Friday, November 28, 2008

Haji - Pakej Tabung Haji Vs Pakej Agensi

Cikliah berceloteh lagi....

Dua hari lepas saya chat thru YM dengan Shah, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Cikgu' bagi staff Charging & Billing di sini kerana kebaikannya sudi mengajar perkara berkaitan kerja kepada staff dibawahya dulu.

Cikgu (11/26/2008 4:06:37 PM): dah daftar gi haji tak?
Saya (11/26/2008 4:08:00 PM): blom
Cikgu (11/26/2008 4:10:17 PM): daftarlah ... sekarang daftar kira queue tahun 2022
Cikgu (11/26/2008 4:10:23 PM): kalau nak cepat lepas tuuuu berdasarkan rayuan dan kekosongan nanti
Saya (11/26/2008 4:11:00 PM): tak der wit
Cikgu (11/26/2008 4:11:44 PM): jangan kata tak de wit nanti Allah tak bagi rezeki nanti
Cikgu (11/26/2008 4:12:27 PM): at least kalau kita tak sempat gi haji -- asalkan niat dah ada dgn mendaftarkan dulu kat tabung haji
Cikgu (11/26/2008 4:12:34 PM): saya daftar wife saya dapat queue 2021
Cikgu (11/26/2008 4:12:58 PM): lepas tuuuuuuu saya daftar selang 2 hari dapat queue 2022
Saya(11/26/2008 4:13:13 PM): kalau syah ada wit lebih ton depan pon leh pi
Saya(11/26/2008 4:13:19 PM): pegi ngan agensi
Saya(11/26/2008 4:13:24 PM): mahai sikit ler
Saya(11/26/2008 4:13:26 PM): pi sat jek
Cikgu 11/26/2008 4:15:32 PM): saya kalau boleh nak ikut pakej haji dulu
Cikgu 11/26/2008 4:15:37 PM): biarlah susah ....
Cikgu 11/26/2008 4:15:48 PM): lepas tuuu kali ke dua mungkin pakai agency
Saya (11/26/2008 4:18:17 PM): muassasah
Saya (11/26/2008 4:18:25 PM): so kena la bersusah sikit
Saya (11/26/2008 4:18:25 PM): *grin*
Cikgu 11/26/2008 4:19:23 PM): yeap .. biarlah susah ..... dulu .. kita mula2 tuuu tak banyak ilmu di dada
Saya (11/26/2008 4:21:07 PM): betul betul betul
Cikgu (11/26/2008 4:25:53 PM): kalau kita gi ikut ejen tuuu dah habis banyak ... tapi rasa macam tak oklah apa yg kita buat tuuu kan dah rugi
Cikgu (11/26/2008 4:26:26 PM): ramai yg kata kalau gi haji sekali tak cukup ... mesti ada ibadat yg kekurangan
Saya (11/26/2008 4:27:53 PM): kalau berwang (mcm syah) ok jek pi byk2 kali even dengan agensi pun... *grin*


Bersembang dengan Syah membuatkan saya rasa nak pegi mendaftar hari ini juga. Kalau tidak, tahun bila pulak gilirannya kan ?

Betul juga kata Syah... biarlah for the first time kita bersusah dahalu. Pernah juga staff Tabung Haji bertanya sekiranya saya hendak mendaftar pada suatu ketika dulu semasa membuat urusan di kaunter. Saya fikir bagaimana hendak mendaftar sedangkan saya ketika itu membuat proses pengeluaran ? Saya katakan nanti lah...
Kok bagaimana... dipotong gaji setiap bulan tapi bila ada keperluan digali semula di situ. Bagaimana mahu mendaftar?

Mengintai website Tabung Haji kadar minimum untuk mendaftar untuk normal package di Tabung Haji (Muassasah) adalah sebanyak RM1300 sahaja. Kalau ada pitih lebih, tak ada masalah. Boleh saja ke mana-mana travel agency or kalau tak silap saya TH pun ada pakej2 lain yang membolehkan kita lompat queue.

Sunday, November 23, 2008

Labbaikallahumalabaik...

Cikliah berceloteh lagi....


Panggilan haji telah tiba lagi
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah
Tanah suci Makkah
Ya Makkah Mukarramah




Sabtu lepas pergi 'tata-tata' my cousin Kak Idah dan suami Abang Long yang hendak berangkat menunaikan ibadah haji di Komplek Haji Kelana Jaya. Since opah kata Kak Idah check in pukul 8.30 pagi, so malam tu (actuallynya dah 2 am !) jugak gagah la bertolak ke rumah Tokwan. Tidur kat sana, supaya jika C GaLoi tak mahu pergi subuh-subuh tinggalkan jer dorang kat situ. Rupa-rupanya pukul 11.30 pagi baru check in.

So pukul 9.30 am baru la bergerak ke kompleks. Masa sampai tu kak Idah dan abang long serta family abang Kaspol dah sampai. Anak-anak kak Idah seramai 3 orang, tak ada yang ikut. Semuanya telah di'serah'kan kepada penjaga ie bapa saudara mereka di Gurun, Kedah.



Jadi yang keluarga yang tinggal di sekitar Lembah Kelang ini sahaja yang meng'hantar'. Adatla org nak pegi haji di Malaysia nie. Yang nak perginya 2 orang, yang memeriahkan suasana satu bas. :P...



Teringat masa tok dan arwan tokwan menunaikan haji buat kali pertama. Masa tu saya baru berusia 7 tahun. Satu bas kami menghantar ke Airport Bayan Lepas. Berkampung pulak di airport tu sambil cuci mata tengok "wanita cantik". Datang sikit punya la awal. Ala-ala berpiknik kat airport, makan-makan, tidur-tidur lagi... Tapi rasanya sekarang hanya boleh hantar sampai ke kompleks haji saja. So tak ada lagi la jakun nak menengok "wanita cantik".



Sempat menjamu selera di Kafetaria TH pada pagi tersebut. Musim haji begini Kelana Jaya memang meriah. Ia seolah-olah acara tahunan yang ditunggu-tunggu. Tahun-tahun terdahulu, kalau tak 'hantar' sesapa pun kami suka ronda-ronda dan ambil kesempatan makan-makan dan jengah gerai-gerai yang menjual macam-macam benda.



Dalam pada keriuhan tiba-tiba bahu saya ditepuk seseorang. Teman saya Nana rupanya yang turut sama menghantar PakCiknya yang juga akan berangkat dengan penerbangan yang sama. Nana datang bersama-sama anakandanya. Pertama kali saya bersua muka dengan anak daranya ini. Walaupun Nana juga berada di Lembah Kelang ini, tapi jarang sekali dapat bertemu. Anak daranya ini pun dah setahun lebih usianya.



Bila pengumuman dibuat untuk urusan pendaftaran masuk, dilaungkang zikir "Labbaikallahumalabaik..." rasa sebak di dada. Kak Idah seraya bangun dah mula menarik begnya. Beliau yang sudah sedia bersalaman dengan kami semua usai taklimat dari agensi yang menguruskan perjalanan mereka, tampak bersedia untuk memulakan perjalanannya. Beliau nampak begitu bersemangat sekali untuk segala-galanya.



Kepada Kak Idah(Puan Faridah Abdul Rashid) dan Abang Long (Encik Mustapha Kamal Salim), Selamat Menunaikan Ibadah Haji. Begitu juga kepada seorang lagi sepupu saya, Kak Yong (Puan Rosnah Abdul Hamid) dan Abang Chik (Tuan Inspektor Ishak) yang telahpun berangkat ke Tanah Suci terlebih dahulu pada 10/11/2008 yang lalu. Semoga kalian memperoleh haji yang mabrur. Amin.



Semoga sampai rezeki saya satu masa nanti untuk menunaikan haji di Mekah. Amin.. amin... amin....




Banner yang menarik perhatian.







Anak saudara bergambar kenangan dengan MakLong Faridah



C Haloi kusyuk mendengar taklimat.

Nana and daughter... hanya dari kejauhan


Bergerak masuk untuk 'check in'



Ternampak kelibat Haji Jay Jay yang membantu jemaah di bawah seliaannya


Selamat Jalan Kak Idah dan Abang Long. Semoga mendapat haji yang mabrur.

'Ubat penenang' kanak-kanak yang merosakkan.....

Saturday, November 22, 2008

What is it all about 'pink' color ?

Cikliah berceloteh lagi....

Remember C Haloi called me when I was on the way back to office after had a very good lunch at Rojak Chow Kit on my birthday? I was thinking she will pick a pink card for me. Or a pinkish 'something' as a birthday present... rupa-rupanya.... this is the only thing she matter most...

The font color on the card. Hahaha...



C Ganal tak kisah. Taram jek tulis pakai pen hitam pun...



The presents waited for me in front of the main entrance guarded by the lovely teddy bear.


C ganal gave me a traveler mug and C Haloi chose glasses set complete with one jar

Thank you very much dearest daughters. Thank you to ayah also sebab sudi jadi financer. hehehe... They don't dare to korek their tabung for this purpose or anything. Only once, C Haloi benarkan tabung dia dikorek untuk membeli rabbits last March. Itu pon pinjam jek tau... bayar balik..

Errr... speaking of rabbits... C Ganal suruh saya jual balik meekutih and peekaboo sebab dia dah tak larat jaga. Dia kata ingatkan senang jaga rabbit nie. Setiap kali meekutih or peekaboo 'kabur' dari kandangnya (Depa pi gerit jaring kecik2 tu untuk keluar dari 'bungkus'), dia yang akan menangis beriya-iya kalau tak dapat tangkap balik especially kalau ada kucing yang dok mengintai dalam keterujaan. Peekaboo dah pernah kena 'tampar' dengan Si Poreng the cat, sampai berdarah hidung.
Dah tua pun Meekutih dgn Peekaboo tu, rasanya tak der sapa pon nak beli. Buat pet pun tak sior. Nak buat lauk pon sure dah liat dagingnya...

Thursday, November 20, 2008

Happy birthday to me !

Cikliah berceloteh lagi....

Macam best jek ramai kawan-kawan kat facebook ucap selamat. Kat FB ada alarm, so pakat ramai2 wish. Pelbagai ucap selamat melalui pelbagai medium. Kat portal SUNET, OurPortalOurPort, ChatRoom, Intranet, SMS, emails and phone calls to wish me. Wahhh.. terharu makcik.


Terharu lagi menerima kiriman kek dari En Berlingo yang kengkunonnyer 'surprise' tapi since dah bagitau awal-awal tak boleh la jadi kejutan. Habaq awai-awai takut che keluar pulak.
Pak Guard juga tidak menyumbang untuk kejutan tersebut. Almaklumlah muka che nie muka mangkuktingkat. Dia called from downstair tanya ada order kek ke tak ? Iskkkk... sah-sah bukan saya order kan. Saya kata la tak dak. Dia suruh collect kat G Floor. Saya turun bawah, tetengok delivery person tu tak dah tak ada. Rupanya orang tu naik atas. Delivery person memang tak boleh naik atas terus tapi at least hantar la dorang ke tingkat 1 baru la menjadi sikit surprise tuh. Hahahaha... tak kisah la...

Masalahnyer teammates saya kebanyakannya ada training kat Glenmarie. Nampak gayanya berbidak kat sesapa yang ada jek la hari ni.

Lunch, pegi makan rojak koto(r) kat Chow Kit dengan Kak Charm (Finance), Aza, Sari and kak Fiza from CBA. Shah, ex-officemate dah tunggu kat sana. Kedai makan nie walaupun buruk, tapi makanan dia sedap... esp the rojak koto(r). Kedai ni opposite Safuan Plaza di Chow Kit sana. 6 of us there semua makan 2 hidangan. Saya sendiri order rojak dan laksa. Kak Charm and Shah makan mee bandung dan rojak. Kak Fizah 2 rojak. Aza and Sari since perut dorang kecik sahaja order tauhu goreng untuk hidangan kedua. Hehehehe...

Wahhh.. lama betul tak datang sini. Apalagi melantak macam tak hingat sampai rasa nak meletup perut. Many thanks to Shah sebab belanja kami makan. Thanks Aza sebab organize this outing JJCM, Sari kerana bawak kami ke sana, also to Kak Fizah dan Kak Charm kerana memeriahkan JJCM pada kali ini.


Rojak yang amatlah bestnya


Kak Charm yang charming sokmo


Jelingan mengancam Kak Fizah


Aza and Sari kusyuk menikmati rojak


Terima kasih daun keladi Shah...


On the way back, C Haloi called, "Ibuuuu... ibu suka warna apa?".
"Pink".
"Okay... bye... itu je adik nak tanya... "

Terima kasih semua atas ucap selamat yang diberikan. Moga hidup saya ini diredha Allah dunia dan akhirat. Doakan saya ye...

Wednesday, November 19, 2008

Date dengan boss

Cikliah berceloteh lagi....

Baru balik dari mengadap my VP En Z. Tak tahulah apa mimpi dia tiba-tiba nak buat session to see us group by group. Tadi there were 5 of us yang kena panggil untuk bercakap dengan dia dari hati ke hati. Talk about not only work but also can talk about friends or family which is end up cakap pasal keje jek la...

Tapi still tak boleh cakap dengan dia ala-ala boss yang sangat close sebab Mr Z ni macam reserve sikit. Mungkin dia nak dekati staff dia yang dah rasa jauh dari dia. Or I would saya since CAPEX freezed, dia ada masa la kot nak sembang-sembang camgini. Saya memang pernah "berasa hati" dengan dia sebab tak release saya masa saya mintak VSS last few years. Tak cukup dengan tu, dilonggokkan another system to be manage by my group. Kampoi tempat org yang resign after patah hati sebab VSS application not approved. Patut saya pun buat macam colleague saya buat tu tapi pada ketika itu saya belum mahu merisikokan karier saya berdasarkan contract basis. Dorang tak mengapa, sebab dapat permanent job.

Masa saya mula-mula join this company, my GM pernah sit down with me to help me in solving a problem in my program development. Saya memang tabik boss saya tu. Walaupun dia seorang GM tapi dia tetap nak tolong saya yang ketika itu junior programmer. Saya masih ingat dia tolong saya regarding "\n" problem. Benda simple sangat tapi saya overlooked. Opss bukan saya. My other senior yang working with me. Saya ketika itu memang zero experience. Saya tak akan lupa jasa dia. Lupa la pulak nama this guy.

One thing good about this meeting, saya dapat info tentang other staff's responsibilities which is pada saya much much more interesting compared to my job scope. Especially the IT security guy. Kata staff tu dia bukan saja monitor trafic tapi juga kaji kemungkinan system being hacked what so ever.

The best thing about this meeting :- saya CONFIRMED akan dipindahkan ke Glenmarie... YES! YES! Confirmed by En Z himself. They are renovating the Glenmarie office to accormodate us. Tentatively akan mula pindah Januari 2009. Tak kisah la cubicle will be smaller size ke apa or tak ada ke... asalkan it is in Glenmarie.

Only Facility Management team akan menghuni di tingkat 8 bangunan ini bagi menjaga 'anak-anak' mereka, the telecommunication servers which serve premises around KL. Apehal nak pindahkan semua servers tu kan.

Syukur Alhamdulillah... new MD memang nak pindahkan kitaorg tapi my boss ni pulak yang come out with proposal if pindahkan IT akan menelan belanja sekian sekian. Ermmm.. sebenarnya saya rasa saya sorang jek yang sangat happy dengan decision ini.... :D
Or may be kak sal and mona share the same feeling with me. Kami2 ni jek la from Sungai Buloh... apa pun yihaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!