa ulang alik tgk jemay kat spital dulu bwk anak dara 2 org...waaa sedih sgt bila ingat. train hak jauh2 ni blom lagi. agaknya sama le perangai kalau depa naik..ke hulu ke hilir je le. try kelik kelate ok gak kut...suruh tido je

k.cik

cikliah said...

Samrin,
Try la bawak dorang naik shuttle train ni... pi balik hari...

Apai,
Tak pernah merasa nek ketapi lagu tu.. tak takut kepala tertinggal ke?

Kak KC,
tunggu lokomotif & koc baru lah... baru gempak...

K Cik,
Haa.. good idea tuh... sure sonok jek deme balik kelate...