Cikliah berceloteh lagi....
Drama lapan puluh episod Adam dan Hawa telah pun melabuhkan tirainya. Since ia ditayangkan di saluran Astro Mustika HD, aku hanya dapat menontonnya beberapa kali di tv semasa mula2 ditayangkan atau ketika astro gelong. Selebihnya online saja bila ada yang bermurah hati mengupload ke Daily Motion. Tak subscribe lorrr... Itupun masih banyak episod yang tertinggal.
Lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sebagai teraju utama memang mantap. Aaron yang kukenal ketika drama Emil Emilda bersama Sharifah Amani terbukti sangat berkarisma sebagai pelakon yang hebat, sementelah telah dinobatkan sebagai pelakon paling popular pada tahun 2012 menerusi lakonan mantapnya dalam filem Ombak Rindu bersama Maya Karin.
Popularitinya terus meniti dari bibir ke bibir penggemar filem dan drama tempatan dengan penampilan hebatnya sebagai pelakon utama dalam beberapa buah drama adaptasi novel yang lain seperti gandingan hebatnya bersama Siti Saleha dalam Nora Elena dan beberapa buah drama dan filem yang lain.
Aku sebagai seorang peminat novel Melayu tegar, seterusnya menyarankan agar ada produksi yang dapat mengadaptasi novel "MAID" terbitan Kaki Novel ke layar perak. Novel tu pun best jugak.
;)
No comments:
Post a Comment