Sunday, January 13, 2013

Himpunan Shamsidar (?)

Cikliah berceloteh lagi....

Aku mengakui aku bukanlah orang yang sangat tekun memerhatikan perkembangan politik dalam negara. Namun ada dua tiga perkara yang aku ambil peduli sejak pergolakan politik dalam negara yang bermula sekitar 1998. Aku yang ketika itu masih baru dalam dunia pekerjaan tidaklah begitu berminat dengan perkembangan terbaru ini.

Sefahamku perkembangan terbaru dalam politik tanah air ini bermula dengan pemecatan mantan timbalan perdana menteri ketika itu kerana disabitkan dengan salahlaku yang sungguh memualkan. Bermula dari saat itu pelbagai rentetan peristiwa membabitkan isu-isu politik terus berlaku dan digerakkan. Antaranya pelbagai jenis perhimpunan, tunjukperasaan, protes, piket, rapat umum dan berbagai bentuk aktiviti telah diadakan rata-ratanya bertujuan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus.

Terbaru, semalam 12 Januari 2013 telah diadakan perhimpunan rakyat untuk kesekian kalinya, sekali lagi menuntut pilihanraya yang bersih dan telus sebagai tuntutan utama. Himpunan kali ini dinamakan sebagai Hari Kebangkitan Rakyat (HKR112) atau KL112. Sebenarnya aku tidaklah berminat untuk mengambil tahu secara detail akan tujuan kenapa perlu diadakan pehimpunan yang diharapkan AMAN pada kali ini. Ini kerana sepupuku yang merupakan salah seorang orang kuar SAMM Perak telah menegaskan mereka akan terus mengasak dan mendesak sehinggalah PRU 13 diadakah. Jadi aku beranggapan biasalah ada himpunan atau rapatumum seperti ini.  Namun himpunan kali ini agak menarik perhatianku bila mana salah seorang rakan dlm group whatsapp telah mengaitkan HKR ini dengan Shamsidar. Aku turut berasa musykil kenapa Utusan Malaysia Online juga menggelarkan himpunan ini sebagai Himpunan Shamsidar.



Kutanyakan kepada my other half tentang perkara ini. He told me the reason, which is aku tak berapa nak percaya sebab tak convincing langsung. Memang tersasar 180 darjah pun jawapannya tu. Hahahaha....
Kutemui jawapannya while I was browsing on the news and updates on internet, barulah kutahu kenapa dinamakan sedemikian rupa.



Cari punya cari... ada disebutkan dalam laman web akhbar online tersebut.


Persoalannya BENARKAN APA YANG MEREKA LAPORKAN ?

KENYATAANNYA tiada tuntutan tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita jam 8 malam yang terkandung dalam tuntutan rasmi HKR 12 Januari 2013.




#soalan spot SPM 2050

1 comment:

working mom... said...

Salam cikliah,

betul kak, saya pun xfaham tujuan sebenar atau perkaitan antara perhimpunan tu dgn si shamsidar ni...