Wednesday, December 14, 2005

Menunggu bibik

Hari-hari Aleeya bertanya tatkala isu bibik dibincangkan, "Bila bibik nak datang bu?".
"Entah... tanya ayah. Ayah yang uruskan tu.. " balasku.
"Hujung minggu ni..." ayahnya menjawab....

Wah... dah nak sampai ye bibik nie... Banyak benda tak buat lagi ni. Bilik bibik, standard kebersihan rumah belum set up lagi.... emmmmm.... banyak nak kena buat ni...

Errrr... MyKad pun belum buat lagi ni. Adoiiii... memang nak kena ambik cuti extra nampak gayanya. Aleeya pulak next week dah start cuti sekolah. Kalau bibik tak sempat datang pun, either nak kena cuti or hantar dia ke TTAM School Break Programme sama dengan kakak Ika. Tapi nak kena bayar full jugak ke? RM230 ????

emmmm.... import opah lagi la kot..... tok deme hospitalised lagi since semalam.
Plan asal mintak tolong tok jagakan kalau opah balik semula ke kampung. Dah tok pulak sakit. Nak buat cammana kan....

emmmmmmmmm......



Kalau... kubilang kalau (bak kata Kefli..prappppp..... dalam Extended diary AF3)


TTAM - kakak 230
TPetronas 110
TTAM -adik 230
-------
570
====







Tuesday, November 29, 2005

Yang Tercinta


Kenapa mengemaskini blog menjadi sesuatu yang susah untuk dilakukan ?

Ketika ini aku mabuk/teruja/asik maksyuk/addicted to Yang Tercinta...
So malasnya nak update blog.

Mawi... mawi... mawi.... apa yang telah kau buat pada kitaorang?




Friday, September 23, 2005

Lawak antarabangsa

A friend of mine bagi this link http://www.atgig.com/VeNuThOmAs/cn.html

Aku pun try la masuk.
he he he he he......


Hasilnya ---->
YAHOOOOO !!!!!!
HA HA HA HA HA






Thursday, September 15, 2005

Antara 2 Vs Antara 2 Cinta



Jika Farah AF2 muncul dengan Antara Dua, The Zikr yang kemudiannya menamakan kumpulan nasyid mereka dengan Raihan pernah popular dengan sebuah nasyid yang berjudul Antara Dua Cinta. Sebuah nasyid yang begitu menginsafkan suatu waktu dahulu sekaligus mampu mempertahankan rasa cinta padaNYA yang mendalam....mampu menjadi perisai sebuah kehidupan. Namun kini, adakah ia hanya tinggal sebagai sebuah lagu sebagai hiburan atau halwa telinga bagi mengisi masa lapang sahaja ??????


Antara 2 Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang


Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang

Tuhan,
Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMU kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Hanya cintaMU kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
















errrrr..... bagaimana jika Mawi merakamkan kembali lagu ini di dalam album solonyer ? ;;)
ahhhhhh...... dunia.....

Thursday, September 08, 2005

Mawi lagi dan lagi.... hahahahaha....


Seorang teman yang melewati blog ini spontan bertanya melalui YM

"
dia (12:40:02 PM): eh.. hang minat bebenor ngan mawi ekk
aku (12:40:11 PM): ***:-?--->aksi mengurut dagu bagi menggambarkan kemoskelan***
aku (12:40:20 PM): naper ko kater aku minat mawi ?
dia (12:40:26 PM): aku pong nat wat blog la.. camner ekk?
dia (12:40:26 PM): aku tgh jengah blog hang nih
aku (12:40:42 PM): apa yang aku tulis pasal mawi kat situ ek ?
aku (12:40:46 PM): aku pon dah lupa laaaa...
dia (12:40:53 PM): macam macam ada
aku (12:41:27 PM): apa yang aku komen pasai mawi situ ek ?
aku (12:41:37 PM): aku lopas laa...
dia (12:43:52 PM): takder laa.. hang citer apa yg berlaku jer
dia (12:43:57 PM): orait ler
"


hehehehehehe... sungguh aku lupa apa yang aku ulas fasal fenomena Mawi ketika sembang itu berlangsung. Maka hari ini aku jengah sekejap blog ku ini.
Lama jugak aku tinggalkan blog ini hanya kerana aku hobi baruku melayari www.mawifc.com di waktu senggangku (?) Ye ke waktu senggang ? :> tak senggang pon kesitu jugak aku kot... :P
hahahahaha... kantoiiiii.... Memang aku minat benor le tu dengan Mawi ni....
Kalau boleh semua fasal Mawi aku nak ambik tau. Yang betul ke... tak betuul ke... sumer nak baca... newspaper, blogs, magazine...sampai ler ke "Jantung Hatiku, Mawi"(orang kata dah keluar, tapi belum berjumpa) Kalau boleh semua nak beli, nak baca...

Ingat aku sorang jek ke kena demam TsuMawi ni ? >
Hubby aku pun tak kurang jugak weh... Sekarang ni, menegur seorang jiran pun dengan "World !! " Bukannya nak bagi Salam (Assalamualaikum) ke hapa... World jugak yang diucapkan.... Jiran aku tu pulak sporting membalas balik dengan world....hahahahahah...Sempat jugak aku memerli ucapan baru diaorang tu.

Dua hari lepas, seben (husband) aku menyuarakan komennya( negatif jek munyiknyer) mengenai kisah sebiji burger & Mawi yang sedang hangat diperkatakan. Alih-alih pagi ni, dia menyuarakan hasrat untuk bertemu dan sebolehnya mengambil gambar dengan Mawi. Aikkkk... berbolak balik pulak tuh... :>
Bilamana Mawi dipinang kerajaan Kelantan, dia pulak menyimpan hasrat untuk "membawa" Mawi ke Surau Alhidayah-SU.... hahahahahahaha.... aku tatau berjaya ke tidak... Tunggu dan lihat...

Personally, aku lebih suka kalau Mawi terus dengan genre pilihan asalnya, popnasyid. Kataku kepada seorang teman, kuranglah sikit rasa bersalah apabila hendak membeli CD/kasetnya.... kui...kui...kui....
Sebagai koleksi peribadi, CD the best of Mawi World itulah yang pertama berada dalam simpanan. Sebelum nie tak pernah beli CD-CD ni. Player tak dak sepasal. Then dulu aci burned sendiri aje.
Kaset dulu adalah beli Raihan. Itu pon satu ajer. Tajuk pun dah lupa. Yang lain sumer kumpulan nasyid Al-Arqam (The Zikr & Nada Murni) dan kumpulan nasyid di universiti-universiti seperti Al-Wadi (Mesir), UPM, USM, UUM(aper ek... nama album yang korang rakam tu?) etc etc...ahhhh... dah lupa dah nama-nama kumpulan dorang nie. Kebanyakan lagu-lagu nasyid mereka diberi sentuhan dan nafas baru oleh kumpulan-kumpulan nasyid masa kini seperti Raihan(ex The Zikr), Rabbani (ex Arqam), Far East laa... dah pelbagai lagi.

Namun, sebagai salah sorang sahabat/penyokong Mawi (dari kejauhan ajer tau... bukan panatique) kenalah beli yang original.... hehehehehe.....