Thursday, September 08, 2005
Mawi lagi dan lagi.... hahahahaha....
Seorang teman yang melewati blog ini spontan bertanya melalui YM
"
dia (12:40:02 PM): eh.. hang minat bebenor ngan mawi ekk
aku (12:40:11 PM): ***:-?--->aksi mengurut dagu bagi menggambarkan kemoskelan***
aku (12:40:20 PM): naper ko kater aku minat mawi ?
dia (12:40:26 PM): aku pong nat wat blog la.. camner ekk?
dia (12:40:26 PM): aku tgh jengah blog hang nih
aku (12:40:42 PM): apa yang aku tulis pasal mawi kat situ ek ?
aku (12:40:46 PM): aku pon dah lupa laaaa...
dia (12:40:53 PM): macam macam ada
aku (12:41:27 PM): apa yang aku komen pasai mawi situ ek ?
aku (12:41:37 PM): aku lopas laa...
dia (12:43:52 PM): takder laa.. hang citer apa yg berlaku jer
dia (12:43:57 PM): orait ler
"
hehehehehehe... sungguh aku lupa apa yang aku ulas fasal fenomena Mawi ketika sembang itu berlangsung. Maka hari ini aku jengah sekejap blog ku ini.
Lama jugak aku tinggalkan blog ini hanya kerana aku hobi baruku melayari www.mawifc.com di waktu senggangku (?) Ye ke waktu senggang ? :> tak senggang pon kesitu jugak aku kot... :P
hahahahaha... kantoiiiii.... Memang aku minat benor le tu dengan Mawi ni....
Kalau boleh semua fasal Mawi aku nak ambik tau. Yang betul ke... tak betuul ke... sumer nak baca... newspaper, blogs, magazine...sampai ler ke "Jantung Hatiku, Mawi"(orang kata dah keluar, tapi belum berjumpa) Kalau boleh semua nak beli, nak baca...
Ingat aku sorang jek ke kena demam TsuMawi ni ? >
Hubby aku pun tak kurang jugak weh... Sekarang ni, menegur seorang jiran pun dengan "World !! " Bukannya nak bagi Salam (Assalamualaikum) ke hapa... World jugak yang diucapkan.... Jiran aku tu pulak sporting membalas balik dengan world....hahahahahah...Sempat jugak aku memerli ucapan baru diaorang tu.
Dua hari lepas, seben (husband) aku menyuarakan komennya( negatif jek munyiknyer) mengenai kisah sebiji burger & Mawi yang sedang hangat diperkatakan. Alih-alih pagi ni, dia menyuarakan hasrat untuk bertemu dan sebolehnya mengambil gambar dengan Mawi. Aikkkk... berbolak balik pulak tuh... :>
Bilamana Mawi dipinang kerajaan Kelantan, dia pulak menyimpan hasrat untuk "membawa" Mawi ke Surau Alhidayah-SU.... hahahahahahaha.... aku tatau berjaya ke tidak... Tunggu dan lihat...
Personally, aku lebih suka kalau Mawi terus dengan genre pilihan asalnya, popnasyid. Kataku kepada seorang teman, kuranglah sikit rasa bersalah apabila hendak membeli CD/kasetnya.... kui...kui...kui....
Sebagai koleksi peribadi, CD the best of Mawi World itulah yang pertama berada dalam simpanan. Sebelum nie tak pernah beli CD-CD ni. Player tak dak sepasal. Then dulu aci burned sendiri aje.
Kaset dulu adalah beli Raihan. Itu pon satu ajer. Tajuk pun dah lupa. Yang lain sumer kumpulan nasyid Al-Arqam (The Zikr & Nada Murni) dan kumpulan nasyid di universiti-universiti seperti Al-Wadi (Mesir), UPM, USM, UUM(aper ek... nama album yang korang rakam tu?) etc etc...ahhhh... dah lupa dah nama-nama kumpulan dorang nie. Kebanyakan lagu-lagu nasyid mereka diberi sentuhan dan nafas baru oleh kumpulan-kumpulan nasyid masa kini seperti Raihan(ex The Zikr), Rabbani (ex Arqam), Far East laa... dah pelbagai lagi.
Namun, sebagai salah sorang sahabat/penyokong Mawi (dari kejauhan ajer tau... bukan panatique) kenalah beli yang original.... hehehehehe.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment