Tuesday, January 10, 2012

Buntu

Cikliah berceloteh lagi....


Tensionnya sehari dua ni.. Cari journals untuk project macam cari sebutir pasir putih di celah-celah pasir-pasir tak berapa putih... Kenapa ya tak ada rezeki langsung kat situ. Dah berhari2 cari... memula banyak listnya.. bila refine search, hilang terus... 0 found...

Sakitnya la hati...

Wahai hati, bertabahlah...

Wednesday, January 04, 2012

Bekalan ubat

Cikliah berceloteh lagi....

Pagi tadi, seperti yang diaturkan oleh pihak hospital, sekali lagi collect ubat for my father untuk matanya yang sedang dirawat/maintain kerana cataract dan glaucoma.Mungkin kerana cuti sempena tahun baru agak panjang kerana bersambung dengan cuti hujung minggu, ramai sekali yang berada di dispensari untuk mengambil ubat. Last month pun datang jugak untuk mendapatkan bekalan ubat titis untuk tempoh sebulan.

Agak kecewa juga bilamana diminta agar dibekalkan ubat at least untuk tempoh 2 bulan tidak dapat dipenuhi kerana tiada stok. Next appointment untuk berjumpa ophthalmologist adalah pada bulan Mei nanti. Jadinya perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan bekalan ulangan setiap bulan. Jenuh la jugak. Lepas ambik ubat nak pos laju pulak ke kampung. Sebelum ni pernah juga dapat bekalan ubatan untuk tempoh 2 bulan. Namun nampak gayanya, buat masa sekarang, terpaksa juga lah berulang alik setiap bulan untuk memperoleh bekalan ubatan.

Terbaca juga kenyataan akhbar yang diletakkan di kaunter ubat, menyatakan pemberian ubat-ubatan hanyalah untuk tempoh sebulan untuk mengelakkan pembaziran. Betul jugak tu, kalau diberikan stok ubatan selama beberapa bulan dan akhirnya pesakit tidak panjang umurnya, akan berlaku pembaziran di situ sekiranya ubatan yang tidak sempat digunakan dan masih baik keadaannya tidak dipulangkan ke hospital. Di hospital Selayang memang sedang giat dijalankan kempen pemulangan ubatan yang tidak terpakai ke hospital semula bagi mengelakkan pembaziran.

Oleh itu sekiranya anda ada ubatan yang tidak terpakai dan masih elok keadaanya, pulangkan semula ke hospital supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Satu langkah bijak bagi mengatasi kekurangan stok dan mengelakkan pembaziran.

Moga bermanfaat.

Sunday, January 01, 2012

Welcome 2012 !

Cikliah berceloteh lagi....

Dunia makin tua, manusia makin berusia...
Tahun baru Masihi datang lagi...

Happy New Year 2012 !

Monday, December 26, 2011

Capital Repayment?

Cikliah berceloteh lagi....


Balik dari 'back to school' shopping semalam, pegi jengah postbox. Ada sorat berlogokan Cimpeng untukku. Memula ingatkan statement of account. Kalau just SOA, lempaq jer dalam box, malas nak nengok. Lagi best monitor account secara on line. Tepat dan semasa ;)

Tapi font receiver & address tu unfamiliar... so mungkin bukan SOA. Bukak tengok... wah ada cheque la pulak... tengok2 ada logo PLUS... Alhamdulillah, dividen la tuh... tapi bila belek2 lagi amount dia, teruja dan tetiba cuak. Apsal macam banyak sangat... sokmo2 tak sampai ratus2 pun. Cuma sekali jer dapat more than a hundred. Ada tulis situ capital repayment instead oh dividend. Ehhh... dorang nak beli balik share dorang secara paksarela ke? Tak der la pernah dapat notice kata depa nak amik balik atau aku yang overlooked ? Dapat surat, lempaq... Kut2 la depa nak beli balik share anak2 bilis cam che ni.. ada la dok simpan share depa satu lot.

Dapat beli tu pon sebab benefit kerja ngan anak syarikat UEM ketika tu. TIME masa tu under UEM. UEM pak kepada PLUS. So adik beradik PLUS dapatla tempias bila depa listed to BSKL. Tapi bukan ESOS or EES, tapi pink form. Harga sama macam public jugak. So kena beli dulu dan buatla apa nak buat lepas tu. Masa UEM listed pon dapat EES jer. Walaupun tak dapat ESOS, tapi okay la juga arrangement EES tu. Bila nak buat transaction tidak melibatkan duit. Hanya collect untung atas angin saja. Tapi ada tempohnya ie 3 tahun jer. Lebih dari tempoh tu, unutilise lot kena pulangkan tanpa apa2 keuntungan/kerugian boleh dituntut.

Back to share PLUS tu, allocation tu berdasarkan grade che yang masa tu executive biasa jer. So walaupun nampak PLUS mcm berpotensi besar, tp hanya boleh beli satu lot. Hat tu la dok simpan pon. Alhamdulillah, so far share PLUS mmg tak mengecewakan. Walaupun tak la naik banyak setiap tahun, tapi dividennya memberangsangkan.

Tanya gak pakcik google. Tapi tak paham sangat la pon penerangannya sebab tak tahu apa benefit capital repayment ni kepada shareholder. Called Kak Datin yang keje ngan sebuah company yang deal dengan share2 ni. Tapi dia pon unfamiliar dengan hal tu. Dia kata kena cari balik apa benda alah tu.

Kalau bank in gak cheque tu consider terima terms and conditions ke? Kalau duit tu keuntungan bukan amount pokok, bleh la shoping2 sikit ;)

Wednesday, December 21, 2011

Redhakah anda jika ...

Cikliah berceloteh lagi....

















...pada tahun 2020, beginilah nasib anda... segala yang anda ada boleh di'trace' by other party(ies)... Anda redha ?

Tengah rasa macam nak pecah kepala, dada etc etc sebab nak siapkan term paper untuk subject Advanced Information and Network Security, terjumpa ilustrasi ini yang memang logic akan berlaku in near future... All these are possible with the emerging technology in RFID (Radio Frequency IDentification).

Privasi anda semakin tergugat... mau kah ?