Friday, February 15, 2013

Belasungkawa Pak Ngah Yahaya of Kg Kusayang Bukit Baru, Melaka

Cikliah berceloteh lagi....
Pada hari Jumaat yang penuh barakah 15 Februari 2013, telah kuterima perkhabaran dari adik ipar mengenai Pak Ngah Yahaya telah kembali ke Rahmatullah melalui whatsapps. Pak Ngah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka. Urusan pengkebumian diselesaikan pada petang itu juga selepas Asar. Semoga Pak Ngah damai di sana dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Sunday, January 13, 2013

Himpunan Shamsidar (?)

Cikliah berceloteh lagi....

Aku mengakui aku bukanlah orang yang sangat tekun memerhatikan perkembangan politik dalam negara. Namun ada dua tiga perkara yang aku ambil peduli sejak pergolakan politik dalam negara yang bermula sekitar 1998. Aku yang ketika itu masih baru dalam dunia pekerjaan tidaklah begitu berminat dengan perkembangan terbaru ini.

Sefahamku perkembangan terbaru dalam politik tanah air ini bermula dengan pemecatan mantan timbalan perdana menteri ketika itu kerana disabitkan dengan salahlaku yang sungguh memualkan. Bermula dari saat itu pelbagai rentetan peristiwa membabitkan isu-isu politik terus berlaku dan digerakkan. Antaranya pelbagai jenis perhimpunan, tunjukperasaan, protes, piket, rapat umum dan berbagai bentuk aktiviti telah diadakan rata-ratanya bertujuan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus.

Terbaru, semalam 12 Januari 2013 telah diadakan perhimpunan rakyat untuk kesekian kalinya, sekali lagi menuntut pilihanraya yang bersih dan telus sebagai tuntutan utama. Himpunan kali ini dinamakan sebagai Hari Kebangkitan Rakyat (HKR112) atau KL112. Sebenarnya aku tidaklah berminat untuk mengambil tahu secara detail akan tujuan kenapa perlu diadakan pehimpunan yang diharapkan AMAN pada kali ini. Ini kerana sepupuku yang merupakan salah seorang orang kuar SAMM Perak telah menegaskan mereka akan terus mengasak dan mendesak sehinggalah PRU 13 diadakah. Jadi aku beranggapan biasalah ada himpunan atau rapatumum seperti ini.  Namun himpunan kali ini agak menarik perhatianku bila mana salah seorang rakan dlm group whatsapp telah mengaitkan HKR ini dengan Shamsidar. Aku turut berasa musykil kenapa Utusan Malaysia Online juga menggelarkan himpunan ini sebagai Himpunan Shamsidar.



Kutanyakan kepada my other half tentang perkara ini. He told me the reason, which is aku tak berapa nak percaya sebab tak convincing langsung. Memang tersasar 180 darjah pun jawapannya tu. Hahahaha....
Kutemui jawapannya while I was browsing on the news and updates on internet, barulah kutahu kenapa dinamakan sedemikian rupa.



Cari punya cari... ada disebutkan dalam laman web akhbar online tersebut.


Persoalannya BENARKAN APA YANG MEREKA LAPORKAN ?

KENYATAANNYA tiada tuntutan tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita jam 8 malam yang terkandung dalam tuntutan rasmi HKR 12 Januari 2013.




#soalan spot SPM 2050

Saturday, January 12, 2013

Budi Tanah

Cikliah berceloteh lagi....



sukun



pisang tumbang 
buahnya masih kecil



hasil tuaian ~ sukun dan jantung pisang tumbang diberi kepada kak cik


Friday, January 11, 2013

Adaptasi Novel

Cikliah berceloteh lagi....

Drama lapan puluh episod Adam dan Hawa telah pun melabuhkan tirainya. Since ia ditayangkan di saluran Astro Mustika HD, aku hanya dapat menontonnya beberapa kali di tv semasa mula2 ditayangkan atau ketika astro gelong. Selebihnya online saja bila ada yang bermurah hati mengupload ke Daily Motion. Tak subscribe lorrr... Itupun masih banyak episod yang tertinggal.

Lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sebagai teraju utama memang mantap. Aaron yang kukenal ketika drama Emil Emilda bersama Sharifah Amani terbukti sangat berkarisma sebagai pelakon yang hebat, sementelah telah dinobatkan sebagai pelakon paling popular pada tahun 2012 menerusi lakonan mantapnya dalam filem Ombak Rindu bersama Maya Karin. Popularitinya terus meniti dari bibir ke bibir penggemar filem dan drama tempatan dengan penampilan hebatnya sebagai pelakon utama dalam beberapa buah drama adaptasi novel yang lain seperti gandingan hebatnya bersama Siti Saleha dalam Nora Elena dan beberapa buah drama dan filem yang lain.

 Aku sebagai seorang peminat novel Melayu tegar, seterusnya menyarankan agar ada produksi yang dapat mengadaptasi novel "MAID" terbitan Kaki Novel ke layar perak. Novel tu pun best jugak. ;)

Monday, December 03, 2012

Klise

Cikliah berceloteh lagi....

Asal citer korea mesti ada DNA test..
Asal ada DNA test mesti result jatuh ke tangan watak antagonis...

Weiyo?
Saja jer kan.. memanjangkan cerita.. kalau tidak tak boleh jadi panjang berjela..
 tak boleh jadi telenovela... anyi... tv novel...

Asal citer korea ada scene piggyback... ingat korang jer reti kok'ko ? Kita orang pun tau arrrr... tapi kalau hat tua2 bangka tak der sapa sior nak mengok'ko... bebudak okay laa...

 Anneyong gaseyo....