Friday, August 12, 2005

Gelombang TsuMawi

Wahhhhh.... Mawi juara AF3. Baru betul-betul WORLDDDD !!!!

Mawi yang tersungkur semasa konsert Prelude, diserapmasuk ke AF3 semula lalu bertahan sampai ke konsert terakhir seterusnya menjuarai AF3. Kejayaan yang bersandarkan hanya kepada afundi-afundi dari SMS penonton bukan setakat itu sahaja, malah memenangi kategori AFVOCAL dan AFBAIK untuk vocal terbaik dan persembahan terbaik pilihan penonton.

Ini betul-betul menggambarkan satu fenomena yang digelar TsuMawi. Kerana Mawi, selain tudung, minyak urut, mafla, t-shirt, cap, sebuah majalah khas Mawi World diterbitkan. Malangnya bila AF berakhir dan tuan punya diri keluar dari akademi tersebut, pertikaian mengenai royalti mula heboh diperkatakan. Mawi tidak mendapat satu sen pun daripada hasil jualan barangan tersebut. Betulkah ?
Bagaimana tentang janji penjual-penjual yang menjual barangan tersebut untuk membeli top up bagi mengundi Mawi untuk memastikan Mawi terus kekal dalam carta teratas lalu menjuarai AF3, AFVOCAL dan AFBAIK ?

Jika benar begitu, wajarlah Mawi menutup sebelah mata dalam pencaturan ini. Bagi kes majalah Mawi World pula, saya berharap penerbit benar-benar memberi royalti kepada Mawi sebagaimana yang mereka janjikan ketika mempromosikan majalah tersebut kepada saya di Fruit Galore, PUTRAJAYA.

No comments: