Sunday, August 31, 2008

Hari Kebangsaan Malaysia

Cikliah berceloteh lagi....



Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 51.
Semoga semuanya beroleh sejahtera...

MERDEKA !
MERDEKA !!
MERDEKA !!!

Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harus kubawakan
Kemana harus kusemaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
.....
....
...
..
.

Thursday, August 28, 2008

TAK DAN !

Cikliah berceloteh lagi....

Keghairahan saya memesan juadah berbuka dari Mangkuk Tingkat mengingatkan saya akan perbualan saya dengan Mak Lang pada ziarah Raya tahun lalu.

Mak Lang bercerita, pagi tersebut beliau hendak ke ladang kelapa sawitnya di Sungai Kerang. Anakcucu masih berkumpul ramai di rumah tapi buah sawit tidak menunggu. Begitu juga kalau padi sudah masak di sawah. Tak kira raya atau tak, Orang Banjar tak beraya lama... ;)

Beliau mengalas perut ala kadar dan bersiap-siap untuk bertolak ke ladang dengan PakLang. MakLang memberitahu anaknya, Kak I yang dia dah nak ke ladang. Pandai-pandailah buat sarapan untuk anak-anak hangpa nanti. Begitu pesannya.

Bila MakLang balik petang tuh, ditanya kepada Kak I masak apa pagi tadi, my cousin menjawab, "Bawak semua orang mengeteh kat kedai mamak di Kuala Kurau !"

MakLang selamba bertanya "Hangpa tak segan ka? Pi sarapan di kedai?" *maksud maklang tu sebab di sana, kalau di sini lain citernye*

Kak I membalas, "Nak segan apa? Duit kami... kami yang bayar....bukannya tak bayar."
Har har har har...

Kak I sebenarnya orang yang sangat rajin memasak. Salah sorang anaknya memang jenis tak makan nasi. Makan kuih jek. Jadi hari-hari dia kena 'lengat' kuih khas untuk anaknya ini.

Dulu-dulu iyalah kot... orang perempuan pingitan tak akan makan di restoran, nak-nak pulak tanpa kehadiran 'orang lelaki' bersama.


Alasan saya---> TAK DAN ! TAK DAN nak masak ! Kalau DAN pun, dah letih bangat... hahahahah.. alasan... alasan...Penyakit TAK DAN kembali menular....huhuhu

Tuesday, August 26, 2008

Lagi cerita balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Bagi 'membesarkan' lagi hati anak-anak yang 'sudi' ikut balik kampung, mereka telah dibawa berkunjung ke Pantai Merdeka selepas menghadiri Walimatulurus anak saudara PakTam Mud(adik TokWan) di Permatang Tok Brain. Melalui jambatan baru yang menghubungkan Penaga dan Kota Kuala Muda, mudah saja sampai ke Pantai Merdeka. Sebelum itu tersesat sampai ke Pangkalan Ikan di Kuala Muda.


Perahu nelayan


Kuala Muda


Pantai Merdeka


Tanjung Dawai dari kejauhan



C Haloi berkira-kira untuk mandi laut


C Ganal pun sama. Tapi malangnya tak ada persalinan yang sesuai.


Dapat main-main air sikit-sikit jadi lah.



Habis kasut basah...


Habis makan twisties sorang 2 bungkus dan sebungkus keropok ikan, kami bergegas ke Penaga untuk solat asar. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, sempat pula mejejak kenangan ke sekolah lama Opah dan TokWan di Kepala Batas.



Opah dan TokWan bergambar kenangan di hadapan sekolah lama mereka, Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Kepala Batas. Tokwan menamatkan pengajian sehingga memperolehi 4 thanawi dan MCE. Opah hanya setakat 3 thanawi sahaja. Namun begitu, kerana 'sayang'nya arwah Tok saya kepada anak-anaknya, tokwan tidak dibenarkan bekerja luar dari kampung. Maka jadilah tokwan petani.

Mungkin kerana berkat mengikut nasihat arwah mak TokWan, akhirnya TokWan dan adiknya (PakTam Mud) berjaya juga diterima menjadi guru KAFA setelah bertahun-tahun membanting tulang di sawah. PakTam Mud juga pernah bekerja di ladang kelapa sawit di Sungai Bogak. Setelah beberapa tahun menjadi guru KAFA, PakTam Mud akhirnya menjawat jawatan sebagai Mubaligh di Pejabat Agama Daerah walaupun umur sudah meningkat.





Opah mengimbau kenangan di aspuri beliau. Katanya, Tokwan dulu duduk dekat pondok tepi jalan tapi nampaknya pondok tersebut telah diganti dengan bangunan yang lebih sesuai dijadikan asrama.






Ini sekolah baru


Rumah ayahanda dan bonda PakLah. Opah kata pada malam hujung minggu di sinilah tempat mereka melepak menumpang tengok tv. Makcik Lan sangat baik kepada pelajar aspuri. Opah selalu menumpang sebentar di rumah Makcik Lan jika keseorangan di asrama kerana pulang lebih awal dari pelajar lain. Ayah PakLah ketika itu adalah Mudir sekolah ini.




Ini pula rumah tokwan PakLah, Haji Abdullah Fahim.



Telah dinobatkan sebagai Rumah Sejarah



Kini digunapakaikan sebagai bilik gerakan UMNO


Masjid berhampiran kawasan

On the way back, nak snap 'kedai kenangan' tapi ada orang. Segan la pulak. ;)

Kami hanya sekadar berhenti untuk 'menapau' mee udang di kedai Mee Udang Pak Ngah sebelum masuk ke highway kerana mengejar masa supaya boleh sampai ke rumah sebelum perlawanan akhir badminton LCW dan Lin Dan malam itu.

Saya kerap mendengar mengenai keenakan mee udang Sungai Dua ini tapi tidak tahu lokasi sebenar restoran yang disebut-sebut itu. Menurut PakTam Mud, mee udang yang sedap bukan di tepi highway itu tapi terletak di tepi sungai.
Ermmm... tak mengapalah... tak ada rotan akar pun berguna.... daripada tiada baiklah ada... ;)

Saya memujuk hati dengan berangan-angan esok mungkin boleh ke Kuala Sepetang menjejak Mee Udang Banjir yang pernah SueAleen ceritakan dulu. Namun kita hanya mentadbir, Allah jualah yang mentakdir. Keesokan harinya, hujan turun sepanjang hari membuatkan rasa malas hendak bergerak ke mana-mana.

Friday, August 22, 2008

Aktiviti anak kepada anak kampung di kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Dulu, saya selalu berkecil hati bila cadangan balik kampung yang diusulkan dipandang sepi. Saya tidak tahu kenapa CGaLoi tidak suka pulang ke kampung. Namun begitu, lama kelamaan selepas beberapa kali insiden merajuk dan saya kira kerana kematangan mereka bertambah dari hari ke hari, akhirnya balik kampung menjadi satu program yang dinantikan. Tak tahulah saya kalau ini sekadar dibuat-buat sahaja demi menjaga hati saya. ;)

Kawasan rumah saya di kampung kecil sahaja. Tiada halaman yang besar seperti rumah lain atas faktor tanah pusaka yang dibahagi-bahagikan. Tambahan pula tanah yang bersambung dengan tanah sawah di'belah' dengan pembinaan taliair bagi mengalirkan air ke salah. Dihimpit pula dengan parit untuk membuang air dari sawah di hadapan rumah. Beberapa kali Opah dan Tokwan memujuk untuk membeli tanah arwah sepupu TokWan di sebelah rumah untuk membesarkan kawasan. Namun waris sepupu TokWan tidak membenarkan kerana katanya mereka yang akan mendirikan rumah mereka di situ. Alamakkk.. selepas ni tak boleh lah bersembang gelak kuat-kuat macam selalu. :P

Agaknya kerana keterbatasan dari segi keluasan kawasan itu menyebabkan anak-anak saya tidak betah berada di kampung selain dari faktor kekurangan kawan. Saya sendiri ketika kecil menghabiskan masa di rumah atuk saya yang jauhnya hanya suku km dari rumah sendiri. Rumah AtokNenek (Tokwan saya sebelah bapa) dan sekitar rumah jirannya best. Banyak hutan belukar yang boleh dijelajahi. Ada paya nipah untuk mengintai anak sempilai. Ada pelbagai jenis pokok untuk dipanjat-panjat. Ada rumpun buluh untuk ditebang. Ada banyak kawasan untuk dibuat main pondok-pondok.

Kebelakangan ini, CGaLoi telah menemui keseronokan berada di kampung dengan aktiviti sebegini....


Kunonnyer menolong opah membasuh tikar........



Tapi rupa-rupanya nak mengubang dalam taliair.....

*** Credit kepada En Berlingo sebagai photographer separa profesional kerana merakamkan detik-detik 'pengubangan' ini.


Berkebun la kengkunonnyer


C Haloi yang beria-ia tersenyum riang dok dekat dengan pokok kaduk tu, akhirnya menangis meraung terus nak balik SU kerana ternampak pacat yang kekenyangan tengah sedap melayan darah di celah jari kakinya....


Xtvt menumbuk inai


Sorang main kapak... sorang lagi main parang... nasib baik semua gadjet buruk dan tumpul belaka.....

Thursday, August 21, 2008

Balik kampung

Cikliah berceloteh lagi....

Balik kampung owhhhhh balik kampung...
Hari girang...

Rasa lama sungguh tidak balik ke kampung. Kali terakhir sebelum ini adalah ketika PRU12. Masa cuti sekolah 2 minggu hari tu tak balik juga sebab ke Pantai Timur. Last saturday, balik kampung selepas C Haloi habis kelas tutorialnya. Actuallynya lebih lewat. Gebedak gedebuk buat kerja rumah siap itu ini, lastly pukul 2.30 ptg baru on the road.

Tak tahu apa yang letih sangat, sebelum sampai Tanjung Malim pun, saya terus terlelap hingga melepasi Ipoh. Entah apa-apa mimpi yang hadir dalam tidur yang tidaklah begitu nyenyak. C Haloi yang sudah mendapat tenaga selepas nap since dari rumah lagi, riuh berceloteh dengan opah menemani ayah memandu. Seolah tidak terganggu dengan keriuhan itu, saya dan C Ganal terus sahaj mengulit mimpi. Terjaga kerana ada kemalangan membabitkan laluan bertentangan.

Berhenti sebentar di Hentian Bukit Gantang kerana C Haloi memerlukan tandas. Kesempatan itu digunakan oleh saya dan C Ganal utk browse thru. Agaknya selera orang berpuasa, segala macam buah-buahan rasa nak beli. Jambu batu, dokong, honey dew, mangga nam dok mai dan buah-buahan sedia dipotong buat berbuka in case tak sempat sampai rumah.

Jumpa C Haloi dengan opah, dia minta dibelikan jambu madu pulak. C Ganal teruja dengan buah sebesar bola. Saya belikan juga limau bali itu untuk diperkenalkan kepada nya.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. Untuk lebih cepat, kami ambil keputusan untuk keluar highway thru exit Bandar Baru. Selalunya kami ikut exit Kamunting saja. Sampai di Parit Buntar singgah sebentar utk solat asar dan membeli juadah berbuka.

Sementara menunggu pizza siap dimasak, saya keluar sebentar mengambil gambar sekeping dua.


Sudah semakin membangun ibu daerah kelahiranku ini. Watson pun dah ada. Restoran KFC ada dua. PizzaHut pun dan ada. MacDonald jek belum ada. Agaknya selari dengan perkembangan TransKerian, MRSM dan pelbagai pusat pendidikan yang lain di kawasan sekitarnya.



Sampai di Simpang Lima, azan maghrib pun kedengaran. Tiba di rumah, suara Pak Tam Mahmud kedengaran mengetuai bacaan Yaasin dari surau berhampiran. Kebiasaan bagi orang-orang kampong mengadakan bacaan Yaasin berjemaah pada malam Nisfu Syaaban ini. Kami di 1F3SU sepakat menyambutnya pada malam sebelumnya.

Perbezaan kalendar menyebabkan ada sedikit pertelingkahan mengenai tarikh sebenar 15 Syaaban. Tak kisahlah tu, memang sewajarnya berpuasa dan membaca Al-Quran menjadi amalan kita sebagai umat Islam.

Tapi menurut kata Opah, malam itu bulan mengambang lebih lewat. Memberi erti ‘kalendar kuda’ mungkin betul. Sementelah kalendar kuda memang mengikut lunar(bulan). Jika malam 15, bulan mengambang sebaik sahaja jatuh matahari.

Teringat pulak sesi sembang skype dengan DakNis dan KakDatin pada pagi Jumaat lalu mengenai bilakah tarikh sebenar Nisfu Syaaban. Saya katakan kepada mereka, kalau rajin malam ini kita tengoklah fizikal bulan bagaimana. Namun, saya rasa tiada seorang pun di antara kami yang sempat menelek bulan pada malam hari tersebut.

Bila check tarikh permulaan puasa nanti, rata-rata kalendar memberikan tarikh yang sama, 1 Ramadhan 1429 adalah bersamaan dengan 1 September 2008. Semoga kita semua berkesempatan menemui Ramadhan pada tahun ini. Amin.